Pages

Tuesday, 11 February 2014

PREVENT IS BETTER!

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum semua...Jangan lupa selawat buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W =]
Ini mungkin entri pertama di bulan februari...hahaha! Ok la..tajuk kali ni " Mencegah Lebih Baik"

Pernah tak korang dengar istilah ni??
Mesti dah familiar kan...pencegahan itu lebih baik daripada merawat..that 100% true...
Orang kata,baik mencegah dahulu jika kita mampu sebab takut nanti nak merawat lagi susah..hehee..
Mencegah ni tak kira la dari segi apa-apa pun kan...?? penyakit, perbuatan, emosi atau apa-apa jelah yang boleh dicegah selagi kita hidup didunia ini dan selagi perkara itu boleh mendatangkan kemudharatan dan kemurkaan Allah =]  Banyak benda yang perlu kita cegah sebenarnya dalam hidup ni...nak-nak lagi perkara yang mendatangkan kemungkaran Allah..ok la..kali ini nak kongsi sikit citer dari kawan...Menarik sangat untuk dikongsi..Seorang hamba Allah yang berusaha mencegah dirinya dari berterusan melakukan sesuatu yang Allah tak suka...



1) Kisah sorang hamba Allah ni yang berusaha mencengah "Perasaan Rindu Pada Seseorang "


" Rindu" tak dinafikan perasaan ini akan wujud dalam setiap diri individu. Bila dok sorang-sorang dalam keadaan persekitaran yang sunyi....mula lah rindu tu datang menerpa...Tak kisah la rindu pada Keluarga, Sahabat mahupun Kekasih....Yup,perasaan ini fitrah dari Allah..Dia yang berhak membolak-balikkan rasa dihati kita...dan dia jugalah yang berhak memberi ketenangan pada hati kita....Rindukan Allah dan Rasul itu yang perlu menjadi keutamaan pada diri kita sebagai hamba...Rindukan ibu dan ayah....itu juga dibenarkan dalam Islam....Tapi,rindukan seseorang yang bukan muhrim??? (perlu perbanyakkan Istighfar...mohon keampunan supaya Allah buangkan rasa rindu itu seandainya dia bukanlah ditakdirkan untuk kita....) Memang susah nak lenyapkan rasa itu, tapi ingatlah :"Nak ker berterusan menanggung dosa ingatkan seseorang yang bukan halal buat kita? " Nanti macam mana nak dapat keredhaan Allah jika kita dari sekarang tak setia dengan perintahNYA?? Memang perit nak buang perasaan itu..tapi jangan kita lupa...Allah jualah tempat kita bergantung untuk membuang semua perasaan rindu itu...Dia yang hadirkan dan Dia jualah yang dapat menghapuskan...Bila tak dapat nak hapuskan, cubalah perbanyakkan solat taubat supaya Allah ampunkan dosa kita...Bila hati dah terjebak memang susah nak atasi...so,sebab itulah lebih baik PREVENT sebarang couple, berkawan or etc dengan seseorang yang bukan muhrim supaya hati kita boleh terjaga....Islam sendiri sarankan kita dengan adanya Merisik, Bertunang dan Kahwin...dengan cara itu barulah mendapat keredhaan Allah...Jangan susah hati dengan semua itu, jodoh itu tetap ada untuk kita dan Allah sendiri dah aturkan dengan siapa, dimana akan berjumpa, bila masanya akan tiba...Kita cuma perlu siapkan diri dengan ilmu yang cukup sebelum melayari bahtera perkahwinan itu.. Andai tiada jodoh didunia, mungkin di syurga kita dipertemukan...siapa tahu....Jodoh di syurga itu lebih bahagia berbanding didunia kerana disana adalah negeri yang abadi....Berkahwin bukanlah semata-mata untuk memuaskan nafsu atau mencari keseronokan...Perkahwinan ini adalah salah satu cara untuk kita berusaha untuk mewujudkan umat Islam yang ramai....Salah satu medan untuk kita mendidik anak-anak yang dilahirkan menjadi Umat Nabi Muhammad yang sempurna...Yup! itu persediaan yang perlu difikirkan sebelum nak kahwin..Hattakan hukum perkahwinan itu sendiri pun ada yang wajib,sunat,haram dan makhruh....So,jangan risau jika tak kahwin lagi...sampai masa dan kena pada situasi yang mana menjatuhkan kita hukum wajib kahwin,then proceed jela....kalu belum sampai tahap wajib tu, eloklah utamakan kebajikan untuk ibu dan ayah....So,perlu ker nak rindu seseorang yang tak halal buat kita??? Kalu perasaan rindu itu wujud juga, mintalah pada Allah agar dihilangkan rasa itu...supaya hati kita kembali tenang dengan mengingati Allah dan Rasulnya......

2) Kerana Mulut Badan Binasa! ha...pernah tak korang dengar istilah ni?? "Mulut" satu hal yang kita tak boleh nak tarik balik if terlepas cakap...Mulut ni ada dua fungsi...sama ada menyampaikan perkara yang baik atau menyampaikan perkara yang buruk. Kalu kita dapat menyampaikan perkara yang baik, Alhamdulillah sebab kita tak mensia-siakan anugerah yang Allah ciptakan ini untuk menyampaikan kebaikan buat orang sekeliling. Apatah lagi cuba untuk berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam...Tapi,kalu mulut kita jenis jahat dan suka menyampaikan keburukan atau suka menyakitkan hati ramai orang lebih baik kita ambil langkah PREVENT dari bercakap...betul tak?? yela, better kita berdiam diri agar tak ramai yang akan sakit hati dengan kata-kata kita...nak ke tanggung dosa banyak-banyak?? nauzubillahiminzalik...Kita mungkin tak dapat nak kawal mulut kita dari terlepas cakap..apatah lagi semasa berada dalam keadaan marah....masa tu memang syaitan dok cucuk habis la nak suruh kita keluarka kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang ramai...hehe...so,cara yang terbaik ialah better kita diamkan diri dari berterusan menyakiti hati oarng ramai..supaya mulut kita ni tak berterusan menyatakan perkara yang tidak mendatangkan faedah..bah kan lagi banyak mendatangkan dosa adalah...nak ker tambahkan dosa kerana mulut kita ni?? kalu tak nak jom kita jadi pendiam..cakap bila perlu dan untuk sesuatu yang bermanfaat...Kadang-kadang selalu terfikir betapa untungnya orang yang bisu,pekak dan buta sebab mereka telah dipilih oleh Allah dari awal kelahiran lagi supaya mereka tidak akan melakukan dosa oleh anggota-angota itu kerana mereka telah dijaga rapi oleh Allah semuanya...Mereka patut bersyukur dengan nikmat itu sebenarnya...bersyukur dapat pelihara diri mereka...........Ya Allah..andai dapat saya smpaikan pada mereka betapa beruntungNYA mereka..!_!...Tapi kita yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan perlulah bersyukur kerana kita dipilih Allah untuk memperbanyakkan amalan dan mendekatkan diri kita denganNYA bila dah selalu buat dosa..