Pages

Saturday 2 June 2012

"AWAK" DAH BESAR.....

Assalamualaikum diucapkan buat semua pengunjung stanza kehidupan...Alhamdulillah bersyukur iza kehadrat Illahi kerana dengan izin & limpah kurnianya kita masih dapat bernafas dimuka bumi ini...di alam kehidupan yang penuh dengan liku-liku dan cabaran..yang sampai seketika waktu kita alpa akan tujuan utama kita hidup dimuka bumi ini. Saat ini,iza bersyukur kepadaNYA kerana berjaya mengharungi Sem6 yang penuh dengan cabaran, dugaan & memerlukan semangat, ketabahan yang kental untuk menghadapinya....Nak dipendekkan citer,semuanya dah settle...tinggal menghadapi final exam je..=]..Ok la, untuk entri kali nie rase nak coret tentang sesuatu yang mungkin sedikit sebanyak memberi kesedaran pada semua... iza rasa penulisan kali ini tiada kaitan dengan diri sendiri / sesiapa.... dan setiap penulisan yang dihasilkan adalah ilham yang diberi oleh Allah untuk iza coretkan....


" AWAK "dah besar............

" AWAK" dah boleh berdikari.........

"AWAK" dah boleh bezakan mana yang baik & buruk.............

AWAK...AWAK... & awak.......................

Tentu kita tidak pernah terfikir yang semakin lama, semakin bertambah usia kita dan tanpa kita sedari dari alam kanak-kanak dah berubah/menempuhi pelbagai jenis alam kehidupan..baik dari alam rahim, alam kanak-kanak, alam remaja, alam dewasa, alam kerjaya, alam perkahwinan,...dan yang pastinya alam Barzakh kelak..Setiap alam yang kita tempuhi sememangnya punyai cerita yang tersendiri....dan sekarang....iza cuba nak high lightkan alam dewasa!

Alam dewasa adalah suatu tempoh untuk kita berfikir dengan lebih matang & mula merancang dengan sebaik-baiknya arah tujuan kita nanti...dan alam ini lah yang memandu/menentukan sama ada kita telah berjaya atau tidak baik disisi Allah mahupun masyarakat...okla, cukuplah untuk intro..rasa nak terus kepada point utama.. Jika dilihat pada masa sekarang sangat susah untuk kita mendidik  apatah lagi menegur golongan di alam dewasa ini...

Sebagai contoh,iza titipkan beberapa cerita untuk dijadikan teladan buat semua..

1) " AWAK" dah besar...boleh bezakan yang mana baik & buruk...

Yup, AWAK dah semakin besar....dan sudah pun boleh  digelar sebagai seorang graduan yang memiliki segulung ijazah....dan awak juga tahu bezakan mana yang baik & buruk....Awak dah besar, tidak perlulah untuk ibu mengingatkan awak untuk melakukan setiap perkara yang perlu dilaksanakan terutamanya sebagai umat nabi Muhammad S.A.W.... ikutlah tuntutan syariat Islam... Awak dah besar...Awak tahu nak bezakan pakaian mana yang baik & memenuhi etika menutup aurat....Awak dah x perlukan ingatan dari ibu untuk setiap hari menegur cara pemakaian awak....perlukah ibu mengingatkan awak itu semua? sedangkan awak adalah golongan yang berpelajaran tinggi...perlukah ibu menegur setiap pakaian yang awak ragakan pada setiap hari? sedangkan awak sudah pun lebih mengetahui pakaian yang mengikut syariat....dan haruskah ibu meneruskan teguran itu? yang kadang-kadang Awak hanya mendengar tetapi tidak pernah mengikuti??? Ibu rasa awak bijak membuat pilihan untuk menentukan apa jalan yang akan awak pilih....tiada guna jika segala nasihat yang ibu berikan hanya masuk di sebelah telinga kanan & keluar semula di telinga kiri...

Awak, pakailah stokin....walau sejauh mana pun jarak yang cuba awak langkahkan.....kerana ibu tahu,kakimu itu akan lebih bersih bila ia dilitupi.....

Awak, janganlah sinting lengan baju tue tinggi-tinggi kerana, ibu tahu setiap lukisan yang terconteng di lengan awak itu x perlu di tunjukkan buat tatapan kaum adam...dan

Awak....kenakanlah pakaian yang tidak terlalu menampakkan susuk tubuhmu...serta melitupi dadamu...kerana ibu yakin,dengan berpakaian seperti itu,awak mampu menjaga diri & tidak berasa takabbur dengan setiap keindahan yang Allah kurniakan pada Awak...

Awak...awak dah besar..dah boleh tentukan mana pilihan awak...
Tak perlulah setiap saat ibu harus menegur setiap tingkah laku & cara pemakaian awak....


2) "AWAK" dah besar....x payah la nak touching lebih-lebih...

Awak...alam dewasa kita inilah yang bnyak dipengaruhi oleh berbagai-bagai masalah dalaman baik hati, perasaan & mental... di alam inilah kita akan menghadapi pelbagai jenis persaan baik suka, duka , gelisah , sengsara & etc.... Awak, hadapilah masalah ini dengan berfikiran yang lebih matang & terbuka...

Lumrah sebagai manusia, semasa bersahabat itulah mereka sentiasa diuji dengan berbagai rasa. Baik dari rasa kasih-sayang sesama insan, rasa benci antara satu-sama lain, rasa simpati atas kekurangan insan lain & rasa  dikhianati oleh insan yang dirindui & disanjungi...yang pastinya sangat sedih bila rasa dipermainkan oleh orang-orang disekeliling....

Awak..jangalah menyayangi seseorang itu berlebihan kerana boleh jadi awak akan meratapi kesedihan yang amat mendalam bila diri tidak dihiraukan...

Awak, tak payah la nak terasa hati dengan apa yang dilakukan oleh sahabat awak itu kerana awak dah dewasa...awak dah boleh fikirkan sesuatu yang lebih utama..biarkanlah dia dengan cara & kawan barunya...

Jadikan kenangan manis awak bersamanya itu sentiasa terpahat dihati...tak perlu untuk awak terasa hati / tangisi..kerana Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk awak nanti...dan Allah juga tahu yang awak masih tetap menyayanginya walaupun semua itu tidak dapat dilihat...

mungkin awak tidak dapat bersamanya seperti dahulu ,tapi Allah tahu awak sentiasa mendoakan setiap kebaikan padanya..................
 
Awak, biarlah diri dipermainkan untuk seketika...usahlah nak meratapinya..kerana mungkin Allah nak beri peluang pada Awak untuk bijak membezakan antara kaca & permata...Awak, lelaki itu susah untuk kita ramalkan setiap perbuatan mereka..boleh jadi mereka jujur & boleh jadi mereka cuba mempermainkan perasaan awak....tapi Awak dah dewasa...awak boleh tahu siapa yang cuba mempermainkan siapa...dan awak boleh tahu siapa yang jujur dan tidak... awak harus mengambil pengajaran darinya...bukan bersedih dengan setiap sesuatu perkara yang dilakukannya...doakan yang terbaik untuk di masa hadapan nanti...

Awak....dia punya kelebihan tersendiri..usahlah awak cemburu atau dengki dengan setiap kelebihan yang dimilikinya... Awak sebenarnya akan lebih cantik di mata Allah jika cuba menghiasi diri dengan akhlak yang mulia & mengikuti setiap suruhannya...
Awak..biarlah apapun yang awak rasa saat ini, dan biarlah kesedihan itu berlalu dengan sendirinya... Awak tidak keseorangan...Awak masih ada Allah...Awak masih ada keluarga yang sangat menyayangi.....


AWAK, saya menulis kerana menyayangi awak sebagai seorang teman, sahabat, kekasih, sekeluarga...saya tidak mahu hati kita dicalari dengan sifat-sifat yang tidak sepatutnya
dan saya juga tidak mahu alam dewasa kita hanyut begitu sahaja dibuai oleh situasi ini
saya tahu,awak dah besar & boleh membuat pilihan yang BAIK.

Wallahu'alam.