Assalamualaikum buat semua pengunjung stanza kehidupan...Apa khabar Iman di hati?? Semoga semakin bertambah dan bukannya berkurang, luntur dan sepi untuk dibawa mati...Maaf sebab sekali lagi kesibukan dunia mengatasi segalanya..astaghfirullahalazim...Sekarang Iza dah merantau jauh dari Malaysia....memandangkan sekarang tengah cuti,boleh la update sesuatu disini...Syukur ya Allah, engkau titipkan disebalik kesedihan itu dengan kebahagian yang amat sukar untuk dijangka...Maafkan kesilapan hambamu Ya Rabbi, andainya diri tak pernah sedar untuk mensyukuri akan segala nikmatmu...nikmat yang engkau berikan didunia yang sementara ini....ya...sementara dan hattakan diriku sendiri tidak pasti kemanakah penghujungnya nanti? Syurga....atau......Neraka...???...
Menjadi musafirah di perantauan seorang diri tanpa bertemankan mahram amat sulit sekali, namun Allah jualah pelindung sebenar baik didunia mahupun diakhirat...Dengan keyakinan itulah yang membuatkan diri ini bersemangat untuk merantau jauh,untuk mencari ketenangan dan bergantung pengharapan pada Allah yang satu! bukan pada manusia....Ya Allah, tak terhitung akan segalanya...Engkau benar-benar maha mengetahui segala sesuatu...engkau benar-benar maha adil lagi mengasihani....Bantulah untuk hambamu ini menjadi hamba yang taat, walaupun ada seketikanya iman ini mudah goyah apabila diusik oleh bisikan syaitan...Ku yakin, engkau adalah sebaik-baik titipan untuk melindungiku Ya Allah....selamanya.....
Kali pertama sampai di UK, membuatkan hati ini terasa kerdil dan semakin teruja akan kebesaranmu Ya Allah..Benarlah apa yg engkau ceritakan didalam Al-Quran...Kekuasaanmu takkan habis untuk diceritakan dengan pena...kerana terlalu banyak untuk dicoretkan...Namun, hati ini menjadi semakin takut Ya Allah...Takot pada tanggungjawab yang tak mampu untuk aku pikulkan..seandainnya hambamu ini tak mampu nak menyampaikan agamamu pada mereka disini...mohon agar engkau ampunkan daku sebelum nafas terakhir....Sebelum engkau makbulkan hajatku yang terakhir untuk menghembuskan nafas terakhirku disini....dengan jihadku untuk menyebarkan islam dan menuntut ilmu...serta membantu umat Islam disini...
Ya, datangnya aku kesini punyai misi...Misi untuk menerokai keindahan & kekuasaan mu Ya Allah...dan misi untuk menuntut ilmu dan berdakwah...walaupun diri ini tak mampu nak bersuara lantang seperti mereka yang lain, namun akan ku usahakan dengan caraku sendiri...Dengan diberinya peluang untuk mengutip pengalaman hidup disini, telah membantuku untuk mengamalkan apa yang telah aku pelajari selama 4 tahun di Universiti...Baru ku sedar akan segala pengaturanMu Ya Allah..engkau telah menyediakan perancangan hidup yang sangat indah buatku.....Sangat indah dan semoga aku sentiasa bersyukur padaMu disetiap saat dan ketika tanpa berkeluh kesah...
Dunia.....
Andai dapat aku kahabrkan pada semua bahawa ianya hanya lah sementara.....
Kiamat......
Andai dapat aku khabarkan pada manusia bahawa engkau bakal menjelma......
Kematian....
Andai dapat aku khabarkan pada setiap jasad manusia bahawa engkau akan menghampiri....
Syurga....
Andai dapat aku khabarkan bahawa beruntungnya sesiapa yg berjaya memasukinya..........
Hari perhitungan....
Andai dapat aku kahabrkan betapa ngerinya saat itu.................
Ya Allah,
Hambamu ini sangat ingin bertemu denganMu..
Tuhan yang Maha Kuasa & Maha Adil...
Ya Allah,
Aku benar-benar takut pada penghidupan ku didunia..
Sesuatu yang aku belum pasti sama ada aku bakal berjaya atau tersungkur diakhirat nanti......
Ya Allah,
lakarkan hidup kami didunia dengan cara Al-Quran..bukan ikutan hawa nafsu..
Lindungi dan Rahmati seluruh umat Islam di sini...
Berikan petunjuk hati buat mereka...
Kuatkanlah benteng keimanan kami disini Ya Allah...
-nhz(York,UK)-
No comments:
Post a Comment