Assalamualaikum semua...sekian lama menyepi..In shaa Allah akan lebih constant untuk mencoret sesuatu yang bermanfaat didalam blog nie...Lama! memang lama iza x update blog nie..dan nak dijadikan cerita..banyak sudah suka-duka perjalanan hidup yang dilalui saat ini..okla, penulisan kali ini ialah "Allah hadirkan 'dia' " mengajar apa itu taqwa!...
Bismillahirrahmanirrahim.....
Untuk kesekian kalinya, Allah hadirkan dia! Bukan untuk dicintai,bukan untuk dikasihi atau bukan untuk diingati...tapi ku yakin untuk memberi peringatan dan kesedaran dalam diri supaya lebihkan "Iman & Taqwa" dalam diri..(ya Allah, malunya saat ditegur oleh mereka yang hanya insan biasa pada luaranya..tapi luar biasa pada ilmu Agamanya..) Selalu berpesan pada hati,bahawasanya kita masih belum sempurna hari demi hari...reset minda untuk tingkatkan amalan setiap hari...Bulan Ramadhan yang lepas benar-benar memberi pengajaran buat diri yang serba kerdil ini dihadapan Allah yang Maha Esa...Terlalu banyak hidayah & peringatan yang disampaikan...Sehinggakan kerana terlalu menyayangi hambanya yang hina ini, Allah titipkan seorang insan untuk memberi peringatan...walaupun mungkin untuk seketika....
Walaupun perkenalan yang singkat, tapi cukup bermakna & bermanfaat...Benarlah apa yang diperkatakan "Don't Judge Book by it cover!"..berlatar belakangkan sekolah agama, institusi agama... itu semua belum tentu kita akan tergolong dikalangan orang yang bertaqwa....kerana nilainya taqwa itu bukan mudah untuk kita rasai dan kecapi....hanya mereka yang terpilih sahaja! dan mereka yang berusaha untuk dipilih.....Jujur, tak semua yang alim itu tergolong dikalangan yang bertaqwa dan tidak semestinya yang biasa itu tidak akan tergolong dikalangan orang yang bertaqwa...Allah lebih mengetahui... Belum pernah ada mereka yang sudi memberi teguran sepanjang hidup ini, sehinggalah Allah hadirkan dia untuk membimbing walaupun seketika!! ya..untuk seketika....dan hilang sepi dibawa pergi oleh mimpi....
..truly,true...berubah kerana ALLAH....
" Ya, kawan sebenar adalah yang peduli kawan dia...berkawan kerana Allah dan hukum Allah itu dijadikan rujukan dan panduan..kita bermuhasabah dan memperbaiki diri juga kerana hukum yang Allah turunkan pada rasul tercinta...Jika umat itu tidak ditegur,kita sendiri yang berdosa dan bila diakhirat kelak Allah akan persoalkan apa yang telah kita sampaikan...."
* "Awak, sebenarnya dalam Al-quran dah terangkan yang seorang muslimah tu wajib memakai hijab yang menutupi dada dan jilbab/khimar (jubah)..." pemakaian ini sebenarnya memang undang-undang negara bila negara khilafah naik...Pakai hijab dan khimar labuh itu perintah Allah yang mutlak pada semua wanita baik/jahat, fasik, zalim, yang mensyirikkan Allah secara bersembunyi tanpa diketahui orang... Pemakaian ini sebenarnya adalah kasih sayang Allah untuk jaga muslimah itu dari ganguan seksual, atau diaggap murah dan mudah di approach untuk digangu dari segi seksual...supaya mereka tidak diganggu oleh mana-mana hati lelaki....lebih rincian lagi...naluri lelaki automatik mudah terangsang, even ustaz-ustaz pun terangsang sebab mereka adalah manusia yang diciptakan Allah dari nabi Adam dan tidak mustahil nafsu mereka tertarik pada keunikan yang terdapat pada seorang perempuan....
Dengan izin Allah, (dalam awal Ramadhan) saya dihadirkan mimpi yang amat menakutkan sebelum ini...saya melihat wanita berkeliaran diatas jalan yang mana tanah itu kelihatan seperti api....tanah yang rapuh itu dijijak oleh golongan wanita....mereka lari berkeliaran dan ada yang terjatuh kedalam jurang itu...ada segolongan yang berjaya keseberang kanan dengan gembira...dan ada segolongan yang masih berada disebelah kiri dengan perasaan takut....mengharap bantuan dari Allah...dan saya..saya masih berada di antara golongan kiri itu...sangat sedih...tapi saya yakin Allah beri peringatan supaya saya kembali sedar dan patuh pada syariatnya....saya akan cuba usahakan...walaupun agak susah pada permulaanya....
* " Loan, sebenarnya adalah dikategorikan sebagai RIBA dan tergolong sebagai dosa besar...Sesiapa yang mengambil riba diibaratkan dia berzina dan dosa besar...Walaupun muslimah tu pakai tudung labuh belum tentu dia tak ambil riba hattakan dia sedar itu haram...Sebarang pinjaman dalam system ekonomi sekarang ini lebih menggunakan system ekonomi capitalism...walaupun kadang-kadang namanya bank Islam tetap sama menggunakan system barat..."
Dengan izin Allah, saya tergerak hati untuk menonton rancangan "Tanyalah Ustaz" yang disampaiakn oleh Ustaz Zaharuddin....dan benar apa yang awak smpaikan sebelum ini....Huraian yang disampaikan oleh ustaz tersebut sama seperti apa yang pernah awak sampaiakn pada saya sebelum ini....terima kasih!
Pakaian taqwa..itulah yang dikategorikan pakaian taqwa macam yang Allah perintahkan...dan tetap semua muslimah wajib pakai jilbab dan khimar dan tidak buat benda-benda haram....Maksud pakaian taqwa bukan hanya mulut bertutur yang baik dan berhati baik, dan tak ambil riba, dan tidak derhaka kepada ibubapa dan sebagainya itu sahaja...tapi dalam masa yang sama tidak pakai tudung atau pakai tudung yang menampakkan dada ketat...dan baju slim....
Dengan izin Allah, saya terbaca pada tafsiran ayat Al-Quran yang menyatakan beberapa ciri-ciri pakaian taqwa:
- Beriman kepada perkara ghaib, melaksanakan solat, menginfakkan sebahagian harta yg diberikanNYA (al-Baqarah:3)
- Beriman kepada Al-Quran dan yakin adanya akhirat (al-Baqarah:4)
- Berpegang teguhlah apa yang telah kami berikan kepadamu dan ingatlah apa yang ada didalamnya agar kamu bertaqwa! (al-Baqarah:63)
- dan akan dikaji lagi pada surah-surah lain....
Subhanallah...tak terhitung apa yang cuba Allah sampaikan ....benar, untuk berubah saya harus berlapang dada dan segera berubah kerana Allah dan yakin yang Allah akan tolong kita jadi hamba yang rela dan berserah diri...tapi saya perlukan masa untuk didik hati ini untuk istiqamah...berubah bukan kerana paksaan..tapi dengan kerelaan...bukan kerana siapa-siapa,tapi kerana Allah....macam awak kata : "If we follow the 'prescription', you shall have peace in your heart and soul"-him-
Dan untuk kesekian kalinya, saya cuba untuk berubah..bukan kerana awak....tapi kerana Allah..yup! kerana Allah atas petunjuk yang cuba DIA berikan pada saya...Dan untuk pertama kalinya, saya cuba memakai "Jubah" di Kuala Lumpur...untuk pertama kalinya saya berjubah dikota metropolitan itu....Kekok! memang kekok pada permulaanya...tapi betullah...Allah pelihara saya...walaupun keseorangan berlegar-legar di Suria KLCC tiada sesiapa pun yang cuba untuk menggangu saya...(Alhamdulillah)...cuma saya melihat kawan-kawan saya yang lain agak janggal dengan pemakaian saya....tapi saya tidak salahkan mereka sebab saya yang silap sebelum ini kerana tidak pernah mengaplikasikan cara pemakaian sebegini semasa bersama mereka suatu ketika dahulu....maafkan saya jika saya memalukan kalian untuk berlibur (sebenarnya saya memang nak bersama kalian,tapi saya takut kalu kalian malu dengan cara pemakaian saya...) Saya berharap suatu hari nanti Allah bukakan juga hati awak-awak semua untuk berubah seperti saya....walaupun perubahan saya masih belum sempurna sepenuhnya....
Dan awak...walaupun kita sudah tidak berhubung...tapi masa ini telah mendidik saya untuk lebih kuat berhubung dengan Allah...bukan berharap pada awak....Allah benar-benar mengharapkan tangisan yang ikhlas dari saya...tangisan taubat dari saya....dan untuk itu barulah saya akan perolehi ketenangan.....saya yakin dengan segala ketentuan Allah...saya yakin dengan setiap aturanNYA....dan saya tahu awak adalah pinjaman sekejap yang Allah hadirkan untuk memberi peringatan pada saya!Atau Allah sendiri ada perancanganNya.
Dan awak...walaupun kita sudah tidak berhubung...tapi masa ini telah mendidik saya untuk lebih kuat berhubung dengan Allah...bukan berharap pada awak....Allah benar-benar mengharapkan tangisan yang ikhlas dari saya...tangisan taubat dari saya....dan untuk itu barulah saya akan perolehi ketenangan.....saya yakin dengan segala ketentuan Allah...saya yakin dengan setiap aturanNYA....dan saya tahu awak adalah pinjaman sekejap yang Allah hadirkan untuk memberi peringatan pada saya!Atau Allah sendiri ada perancanganNya.
Tapi, cuma satu perkara yang menjadi kerisauan dan masalah dalam diri saya pada saat ini.. saya adalah manusia biasa...yang kadang-kadang Iman saya lemah... adakalanya turun.. adakalanya bertambah...saya perlukan dorongan dari keluarga, sahabat yang soleh & solehah untuk turut sama membantu saya bermujahadah dan berubah untuk Allah.....seboleh-bolehnya semangat dari keluarga, kaum-kerabat, sahabat solehah yang ada disekeliling saya...Hadirnya kalian adalah untuk memberi peringatan seperti 'dia'....kerana yang solehah itu lebih baik untuk menjaga 'HATI' seorang wanita berbanding dia....kerana sedikit demi sedikit hati ini mula tercuit pada sesuatu yang saya sendiri tak pasti....dan saya tidak mahu hati saya dimiliki bukan pada yang berhak iaitu.."SUAMI"..!
-end-
No comments:
Post a Comment