Pages

Wednesday 22 January 2014

UJIAN ITU TAKKAN BERHENTI

Bismillahirrahmanirrahim.....

Perbanyakkan selawat buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.......
Terima kasih buat sesiapa yg sudi menjengah ke Stanza Kehidupan...Maafla sbb iza tak dapat nak constantkan coretan disini setiap masa sebab terlalu banyak kekangan masa sebelum ini...In shaa Allah, iza masih dengan niat nak berkongsi sesuatu yg bermanfaat buat semua...Ingat,yang baik jadikan teladan...yang buruk jangan ikot...I'm just human....not perfect very well....
 
Benar, ujian Allah itu takkan berhenti selagi mana kita berusaha untuk menjadi baik....sebab Allah sayang kita dan nak uji sama ada kita benar-benar dah jadi baik atau belum....Saat diuji ingatlah Allah sentiasa supaya hati kita benar-benar rasa tenang kembali dan tidak berterusan melakukan sesuatu perkara yang tidak diredhai Allah....Bangunlah malam dan mengadu padanya kerana DIA benar-benar mampu memberi ketenangan dan membolak-balikkan kembali hati yang tengah gundah-gulana...Mohonlah keampunan setiap masa supaya dia memaafkan kita bila teringat pada sesuatu perkara yang tidak sepatutnya....
 
Sekali lagi, iza diuji dengan CINTA manusia....Ya Allah...saat hati ini berusaha ingin menggapai CINTA ILLAHI sepenuhnya...Allah hadirkan sekali lagi seseorang untuk diuji....Untuk diuji sama ada Hati ini rapuh atau tidak....Untuk kesekian kalinya Allah hadirkan pula seseorang yang lebih muda dari iza yang datang meraih untuk dibimbing....Jika dilihat,dia benar-benar perlu dibimbing...tapi kadang-kadang iza terfikir, apakah ini juga hasutan syaitan yang cuba nak meruntuhkan hati ini yang mula mencintai Sang Pencipta sepenuhnya....Ya Allah,jika dia yang engkau ingin ku bimbing...Engkau bimbinglah dirinya dengan kekuasaan dan hidayahmu...Bukan dengan ikutan hawa nafsuku ataupun dirinya....Biarlah aku berusaha menjaga hati ini untukMU,kekasihMU dan yang teristimewa buat Suamiku kelak...
 
Kadang-kadang kita berusaha untuk menjaga, tapi ujian pasti akan datang...sebab dari situ kita akan dinilai sama ada Iman masih sihat atau tidak....sedikit kelalaian mungkin akan menyebabkan kita terjerumus kekancah maksiat dan zina hati...Iza selalu ingatkan kata-kata ustazah Fatimah Syarha : Mula2 chatting, pastu dating, pastu bunting, the worse is Nothing!! Nak ker jadi seseorang yang dah tak bernilai?? tiada nilai di mata manusia...apatah lagi di mata Sang Pencipta??? Of cuz tak nak kan...walaupun diri masih belum sempurna menjadi insan solehah...sekurang-kurangnya kita cuba untuk menjaga maruah dan harga diri...

Iza percaya pada ketentuan Allah....Iza percaya pada jodoh....Iza percaya yang Allah pasti akan berikan yang terbaik berbanding dengan pilihan kita sendiri...Kalu dah x da apa-apa perasaan takkan nak terus berhubung?? Buat apa nak sibuk bercouple sedangkan Allah dah janjikan suatu masa nanti kita akan bertemu dengan jodoh yang telah tertulis di Luh Mahfuz...Sejauhmana pun kita berlari dan bersembunyi...tapi kalu dah jodoh pasti akan bertemu...Allah tak pernah memungkiri janji....Kalu nak,berusahalah dengan "DOA" yang berterusan. Doa itu adalah kekuatan dan usaha sebenar bagi kita sebagai orang Islam....Rasanya x perlu nak bersms setiap masa melainkan dengan tujuan tertentu atau menyampaikan perkara yang bermanfaat.....Kalu rasa sunyi bila tak bersms,TURN back to Allah dan Al-Quran sebab terlalu banyak sms yang ingin disampaikan dalam kitab suciNYA..
 
Iza pernah terbaca yang kalu kita suka bersms dengan lelaki/perempuan kelak kita akan mendapat pasangan yang mcm tu juga... Tak mustahil nanti bila dah kawen pun dia akan buat perkara yang sama.....Nauzubillahiminzalik....Iza harap Allah takdirkan jodoh yang soleh dan setia...nak dapat pakej lengkap mcm ni bukan mudah...Diri kita sendiri kenalah jadi baik dan setia pada Allah dulu...lepas tu baru boleh dapat apa yang kita harapkan... walaupun penghijrahan yang dilakukan masih diperingkat permulaan, iza harap Allah istiqamahkan hati ini untuk berubah kerana Allah...Amin..
 
Perlu ke nak berhubung? Lebih baik kita belajar untuk bermujahadah menentang sesuatu yang Allah tak redha....yup!! Mujahadah itu memang pahit dan sangat perit....kesannya sangat mendalam dan hanya dengan berdoa kepada Allah sahaja Hati kita kuat untuk bermujahadah....disusuli juga dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya...Memangla rindu,sakit hati, jiwa dan emosi tak menentu....tapi demi keredhaan Allah cubalah usaha...Sentiasa ingatkan dalam minda..." Aku nakkan keredhaan Allah!" bukan diselubungi dengan nafsu atau godaan syaitan semata-mata. "Aku nak menjaga!" bukan memberi pada yang bukan selayaknya...Hati aku biarlah yang highclassss! Limited stock untuk setia pada suami kerana jika kita setia pada yang satu, tak mustahil Allah akan cuba hadirkan seseorang yang setia pada kita dan kesetiannya hinggalah berusaha untuk mengajak kita bersama-sama mendiami syurga di akhirat kelak....itu baru dinamakan cinta sampai kesyurga dan cinta yang diredhai Allah....
 
Usahalah...biarpun ujian itu tak berhenti..teguhkan Imanmu...perbanyakkan doamu...kerana Allah cuba memberikan yang terbaik bila tiba masanya. Amin.