Pages

Tuesday 20 May 2014

MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA REDHA ALLAH ITU MANIS

Assalamualaikum semua...terima kasih sebab masih sudi mengikuti cerita disini...kisah kehidupan yang penuh dengan ujian...dan ujian itu kadang-kadang mematangkan diri serta mendekatkan diri pada rabbul izzati ( Allahhurobbi)...Ya Allah....Ya Rahman...Ya Rahim..Dialah tuhan yang menciptakan sekeping "HATI" dan menguruskannya mengikut kehendakNYA...bukan pada kehendak manusia atau sesiapa...dan hati itu juga mewujudkan fitrah...fitrah yang diuji buat segenap manusia...dan fitrah itu tak mampu di bendung,tak mampu di buang melainkan dengan bermunajat,beristighfar dan memohon doa padanya.. teruskan berdoa pada Allah yang Maha Esa kerana dengan berdoa itu sesuatu yang tak mustahil pasti boleh berlaku menurut kehendaknya..Mohonlah agar diberi ketenangan, ketabahan dan kesabaran....Benar..mujahadah itu sangat pahit..apatah lagi kita cuba untuk bermujahdah pada sesuatu perkara yang tak mampu dikawal oleh diri kita kerana hati ini hanya Allah yang mampu membolak-balikkan..tapi yakinlah pada setiap mujahadah itu ada kemanisannya...saya yakin...Keredhaan Allah itu yang penting kerana kelak bila kita berterusan melakukan sesuatu yang Allah tak redha...mungkin akibatnya akan ditanggung pada masa hadapan dan pada zuriat keturunan kita....dan benarlah kata seorang tok guru:

 " Jangan letakkan seseorang itu dihati kerana hati manusia itu sentiasa berbolak-balik....tetapi letaklah ia dibibir kita pada setiap kali berdoa...kerana kekuatan doa itu adalah pada Allah..Dia yang menciptakan hati dan Dia juga yang mampu menjadikan seseorang itu terletak dihati pasangan masing-masing...Cintalah padanya kerana  agama,kerana itu lebih baik..."

"HATI" bila dah bermasalah...semuanya jadi huru-hara..tapi ketahuilah ada sebab mengapa Allah menguji...mungkin Dia cuba memberi sesuatu yang terbaik atau memberi ujian untuk meningkatkan tahap keimanan kita padaNya...Dan untuk kesekian kalinya hati ini benar2 diuji...dan untuk kesekian kalinya hati ini pasti yang Allah sendiri yang hadirkan rasa kasihkan seseorang yang tak mampu untuk dibendung...dan untuk pertama kalinya kesan itu sangat mendalam dan ku yakin Allah lebih megetahui apa yang tersembunyi...Walaupun hampir genap setahun berlalu,tapi perasaan itu tetap ada...dan perasaan itu wujud bila mana agama itu yang menjadi ikatan...Terlalu banyak persoalan yang ingin disingkapkan dan semakin jauh diri cuba melarikan..semakin kuat pula petanda yang datang menghampiri...Tiada daya kekuasaan melainkan petunjuk dari Allah yang Maha Esa...Benarlah,cinta kerana agama...itu yang terbaik..dan kesannya sangat mendalam..walau bagaimanapun percayalah pada jodoh. Kerana itu ketentuan serta ketetapan Allah dan masih lagi dalam rahsianya...sampai satu saat Allah pasti akan singkapkan juga..cuma hati perlu kuat bersabar menghadapinya...seandainya apa yang disangkakan tidak menjadi kenyataan,yakinlah Allah sedang mengatur yang terbaik,pada waktu yang terbaik,dan bersama dengan sesuatu/seseorang yang tebaik....

Warkah buatmu kaum Adam,
Penulisan ini bukan kerana nama,
Malah bukan kerana harta,
Tetapi hanyalah semata-mata kerana Rabbuna,
Bukan sekadar coretan bahasa tetapi untuk meluahkan rasa,
Setiap mahkota hati wanita pasti akan disinggahi perasaan ini,
Namun, cuma ia berbeza..
Dari kaca mata seorang wanita dengan seorang muslimah,
Tindakan, perilaku dan bicaranya berbeza,
Jika mata hati yang diguna,
Temuilah kau akan perbezaanya bila mana wanita jatuh cinta,
Berbanding muslimah yang sedang jatuh hati.

Warkah buatmu kaum Adam,
Aku tidak tahu apa yang terbentang di fikiranmu,
Aku tidak tahu apa yang berkisar di dadamu,
Namun janganlah kau memandang serong,
Dengan penulisan ini,
Kerana aku tetap dengan pendirianku,
Bertemankan ALLAH SWT menjadi saksi,
Pohonku kepada Illahi semoga kau akan membacanya,
Untuk mengetahui isi hati yang terlipat halus di benak naluri,
Di hati kecil seorang insan bernama muslimah.
Semoga diri ini menjadi mukminah suatu hati nanti.

Wahai Adam,ketahuilah..........
Di saat kau membaca warkah ini,
Air mata ku jatuh perlahan-lahan,
Dalam menahan sebak yang menikam-nikam perasaan,
Membasahi kelopak mata yang kering dengan air salju,
Begenang dan terus bergenang sambil jari-jemari ku melayarkan penulisan ini,
Bergelinangan, berguguran dan kini air peraduan ini yang menjadi peneman.....
Namun ketahuilah..... 
Setitis demi setitis air mata ini,
Menjahit lubang-lubang kecil yang terluka di sudut perasaan,
Biar meninggalkan bekas pada hati ku yang terkesan,
Kerana ALLAH SWT masih di sisiku,
Dengan air mata ini DIA mengubat pedih-pedih di jiwa,
Tatkala ku lantunkan zikir-zikir memuja namaNya,
Kerana itu aku kuatkan azam dan semangatku,
Melukiskan cinta dalam diamku,
Berakhirnya warkah ini aku tuliskan untukmu.
Warkah khas buatmu....

Wahai Adam,
Ketahuilah bezanya perempuan dengan muslimah,
Ketahuilah bezanya permata yang disimpan di balang kaca itu,
Berbanding dengan kaca yang bersepah di lantai,
Walaupun hakikatnya nampak sama,
Tetapi jauh sekali istilah dan fikrahnya berbeza,
Namun ketahuilah wahai makhluk pembimbing ciptaan ALLAH,
Tetap ada bezanya antara CINTA seorang wanita,
Yang sekadar bergelar perempuan,
Berbanding salju sakinah bernama muslimah.

Wahai Adam,
Ketahuilah bezanya cinta mengikut fitrah dengan cinta yang berhulu,

Cinta yang berpandukan nafsu yang serakah,
Ketahuilah telah ku cuba sebagai muslimah memendam rasa,
Mengalirkan cinta dan hati ini mengikut aliran yang sepatutnya,
Namun hati kecil ini amat mudah tersentuh dan amat rapuh saat disentuh,
Sedangkan Saidatina Khadijah sendiri melamar Rasulullah saw,
Maka, menurut ku wahai Adam, salahkan aku berbuat begini?
Untuk menyampaikan hasrat yang terpendam di sudut hati?

Namun jangan kau khuatir..
Penulisan ini hanya sekadar coretan,
Penulisan ini hanya sekadar lembaran,
Aku sekadar wakil, perantara,
Bagi hati-hati muslimah yang berada di luar sana,
Menyampaikan larut-larut bacaan makhkota hati seorang insan,
Yang tatkala ini sedang mendambakan kasih yang tak kunjung datang,
Yang tatkala ini sedang cuba menanam cinta Illahi dalam hati,
Menyemai mawaddah usrati jannati,
Kerana dia tahu ALLAH SWT berada disisi,
Berbicara dengannya tatkala solat, doa, zikir sebagai penawar hati.
Dan dia yakin pada jodoh pemberian Illahi nanti.

Namun, harus kau tahu bila mana muslimah jatuh cinta,
Dia tidak akan pernah sesekali membutirkan bicara,
Mengenai rasa yang dipendamkannya,
Malah, mahu kau tahu kenapa wahai Adam?
Kerana jauh di dasar qalbu,
Dia amat takut sekali engkau tersungkur dicedera rindu,
Dia amat bimbang sekali iman mu goyah kerana hadirnya

Bisikan nafsu dan iblis yang menghasutmu,
Dia amat khuatir kau hanyut dibawa bait-bait cinta palsu,
Dia amat gusar ibadah mu terganggu,
Jika langkah mu terjerumus, diseliputi kabus wahan yang menebal di qalbu,
Maka kerana itu dia mengambil keputusan,
Untuk membicarakan cinta hanya sekadar di jiwa,
Namun sesekali tidak dia akan melafazkan,
Kerana dia tahu hadirnya nanti,
Tidak akan mampu menghalang iblis dan nafsu untuk merajai hati,
Bimbang mungkin meruntuhkan tembok keimanan yang telah kau bina,
Bertahun lamanya sebagai jambatan menuju ke syurga.


Mahu kau tahu kaum Adam?
Bila mana muslimah jatuh cinta?
Tatkala dia tahu hatinya sudah berpaut pada mu,
Maka dia akan pelihara tawadduk sebagai perisai mutiara jiwa,
Tatkala dia tahu hatinya sedang diikat dengan simpulan cinta,
Tidak sesekali matanya berani menatap pandangan matamu,
Biarpun pada semua muslimin dia melakukan hal ini,
Tapi tidak akan sama pada dirimu,
Kerana telah tersusun letaknya muslimah,

Harus menjaga pekerti sebagai perhiasan dunia,
Namun padamu, dia lebih malu,
Namun pada mu, dia lebih kaku,
Dia bimbang jika panahan syaitan menusuk dari mata ke mata,
Maka dia menundukkan pandangan matanya,
Pada mu sangat sukar untuk dia mulakan bicara,
Diam lebih bernilai daripada berkata perkara yang lagha,
Jika kau melangkah setapak mendekatinya,
Maka akan digerakkan seribu langkah berusaha gigih mahu menjauhi mu,
Dan jika engkau di selatan,
Dia akan tetap diutara untuk mewujudkan jarak itu.

Mahu tahu kenapa dia melakukan hal ini wahai Adam?
Kerana dia mahu memelihara iman mu,
Kerana dia mahu menjaga pandangan mata mu,
Kerana dia mahu engkau mencapai cita-citamu,
Mana mungkin dibiarkan engkau diselebungi

Dengan debu dosa akibat zina mata,
Kerana dia mahu kau menjaga bicara mu,
Mana mungkin dia membiarkan engkau memulakan bicara dusta,

Tatkala hati diseliputi cinta,
Dia mahu kau hanya melontarkan ilmu berfaedah,
Menggunakan akal, bukan bicara berpandukan nafsu yang serakah,
Dia mahu kau menjaga lidah,

Yang hanya basah melantunkan zikir tatkala atas sejadah...
Dia mahu kau menghindari diri daripada zina hati,
Kerana dia tahu wahai adam,
Adam yang sempurna akalnya, pasti banyak berdiam diri daripada berkata-kata..
Adam yang soleh hanya akan menetapkan cinta hanya pada Illahi cuma..
Adam yang baik akan setia pada insan yg diidamkan disyurganya..

Dia mahu kau memelihara akhlak mu,
Mana mungkin dia membiarkan engkau mendekatinya terlebih dahulu,
Tanpa hubungan yang HALAL dan SAH,
Mana mungkin dia meletakkan dikau di tempat yang alpa,
Menodamu dengan cinta palsu dunia,
Dia tidak mahu kau menggodanya melalui jalan yang tidak diredhai pencipta,
Jika kau benar mahu menghampiri,
Menjadikan dia suri di hati,
Bukan dirinya yang harus kau dekati,
Tetapi WALINYA sebagai pengganti.

Wahai Adam,
Saat muslimah ini cuba meyakinkan kau hanya sebagai sahabat baginya,
Saat kau sudah mula menyoal dan mencuriga,
Sebenarnya dia hanya cuba membohongi perasaan diri,

Dan cuba mengelakkan zina hati,
Kerana dia tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan,

Yang selama ini terjalin keranaNya,
Hakikatnya dia cuba tidak mahu merosakkan mu,

Dengan menjalin hubungan percintaan tanpa redhaNya,
Dia amat bimbang kau terjebak dalam perasaan suka,

Jika benar kau juga  pernah memendam rasa,
Dia mahu melindungimu, aqidahmu dan imanmu,

Yang telah lama dibina atas dasar taqwa.
Maka kerana itu sehingga kini dia pendam,
Cintai dikau hanya dalam diam.
Dan sampai ketika hatinya sudah berputus asa,
Letih pada hati yang kian merapuh..

Wahai Adam,
Ketahuilah muslimah ini amat sukar jatuh cinta,
Diserahkan CINTA nya hanya kepada yang Maha Memiliki CINTA cuma,
Namun, di saat kau menyentuh hatinya perlahan-lahan,
Dia sedar betapa sakitnya hati ini,

Seperti dicucuk-cucuk duri yang tersembunyi,
Dan dia sedar betapa setiap langkah perbuatannya,
Seringkali munculnya nama mu sebagai pendorong kebajikan di hati,
Dan dirimu sudah mengubah cara hidupnya,
Namun muslimah ini tidak mampu untuk membencimu,
Kerana kebaikanmu mengatasi segalanya..

Sudah berkali-kali dia memohon pada Illahi,
Agar dibuang jauh-jauh rasa fitrah ini,
Supaya menunjukkan jalan yang diredhai dengan Istikarah yang dijalaninya sehari-hari,
Kau juga tahu dia melakukan istikarah ini sebagai tasbih rutin harian,
Namun baginya, kau masih tetap dalam bayangan,
Bukan wajahmu yang muncul di fikiran ini tetapi hanya sekadar nama dan perasaan,
Bahkan ibrah dan segala amalan murni yang kau amalkan dalam hidup,
Menjadi bekalan untuk dia mempertingkat amalan kerana ALLAH,
Kerana kau diibaratkan bagai enjin yang menggerakkan hati kecil ini,
Untuk mencintai dirimu hanya keranaNya.

Wahai Adam, tahukah kau?
Tatkala kau juga memaparkan sedikit demi sedikit,
Mengenai corak tingkah laku mu yang seakan menyimpan perasaan yang sama terhadapnya,
Yang memberi harapan tanpa engkau sedari,
Muslimah itu sudah mulai bimbang,
Tatkala kau sudah membutirkan bicara seolah kau juga mahukan dia berada di takhta jiwa,
Muslimah itu sudah menjadi risau,
Tatkala kau sudah seakan terpaut akan bait-bait butir kata hikmahnya,
Muslimah itu sudah bertambah rungsing,
Dia berasa sangat malu, menyesal dan berdosa,
Jika benar kau turut tertawan padanya,
Dia merasakan dirinya jijik dan hina,

Di hadapan tuhannya yang Agung lagi Maha Bijaksana,
Dia bimbang iman mu goyah,
Dia risau akhlak mulia mu beransur-ansur tidak lagi bakal kau hirau,
Dia rungsing kau tersungkur dipukul badai cinta,

Yang nyata belum HALAL buat mu dan dia.
Dia bimbang pada kemurkaan Allah yang Maha Esa.

Jika benar kau turut menyimpan rasa yang sama,
Dia mohon pengharapan dalam setiap larut doa tahajudnya,
Semoga engkau akan terus bersabar,menjaga pandangan,
Dan menunggu waktu yang tepat untuk mencurahkan rasa,
Bilamana  waktu itu engkau adalah yang HALAL buatnya,
Semoga dirinya bukan penyebab iman mu goyah,
Semoga dirinya bukan penyebab akal mu lemah,
Tetapi sebaliknya menambah kasih mawaddah,
Dalam menuju gerbang mardathillah,
Dan menjadi pendamping setiamu hingga ke syurga suatu hari nanti,
Dan engkau akan tetap setia padanya buat selamanya,

Jika benar kau sudah tertawan padanya,
Dia sudah membulatkan nekad dirinya bakal mengundur diri,
Dia rela mengorbankan cinta kerana mahu engkau menjaga hati,
Dia rela mengorbankan perasaan,

Demi meraih CINTA hakiki, cinta Illahi,
Selangkah demi selangkah tanpa kau sedari,
Dia semakin hilang daripada pandangan,
Bukan kerana mahu menjauhkan mu,
Bukan kerana mahu mengelakkan daripada berteman dengan mu,
Namun ketahuilah..niat muslimah itu adalah...
Hanya kerana....Mahu memelihara iman mu.
Hanya kerana.. Mahu meraih redha Illahi.
DAN jika engkau tidak pernah tertawan padanya,
ketahuilah niatnya adalah untuk memulihkan kembali hatinya,
Berusaha menjaga hati pada insan yg bernama suami.

Wahai Adam,
Mahukah engkau tahu mengapa dia tidak akan ada disisi mu,
Sebagai sahabat setelah dia mencoretkan padamu warkah ini?
Kerana dia merasakan diri ini tidak pernah layak untuk kau,
Yang sememangnya berakhlak mulia dan sentiasa menetapkan cinta kepadaNya,
Kerana dia sudah menggambarkan perasaan malu,
Sekiranya kau menolak perasaan ini secara sukarela,
Kerana dia sebenarnya mahu kau muhasabah diri kembali,
Mendekatkan jiwa kepada Illahi,
Dan berharap kasih pada Allah yang satu,
Sama-samau saha memperbaiki kelemahan diri masing2,

Wahai Adam,
Ketahuilah,
Perbezaan-perbezaan ini.....

Tahukah kau wahai Adam?
Dia membilang doa-doa nya setiap hari,

Dalam solat tahajud,hajat, istikarah mahupun taubat,
Semoga iman mu akan bertambah kukuh,

Disemai kasih CINTA DZATT ABADI yang utuh,
Dan dipertemukan dengan insan yang sekufu dengan imanmu,
Namun tak akan pernah dilupakan kau dalam setiap butir doa nya,
Semoga dirimu sentiasa berada dalam rahmatNya.
Ketahuilah wahai tulang rusuk kiri,
Muslimah ini amat sukar jatuh cinta
Bila mana hatinya sudah mulai terpaut pada mu ketika itu,
Dia tidak pernah menyatakan hasrat ini kepada sesiapa,
Dia hanya diamkan sahaja,
Melainkan hanya bergantung harap kepada Sang Pencipta,
Dia hanya menceritakan hasrat murni ini kepadaNya cuma,
Sehingglah kau membaca isi surat ini dan mengetahui petanda,
Di hati ini dia telah lama memendam rasa.....

 
Dia amat mendambakan dikau juga turut mempunyai perasaan yang sama,
Dia teringin sekali kau turut tergoda dan tertawan hati padanya jua,
Namun, jika muslimah jatuh hati,
Tidak pernah sesekali dia mengharap kau bakal mencintainya kembali,
Malah dia berusaha menjauhkan diri,
Kerana mahu memelihara persahabatan kerana ALLAH,

Yang telah terkukuh sehingga kini,
Kerana dia mahu mengelakkan daripada tercetusnya zina hati,
Kerana mahu memelihara iman mu sebagai muslim sejati.
Kerana dia mahu kau mengukuhkan CINTA mu pada ALLAH terlebih dahulu,
Sebelum menyerahkan CINTA mu pada lawan HALAL bagimu.
Kerana dia sendiri tidak pasti pada perancangan Illahi,
Dia sendiri tidak pasti jodoh yg menjadi rahsia Illahi,
Dan engkau sendiri tidak pernah berusaha membuktikan,
Dan engkau sendiri masih belum pasti pada isi hatimu,

Wahai adam,
Ketahuilah bila muslimah jatuh hati,
Cintanya akan terisi dengan cahaya Illahi,
Disamping dia mencintaimu,
Dia turut mempertingkat cintanya pada ALLAH yang Esa.
Dia tidak akan pernah berhenti,
Memohon hajat dan mengadu kasih pada Illahi,
Semoga JIKA kau juga menyimpan perasaan suka,
Temukanlah kau dan dia dalam sebuah ikatan yang HALAL dan diredhaiNya,
Pada saat yang telah ditetapkannya,

Tetapi jika sebaliknya,
Kau kontra dalam rasa CINTA yang dicita-citakannya,
Dia juga tidak akan pernah berputus asa dalam berdoa,
Semoga ALLAH akan menemukan dia,
Dengan seorang LELAKI yang sekufu dengannya..
Yang seindah akhlak dan secantik budi pekertimu,
Atau mungkin seseorang yang lebih baik daripadamu..
Seseorang yang telah ditetapkan jodoh buatnya,
Seseorang yang mampu menerima kekurangannya,
Seseorang yang setiap di setiap pengakhiran hidupnya,
Seseorang yang berusaha membimbingnya,
Seseorang yang membuatkannya sentiasa tertawa,
Baik disaat suka mahupun duka,
Seseorang yang sentiasa berkongsi cerita bersama,
Sebagai serikandi hidup buatnya kelak di duniawi dan syurgawi.
Dan engkau akan masih kekal sebagai saudara seislam,
Dan diharap engkau pasti bertemu dengan pendampingmu yg sebenar,
Seseorang yang telah ditetapkan sebagai jodohmu olehNya,
Wahai Adam,ketahuilah........
Di saat kau membaca warkah ini,
Aku telah pun membawa diri dengan langkah yang sejauh-jauhnya darimu,
Di saat kau membaca warkah ini,
Adalah amat mustahil untuk engkau menemukan ku semula,
Bahkan mungkin aku bakal lenyap dan lesap daripada pandangan matamu buat selamanya,
Kecuali setelah dengan izinNya,
Dengan takdirNya yg m'pertemukan kita kembali,
Pertemuan yang sama sekali tidak pernah kita rancang,
Bila mana disaat itu,
Hati ku terawat dengan balutan luka yang diikat dengan seerat-eratnya,
Mungkin tidak akan pernah terbuka lagi ikatan ini,
Untuk menghadirkan engkau di sudut hati,
Maka dengan perlahan-lahan aku bakal muncul,
Menjadikan kau sebagai teman seperjuangan seperti lazimnya,
Atas ikatan yang diredhai Illahi,
Atau atas dasar saudara sesama Islam.

Pesan terakhirku:
Kuatkanlah semangatmu untuk menggapai impian & cita-citamu.Janganlah mainkan lebih banyak perasaan wanita kerana mereka mempunyai hati yang rapuh dan cara pemikiran yang berbeza serta sukar untuk difahami oleh kaum adam...Padamu itu cuma sekadar biasa,tapi pada wanita tindakan mu itu adalah luar biasa...yg mendatangkan seribu satu persoalan buat wanita...Dan daku berharap agar janganlah engkau biarkan muslimah ini menjadi punca kegagalan mu sebaliknya, jadikan aku sebagai insan yang sentiasa mendorongmu dari dulu, kini & selamanya. Semoga penghujungnya kelak berakhir dengan kejayaan & kebahagian yg pernah kita harapkan dahulu. Terima kasih kerana mengubah hidup ini pada arah kebaikan dan membuatkan diri ini kuat untuk bermujahadah serta mendekati Allah yang Maha Esa. Semoga diampunkan dosa-dosa kita sebagai hamba yang lalai...Ku yakin,keredhaan Allah itu pasti mendatangkan kemanisan jika kita bersabar dan perjalanan kehidupan kita sentiasa masih pada kerahsian Allah...Jika engkau sudah menemukan yang terbaik dariku,jagalah & hargailah dia untuk kali ini agar tidak terlepas berulang kali...keep smile =] (nhz)