Pages

Saturday 20 October 2012

KAWAN SEJATI SUKAR DITEMUI

Bismillahirrahmanirrahim.......

Assalamualaikum....salam sejahtera buat semua pengunjung stanza kehidupan...maafla,sekarang ni iza dah jarang nak boleh update entri kat sini....Rasanya semakin hari,semakin banyak kerja yang perlu disiapkan....walaupun pada hakikatnya kerja itu adalah berkumpulan,namun seumpama membuat kerja secara individu...(lets left that behind 4 awhile)...Insyallah.malam ni tergerak hati untuk mencoretkan sesuatu yang iza rasa patut dicoretkan buat pengajaran kita semua....ambillah mana yang baik dan tinggalkanlah mana yang rasa buruk dalam penulisan kali ini.....

KAWAN sejati??? Iza pun dah x faham dan agak sukar untuk kita betul-betul temukan kawan sejati itu...kalu dulu kita selalu bersama,tapi sekarang dah x macam dulu? adakah itu yang dinamakan kawan sejati? Orang cakap, susah dan senang sama-sama dikongsi...tapi rata-rata kawan yang dijumpai kebanyakkannya sangat berbeza....Bila susah sama-sama hadapi...bila dah senang dan bahagia dengan orang lain, mulalah kawan itu ditinggalkan....bak kata pepatah "Habis MADU,sepah DIBUANG" Bila dah terlalu lama berkawan dan "JEMU" melayan kerenah kita, mungkin itulah faktor kita disishkan dan dilupakan....itulah realiti kehidupan.....Teringat sangat-sangat pepatah yang ustaz cakap..."Jangan menyayangi seseorang berlebihan kerana boleh jadi dari sayang itu bertukar menjadi benci!!" yup, pepatah ni kadang-kadang boleh jadi realiti dalam kehidupan yang kita lalui....orang yang kita anggap sahabat yang terbaik, x mustahil akan berubah menjadi seseorang yang mampu menyakitkkan hati kita...MANUSIA semakin berubah...tidak semua akan kekal dengan tabiat yang sama..itulah hukum alam...yang Allah ciptakan mengikut peraturanNYA....

Iza petik sedikit cerita dari kisah seorang teman iza untuk dikongsi bersama...

Dulu Amera dan Ika merupakan kawan sejati...Kemana ada Amera disitulah ada Ika....Mereka merupakan pelajar sekolah menengah*** Di awal kemasukan ke sekolah, mereka telah ditakdirkan untuk bersahabat bersama....Ukhuwah yang terbina itu sangat bahagia dan mewarnai kehidupan mereka dengan penuh keceriaan...Segala susah dan senang dikongsi bersama....

Setiap hujung minggu,mereka akan outing bersama-sama.....untungla sebab masing-masing mempunyai minat yang sama iaitu suka melancong.....kalu nak pergi kemana-mana pun tidak kisahlah asalkan kedua-duanya suka...itu dulu, tapi sekarang.....Amera dah x dapat merasai lagi saat-saat macam itu....bila mana ukhuwah yang terjalin itu mula menjadi goyah di tahun terakhir pengajian mereka di sekolah itu......Ika dah berubah...Dia dah tak seperti ika yang Amera kenali dahulu......mungkin disebabkan faktor perpindahan Ika yang telah berpindah ke kelas yang baru....Sejak bertukar ke kelas 5 Bijak, hubungan Ika dan Amera dah menjadi semakin renggang....Ika dah dapat teman yang baru...teman yang mungkin lebih baik dari Amera..teman yang tidak banyak kerenah..teman yang tidak menyusahkan Ika...teman yang lebih memahami Ika...Selain itu,sejak berkenalan dengan Akmal, Amera juga dapat melihat sedikit perubahan yang ada dalam diri Ika....itulah kehidupan..manusia akan berubah dari semasa ke semasa...kita tidak boleh mengharapkan yang orang itu akan sentiasa bersama kita setiap masa......

Kalu dulu Amera selalu outing bersama Ika, tapi sekarang Amera terpaksa outing keseorangan kerana tiada teman untuk menemaninya...nak ajak Ika,takut menggangu pula masanya....lagipun Ika pun dah ada kawan baru...nak ke mana pun mesti utamakan kawan barunya itu....mana mungkin nak ajak Amera....teman lamanya yang menyusahkan....Nak x nak, Amera harus hadapi semua ini....walaupun kadang-kadang jiwanya selalu merintih menangis menahan kesedihan yang tak mampu untuk disorokkan..Hanya Allah jualah tempat mengadu...nak cerita dan berkongsi pada Ika pun dah x boleh...mungkin ini ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana Amera kuat untuk menghadapi masalah dan sabar untuk menghadapi ujiannya.... Amera harus kuat....!!

Namun begitu kekuatan dan kesabaran Amera sedikit goyah bila mana sahabat baru Ika itu merupakan teman karibnya semasa di sekolah rendah dahulu....Amera redha...dia tidak boleh menyalahkan teman nya Ika mahupun teman sekolah rendahnya itu kerana mungkin  ini adalah pengaturan dari Allah....Dalam hal ini, Amera pasti tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan....Amera pernah terfikir untuk cuba bersatu berkawan dengan Ika & Sue (teman lamanya).....tetapi hasilnya masih tidak menjadi.....bila bertiga pasti akan wujud masalah dalaman....betullah orang cakap,kalu kawan bertiga..pasti ada seorang yang akan ditinggalkan...dan untuk itu, Amera rasa dialah yang selayaknya utk ditinggalkan kerana dia tidak sempurna untuk berkawan bersama mereka.........

Biarpun betapa sedih dan hibanya menahan kesedihan..tapi itulah jalan yang terbaik....dan itulah pengorbanan dari Amera buat sahabatnya....Walaupun Ika dan Amera tidak seperti dalu,Amera tetap berharap agar Allah sentiasa melindungi sahabatnya itu walau dimana dia berada dan dengan sesiapapun dia berkawan....Biarlah Amera kesedihan & keseorang kerana dia yakin, Allah jualah teman yang terbaik dan tempat untuk Amera mengadu....Life must go on......Semoga Ika berjaya didunia & akhirat......END.





Friday 14 September 2012

29 OGOS 2012 (DEACTIVE ACCOUNT FB)

Assalamualaikum buat pengunjung-pengunjung stanza kehidupan...
Hai? kai fa hal? Alhamdulillah,ana bil khair...wa antum??
Okla,entri kali ni nak update citer sikit sal iza dah deactive account FB..
FUh! Ramai tertanya-tanya nape tiba2 nak deactive?? ada masalah apa-apa ke? 



Ni FB lama punya....boleh je nk aktif kembali...
 
Frust tertonggeng? menonggeng? menggelabah...blaaa..blaa..aa..
 
Actually,x de pape pun..memang dah niat bila account tue jadi timeline, ingat nak create yang baru...dan akhirnya tarikh 29.8.2012 secara rasminya jadi timeline, so terpaksa la deactive walaupun rasa sayang juga nak tinggal..tapi iza dah nekad...tetap akan deactive juga account nie for a while cuz rasa nak mulakan hidup yang lebih baik...kenapa??

Iza rasa nak lari dari semua kawan-kawan lelaki yang ada cuz kadang-kadang rasa menggangu....iza nak fokus pada masa hadapan dulu..perkara lain tolak-tepi...haha, itu tak bermaksud ada sebarang spekulasi apa-apa...just feel annoying!/// Bagi iza,untuk sementara waktu nie, biarla benda-benda tue semua tolak tepi cuz hidup lebih tenang dan aman.. X kan ada dah perasaan-perasaan yang boleh menggangu konstrensasi pembelajaran.... ada ka? (ntah la..) Lagipun nak kata lelaki ni bukan senang kita nak percaya diorang 100%...... Baik kata,indah rupa,santun budi perketi itu belum tentu akhir nanti itulah yang akan kita lihat bila dah bersama...Tapi x bermaksud iza benci semua kaum adam..just untuk seketika nie je rasa x perlu lagi kot... =] 

Smoga ALLAH sentiasa menjaga HATI ini untuk yang selayaknya...Amin.




wallahu'alam

Wednesday 5 September 2012

" HATI "

Assalamualaikum buat pengunjung gelap ataupun yang dalam cerah...Iza cuba juga luangkan masa untuk tulis sesuatu yang bermanfaat buat semua.Walaupun sekarang nie boleh dikatakan sibuk yang teramat dengan tugas-tugasan asgment yg banyak...namun semuanya harus dilaksanakan dengan sabar & jayanya....OK la, pagi-pagi tahajjud nie tiba-tiba dikurniakan ilham untuk tulis sesuatu yang berkaitan "hati"..........

"HATI" aset utama bagi setiap manusia. Hati juga kan melambangkan seseorang sama ada baik- buruknya peribadi mereka..."HATI" kalu dikotori dan x dijaga sangatlah parah.....
 
** HATI...hati.....Hati..HARUS kita " berhati-hati...."

Boleh dikataakn semunya berpunca daripada hati...!!

Pernah x korang bermasalah dengan hati? x yah jawab..dah tahu dah jawapannya... tipulah kalu sape-sape tak de masalah dengan hatinya...melainkan Nabi Muhammad S.A.W kerana baginda adalah maksum... Macam-macam kan penyakit hati nie... Bukan mudah untuk kita kawal hati kita, tapi sekurang-kurangnya kita harus cuba untuk sedikit -demi sedikit menjaganya....

Antara penyakit2 hati yang selalunya dapat dilihat dalam kehidupan kita ialah :

  • IRI HATI
    Iri hati iza letak paling top cuz penyakit ini sangat merbahaya jika dilihat dalam kehidupan kita. Hati akan jadi lebih sakit bila iri hati terhadap sesuatu perkara.Iri hati disini bermaksud perasaan cemburu akan kelebihan seseorang sama ada dari segi fizikal & mental. Jika wujud walau sekelumit pn perasaan ini,effectnya sangat mendalam. Perasaan inilah yang boleh menyebabkan terputusnya hubungan silaturrahim antara satu sama lain.Sebagai contoh,nak di kaitkan dengan kehidupan kita adalah si Fulan A sangat cemburu dengan kecantikan & kebijaksanaan si fulan B..sampai satu tahap,boleh meneybabkan masing-masing tidak pernah rasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah...Perlukah kita iri hati,sedangkan yang menciptakannya adalah Allah yang satu. Yang kita x sedar ada hikmah yang terselindung disebalik setiap ciptaanya...Ketahuilah,setiap orang yang Allah ciptakan mempunyai keunikan masing-masing. Usahlah iri hati antara satu sama lain...=]

  •  
  • JATUH HATI
    "Jatuh cinta lagi,lagi-lagi ku jatuh cinta" terngiang-ngiang lagu-lagu cinta yang berkumandang di corong-corong radio/mp4 n etc...Okla,penyakit kedua pula adalah jatuh hati! Hati boleh jatuh ke? Macam mana?? dia kan terlindung sebagai organ dalam badan...<itu soalan harus ditanya oleh kanak-kanak> tapi macam org dewaa/remaja akan lebih fahami..Jatuh hati nie..sangat susah untuk diobati..haha..yeke?betul..seyes..bukan berpengalaman..tapi bila tengok kawan2 n adik-adik yang tengah angau tahap gaban tue,baru tahu yg jatuh hati ni sangat parah!. Be aware....Memangla org cakap kalu jatuh hati nie best.....Manis..tapi bila sekali putus...baru terasa nak frust tertonggeng...menonggeng...huhu...Tapi dalam hal ni, iza rasa baik jatuh hati pada yg selayaknya... pada seorang insan yang akan sah bergelar suami/isteri....itulah yang terbaik...Tapi kalu dah terjatuh hati nak buat cmna >> << errrkk! ada pula, x susah pun kalu kita cubah cegah dari awal2.."berlarilah"sejauh mungkin jika mampu..sekurang-kurangnya kita mampu untuk mengawal dan menjaga hati kita dari dilukai... "janji ALLAH itu pasti....janji bersama sidia juga adalah pasti...Amin"

  • SAKIT HATI
  • Seterusnya sakit Hati!...adeh,sakit hati betul tengok status2 dia tue. ade je yang nak buat org rasa sakit hati dengan dia...HA!penyakit ketiga ni pun kena kawal..sakit hati nie bila-bila masa pun boleh berlaku...Memang sakit giler la hati kita waktu nie...rasa macam membuak-buak nak makan orang...yela,orang je yang ada hati dan berperasaan...kalu makan hati binatang x sama rasanya dengan makan hati orang...errrr..ape ntah perkaitannya.. actually,sebenarnya iza nak create yang sakit hati ni pun kadang-kadang merbahaya juga cuz ianya boleh merosakkan segala perhubungan dan gerak kerja kita. Sebagai contoh, kalu seseorang tu sakit hati bila tengok tunangnya asyik berkomen FB dengan org lain, kadang boleh menyebabkan tarikh perkahwinan terpaksa dibatalkan.. Kerana sakit hati juga, dari sahabat boleh bertukar menjadi musush...
     
Sampai point nie dulu ye..sebenarnya banyak lagi point-point yang ingin iza huraikan untuk semua,tapi mood rase nak tulis sampai situ dulu..mungkin nanti ada masa free akan di update lagi..
k' jumpa lagi di entri seterusnya.....

    Saturday 2 June 2012

    "AWAK" DAH BESAR.....

    Assalamualaikum diucapkan buat semua pengunjung stanza kehidupan...Alhamdulillah bersyukur iza kehadrat Illahi kerana dengan izin & limpah kurnianya kita masih dapat bernafas dimuka bumi ini...di alam kehidupan yang penuh dengan liku-liku dan cabaran..yang sampai seketika waktu kita alpa akan tujuan utama kita hidup dimuka bumi ini. Saat ini,iza bersyukur kepadaNYA kerana berjaya mengharungi Sem6 yang penuh dengan cabaran, dugaan & memerlukan semangat, ketabahan yang kental untuk menghadapinya....Nak dipendekkan citer,semuanya dah settle...tinggal menghadapi final exam je..=]..Ok la, untuk entri kali nie rase nak coret tentang sesuatu yang mungkin sedikit sebanyak memberi kesedaran pada semua... iza rasa penulisan kali ini tiada kaitan dengan diri sendiri / sesiapa.... dan setiap penulisan yang dihasilkan adalah ilham yang diberi oleh Allah untuk iza coretkan....


    " AWAK "dah besar............

    " AWAK" dah boleh berdikari.........

    "AWAK" dah boleh bezakan mana yang baik & buruk.............

    AWAK...AWAK... & awak.......................

    Tentu kita tidak pernah terfikir yang semakin lama, semakin bertambah usia kita dan tanpa kita sedari dari alam kanak-kanak dah berubah/menempuhi pelbagai jenis alam kehidupan..baik dari alam rahim, alam kanak-kanak, alam remaja, alam dewasa, alam kerjaya, alam perkahwinan,...dan yang pastinya alam Barzakh kelak..Setiap alam yang kita tempuhi sememangnya punyai cerita yang tersendiri....dan sekarang....iza cuba nak high lightkan alam dewasa!

    Alam dewasa adalah suatu tempoh untuk kita berfikir dengan lebih matang & mula merancang dengan sebaik-baiknya arah tujuan kita nanti...dan alam ini lah yang memandu/menentukan sama ada kita telah berjaya atau tidak baik disisi Allah mahupun masyarakat...okla, cukuplah untuk intro..rasa nak terus kepada point utama.. Jika dilihat pada masa sekarang sangat susah untuk kita mendidik  apatah lagi menegur golongan di alam dewasa ini...

    Sebagai contoh,iza titipkan beberapa cerita untuk dijadikan teladan buat semua..

    1) " AWAK" dah besar...boleh bezakan yang mana baik & buruk...

    Yup, AWAK dah semakin besar....dan sudah pun boleh  digelar sebagai seorang graduan yang memiliki segulung ijazah....dan awak juga tahu bezakan mana yang baik & buruk....Awak dah besar, tidak perlulah untuk ibu mengingatkan awak untuk melakukan setiap perkara yang perlu dilaksanakan terutamanya sebagai umat nabi Muhammad S.A.W.... ikutlah tuntutan syariat Islam... Awak dah besar...Awak tahu nak bezakan pakaian mana yang baik & memenuhi etika menutup aurat....Awak dah x perlukan ingatan dari ibu untuk setiap hari menegur cara pemakaian awak....perlukah ibu mengingatkan awak itu semua? sedangkan awak adalah golongan yang berpelajaran tinggi...perlukah ibu menegur setiap pakaian yang awak ragakan pada setiap hari? sedangkan awak sudah pun lebih mengetahui pakaian yang mengikut syariat....dan haruskah ibu meneruskan teguran itu? yang kadang-kadang Awak hanya mendengar tetapi tidak pernah mengikuti??? Ibu rasa awak bijak membuat pilihan untuk menentukan apa jalan yang akan awak pilih....tiada guna jika segala nasihat yang ibu berikan hanya masuk di sebelah telinga kanan & keluar semula di telinga kiri...

    Awak, pakailah stokin....walau sejauh mana pun jarak yang cuba awak langkahkan.....kerana ibu tahu,kakimu itu akan lebih bersih bila ia dilitupi.....

    Awak, janganlah sinting lengan baju tue tinggi-tinggi kerana, ibu tahu setiap lukisan yang terconteng di lengan awak itu x perlu di tunjukkan buat tatapan kaum adam...dan

    Awak....kenakanlah pakaian yang tidak terlalu menampakkan susuk tubuhmu...serta melitupi dadamu...kerana ibu yakin,dengan berpakaian seperti itu,awak mampu menjaga diri & tidak berasa takabbur dengan setiap keindahan yang Allah kurniakan pada Awak...

    Awak...awak dah besar..dah boleh tentukan mana pilihan awak...
    Tak perlulah setiap saat ibu harus menegur setiap tingkah laku & cara pemakaian awak....


    2) "AWAK" dah besar....x payah la nak touching lebih-lebih...

    Awak...alam dewasa kita inilah yang bnyak dipengaruhi oleh berbagai-bagai masalah dalaman baik hati, perasaan & mental... di alam inilah kita akan menghadapi pelbagai jenis persaan baik suka, duka , gelisah , sengsara & etc.... Awak, hadapilah masalah ini dengan berfikiran yang lebih matang & terbuka...

    Lumrah sebagai manusia, semasa bersahabat itulah mereka sentiasa diuji dengan berbagai rasa. Baik dari rasa kasih-sayang sesama insan, rasa benci antara satu-sama lain, rasa simpati atas kekurangan insan lain & rasa  dikhianati oleh insan yang dirindui & disanjungi...yang pastinya sangat sedih bila rasa dipermainkan oleh orang-orang disekeliling....

    Awak..jangalah menyayangi seseorang itu berlebihan kerana boleh jadi awak akan meratapi kesedihan yang amat mendalam bila diri tidak dihiraukan...

    Awak, tak payah la nak terasa hati dengan apa yang dilakukan oleh sahabat awak itu kerana awak dah dewasa...awak dah boleh fikirkan sesuatu yang lebih utama..biarkanlah dia dengan cara & kawan barunya...

    Jadikan kenangan manis awak bersamanya itu sentiasa terpahat dihati...tak perlu untuk awak terasa hati / tangisi..kerana Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk awak nanti...dan Allah juga tahu yang awak masih tetap menyayanginya walaupun semua itu tidak dapat dilihat...

    mungkin awak tidak dapat bersamanya seperti dahulu ,tapi Allah tahu awak sentiasa mendoakan setiap kebaikan padanya..................
     
    Awak, biarlah diri dipermainkan untuk seketika...usahlah nak meratapinya..kerana mungkin Allah nak beri peluang pada Awak untuk bijak membezakan antara kaca & permata...Awak, lelaki itu susah untuk kita ramalkan setiap perbuatan mereka..boleh jadi mereka jujur & boleh jadi mereka cuba mempermainkan perasaan awak....tapi Awak dah dewasa...awak boleh tahu siapa yang cuba mempermainkan siapa...dan awak boleh tahu siapa yang jujur dan tidak... awak harus mengambil pengajaran darinya...bukan bersedih dengan setiap sesuatu perkara yang dilakukannya...doakan yang terbaik untuk di masa hadapan nanti...

    Awak....dia punya kelebihan tersendiri..usahlah awak cemburu atau dengki dengan setiap kelebihan yang dimilikinya... Awak sebenarnya akan lebih cantik di mata Allah jika cuba menghiasi diri dengan akhlak yang mulia & mengikuti setiap suruhannya...
    Awak..biarlah apapun yang awak rasa saat ini, dan biarlah kesedihan itu berlalu dengan sendirinya... Awak tidak keseorangan...Awak masih ada Allah...Awak masih ada keluarga yang sangat menyayangi.....


    AWAK, saya menulis kerana menyayangi awak sebagai seorang teman, sahabat, kekasih, sekeluarga...saya tidak mahu hati kita dicalari dengan sifat-sifat yang tidak sepatutnya
    dan saya juga tidak mahu alam dewasa kita hanyut begitu sahaja dibuai oleh situasi ini
    saya tahu,awak dah besar & boleh membuat pilihan yang BAIK.

    Wallahu'alam.

    Monday 30 April 2012

    " MIGRAINE" AGAIN...

    Assalamualaikum semua...ni update untuk entri bulan April... Semoga semua yang membaca blog nie berada didalam keadaan sihat sejahtera...Alhamdulillah saat iza menulis blog nie, dikurniakan kembali oleh Allah SWT kesihatan yang baik...berbanding semalam...
     
    " Migraine "  satu penyakit yang hadir tanpa kita pinta dan duga..boleh jadi dalam keadaan sihat pun penyakit itu akan menyerang andai Allah melafazkan kata "KUN FA YA KUN" kepada si fulan b/bt sifulan..Itulah kuasa Allah yang tidak mampu untuk kita jangkakan...tapi bagi iza, apapun yang berlaku adalah rahmat dariNya yang kita x sedar. Mungkin ianya sebagai peringatan juga untuk iza disaat diri terlalu leka dalam mengerjakan semua urusan dunia yang tak terhenti-henti mengejar untuk disiapkan....kali terakhir iza diserang penyakit ni ialah masa sem 3 dimana mendapat berita yang iza x akan ditempatkan tinggal di kolej kediaman untuk sem yang akan datang...stress sangat masa tue cuz dengan miggu peperiksaan dan masalah nak cari tempat tinggal lagi...=( tapi itu semua berbalik kepada ujian Allah untuk diri kita.... Iza x salahkan takdir, sekurang - kurangnya penyakit itu datang sekejap nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang terpaksa menghadapi penyakit lumpuh,stroke dan sebagainya yang kadang-kadang tak termampu untuk mereka bangun mengerjakan ibadah seharian mereka.....

    Migrain adalah salah satu penyakit yang menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala yang teramat sangat...Migraine merupakan satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan..... ada orang anggap migrain nie seperti pening kepala....THAT WRONG!! x sama sebenarnya.. orang yang menghadapi migrain nie lebih  sakit azabnya berbanding dengan orang yang pening kepala. Sampai satu tahap kita akan rasa nak hentuk je kepala dekat mana2 dinding yang boleh menghilangkan rasa kesakitan itu...

    FAKTA : Migraine juga ialah sejenis penyakit keturunan. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yg lebih tinggi daripada lelaki.


    TANDA-TANDA DISERANG
    • Biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala.
    • Kadang-kadang pesakit melihat sinar cahaya yang amat terang hingga tersa seperti hampir buta.
    • Selalunya gejala (1) dan (2) akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti dengan sakit kepala yang amat sangat. Pesakit akan biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut denyut disebelah atau satu bahagia kepala sahaja.
    • Ini akan diikuti oleh muntah atau cirit-birit.

    JENIS-JENIS
    • Migrain tanpa aura
    • Migrain dengan tanda aura
    • Opthalmoplegic migrain
    • Status migrain
    PUNCA PENYAKIT  / Faktor Risiko
    • Genetik
    • Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ‘stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
    • Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ‘serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
    • Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
    • Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
    • Tekanan perasaan atau ‘stress’
    • Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
    • Cahaya yang sangat terang
    • Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
    • Letih yang keterlaluan
    • Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
    • Pengambilan pil ‘ contraceptive’
    • Haid
    • Pengambilan pemanis tiruan
    • Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
    • makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
    •  
    SIMPTON PADA MIGRAIN

    1) Migrain tanpa aura
    • Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
    • Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
    • Berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
    • Denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

    2) Migrain dengan tanda aura
    • Jarang berlaku
    • Pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
    • Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

    3) Opthalmoplegic migrain
    • terlalu jarang berlaku
    • sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
    • mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
    • pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

    4) Status migrain
    • berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
    • boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
    • migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

    5) Bentuk serangan migrain
    • ’severe’: rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
    • ‘local’ : kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
    • ’pallor’: berpeluh-peluh
    • ’sono’ : sensitif terhadap bunyi bising
    • ’photophobea’ : sensitif pada cahaya
    • ’speak’: percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala
     
    CONCLUSION: Dah dapat input?? faham dah kan perbezaan migrain n pening kepala...so iza ada beberapa suggestion ntuk korang semua jika menghadapi masalah migrain...
    • Berbekam boleh merawat sakit kepala dan migrain.
    • Makan Panadol banyak-banyak.(incase klinik tutup). Tapi hanya mampu tahan kesakitan jela.
    • Ambil ubat daripada doktor
    • Ambillah masa 5minit utk rehatkan minda dgn meditasi dan berzikir
    • Try elken spirulina.

    Saturday 31 March 2012

    " ISTIQAMAH " ITU SUKAR.

    Assalamualaikum buat semua sahabt yang berkunjung ke stanza kehidupan ini...terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk follow citer kat blog nie...Maafla cuz nak tunggu iza update belogg ni amatlah jarang2 cuz ntah la...tiap kali nak menulis, ada je benda lain yang nak diutamakan...k,la....untuk isu kali nie ialah " Istiqamah ".....

    Istiqamah tahu x maksudnya pe?

    Secara dasarnya Istiqamah nie bermksud berdiri teguh diatas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah & pegangan,amalan,pandangan hidup,perjuangan dan sebagainya iaitu tidak berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun tedapat pelbagai godaan & rintangan.

    Berpetik daripada Al-Quran ada menyatakan :
     
    " Sesungguhnya org yang menegaskan keyakinan dengan berkta: Tuhan kami ialah ALLAH,kemudian mereka tetap teguh (istiqamah) diatas jalan yang betul,akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berduka cita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu"
    (surah Fussilat,ayat30)
     
    Dah faham sikit? Agak susah kan bagi kita semua untuk memastikan diri sentiasa Istiqamah ntuk melakukan sesuatu perkara..Bukan mudah nak mendidik diri & melawan nafsu dari godaan dan bisikan negetif..Seperti yg kita ketahui, syaitan itu telah berjanji untuk menyesatkan seluruh anak nabi Adam...terutama sekali umat Nabi Muhammad S.A.W..... :(

    Wednesday 7 March 2012

    TUJUAN UTAMA !

    Assalamualaikum semua...ucapan terima kasih buat mereka yang masih sudi mengikuti blog nie..Dah lama iza x menulis kat blog nie...Ujian-demi ujian datang silih berganti.. Sem baru pun dah bermula... menjadi pelajar diakhir tahun pengajian merupakan suatu cabaran buat kami semua yang bergelar pelajar IPTA...=] tapi xpe, untuk merasai sesuatu kemanisan itu kita perlukan usaha dan pengorbanan yang jitu...btw,iza nak maklumkan buat semua!!

    BLOG nie ditulis bukan smata-mata untuk meraih pengikut/follower yg ramai..kalu nk follow juga terpulangla.....kalu x nak pun x paksa..tujuan utama blog nie di hasilkan adalah untuk berkongsi ilmu, pengalaman, pengajaran & pembelajaran tentang apa yg dipelajari/perolehi sepanjang hidup di bumi ini..cerita2 yang berkaitan dengan harian kita...Orang cakap ilmu itu perlu dikongsi..lagi dikongsi lagi banyak yg kita perolehi..Iza x pandai nak mengajar practical...mungkin melalui penulisan inilah salah satu cara untuk menyampaikan ilmu yg dipelajari...Bukan mudah buat kita untuk menyampaikan sesuatu ajaran buat masyarakat disana kerana jika tersilap ilmu yg diberi akan memberi kesan pd pembaca /penerima. itulah tanggungjawab yg paling besar untuk kita hadapi...dan mungkin dengan penulisan yg ditulis didlam blog iza ini mampu melahirkan sedikit/banyak kesedaran buat kita semua..
     
    " I wrote base on experience,observation & research! " nak terima,terimalah...tiada yg direka semata2...

    K'wassalam...

    Friday 3 February 2012

    UJIAN ITU TAKKAN TERHENTI

    Assalamualikum....2nd Entri for 2012...semoga pelawat-pelawat semua sihat wal-afiat...

    Ujian itu takkan terhenti..ibarat air yang mengalir...setiap hari kita pasti akan diuji...Ujian itu bukan bebanan tetapi ujian itu adalah untuk mengingatkan kita kepada Allah Taala..beruntunglah jika kita dipilih untuk diuji..sekurang-kurangnya Allah masih memilih kita untuk beringat kepadanya.... Allahuakhbar...!!Iza pun x terlepas dari ujian..satu demi satu diri diuji...kalu aritu laptop..kali nie external hardisk pula...x tahu la kenapa kalu gadjet je.. mesti cepat rosak.. apapun sabar ye..sowi...tengah berkursus,so x da idea nk create..
     
    K,wasalam...

    Saturday 28 January 2012

    HIDUP X SELALUNYA INDAH :') KEMATIAN ITU PASTI..



    Assalamualaikum semua sahabat2 yang dirindui...agak2 dah lama iza x menjengah ke teratak STANZA Kehidupan kita...bukan mudah nak uruskan masa agar semuanya tak menjadi complicated!hehe... ntah ape yg nk dimerapukan..hehe..Dah lama x mengUPDATE stanza nie...terbengkalai sekejap dalam nie...Actually,bukan x nak menulis,tapi kekangan masa yg terlalu sibuk sangat sem lepas..kalu diikutkan terlalu banyak coretan & kisah yg ingin iza coretkan dalam nie..tapi masa x mengizinkan dan faktor2 lain juga x mendorong utk meneruskan..laptop rosak :( !!

    Ok la..untuk entri kali nie...dah tgok tajuk kat atas???
     
    Hidup x selalu INDAH...bukan indah water taw..Indah nie terlalu Universal maksudnya...betul la org kata hidup ni selalunya takkan indah..ibarat pelangi jugalah....dia x kan muncul setiap masa untuk mengindahkan alam semesta ini...Keindahan itu kadang-kadang hadir untuk seketika dan kadang2 kekal untuk selamanya...

    Alangkah bahagianya hati manusia apabila dapat melihat keindahan itu..namun pernahkah mereka bersyukur dengan nikmat keindahan itu? sampai satu saat nikmat itu ditarik?? barulah masing2 akan mula menyedari hakikat sebenarnya....

    Okla,x de idea nk berpuitis lebih2-lebih malam nie..sebenarnya nak dikaitkan isu nya adalah tentang "Kematian"...Indah ke?? akan indah jika amalan cukup lengkap & sempurna...<sedih sgat bila fikir..x tahu sama ada amaln kita nie betul2 dah memenuhi kehendak Allah ataupun tidak...> Dan x akan indah andai bekalan akhirat itu masih belum dilengkapi sebaik2nya...

    Sejak akhir2 nie terlalu banyak kematian yang berlaku...Ulama2 yang bnyak berjasa kepada dakwah islamiah sudah ramai yg menghadap Illahi...Orang ckap
     
    " Allah sayang mereka,sebab tue la mereka diambil kembali nyawanya...."
     
    Mungkin la...tapi sebaik2 yang mengatur & mengetahui sebabnya adalah Allah S.A.W....Jika difikirkan terlalu bnyak petanda yang Allah tunjukkan buat kita semua..baru-baru nie dah ramai dah sahabat2 yang ayahnya sangat terkenal dengan ketaqwaan imanya sudah kembali kerahmatullah...kadang-kadang iza terpikir sendirian..apakah masanya tidak lama lagi?? salah satu tanda di akhir zaman...berkurangnya alim-ulama dalam menyebarkan dakwah Islam... Astagfirullahalazim....hati tiba2 rasa sayu... jika benar, apakah kita dpat menikmati keindahan di akhirat kelak? beruntunglah andai Allah bisa memilih kita utk menjadi penghuni syurga...namun amatlah memedihkan jika kita terpilih untuk menjadi penghuni neraka.
    ...Nauzubillahi minzalik....