Pages

Thursday 15 December 2011

" 4 WORD" FOR YOU

Assalamualaikum....semoga semuanya sihat hendakNYA...
Entri nie x nak tulis pape2..just nak say :

" THANK YOU VERY MUCH "...I'm really appreciate u all..!! " haha..

Ayat ape ntah..xde la..Just nak ucap terima kasih kepada sahabat sejati...tetap dihati...Betullah orang kata, persahabatan ini sangat indah...mereka akan saling tolong - menolong antara satu sama lain apabila berada dalam kesusahan..Kali nie just nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Ku & k.kal cuz sanggup berkorban bagi pinjam laptop especially Ku, masa time nak kena present networking aritu...




walaupun korang sayang dengan laptop tue,tapi still mahu bagi pinjam...sangat-sangat menghargai...& k.Quela juga TQ cuz turut membantu semasa diri dalam kesusahan..x lupa juga shbat2 yang lain < asrar :) & aini >...
 
Maafla andai kalian x suka dengan post ni, papun this is my appreciate towards u all!! sy x pandai nak tunjuk dari segi perbuatan, tapi hanya ucapan inilah yang mampu menggambarkan segalanya..friendship 4 ever! =]

Wednesday 14 December 2011

" UJIAN ITU MUHASABAH,BUKAN MUSIBAH "

Assalamualaikum buat sahabat yang dikasihi....smoga anda semua sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat ILLAHI....Rasanya lebih kurang b'minggu-minggu iza x menjengah STANZA KEHIDUPAN ini/mengupdate entri...Sepanjang tempoh ini,banyak perkara yang berlaku...especially tentang kehidupan....
Ok la... entry kali ni ialah " UJIAN "
Lumrah kehidupan kita semua sebagai manusia yang sentiasa diuji...Orang kata manusia ini takkan lari dari sebarang ujian...Yang dinamakan ujian itu terlalu universal untuk diutarakan...bahkan kita sebagai pelajar pun x lekang dari menerima sebarang ujian....yela,cuba korang fikir...sekolah rendah pun ada ujian,masuk sekolah men pun ada ujian...masuk U/Kolej pun x lepas dari ujian....hehe..tapi entri kali nie bukan ujian tue erk...
Tiba-tiba rasa nak kongsi dengan kawan-kawan semua tentang ujian yg iza hadapi...semoga sama-sama kita ambil iktibar dari semua yang berlaku...tersebutlah kisah.....ONCE upon the time...


" Minggu-minggu terakhir semester 6 sudah berada digarisan penamatnya...."


Haha....bila sebut je ayat atas tu semua orang akan mula bertungkus- lumus menyiapkan segala kerja yang masih belum disettlekan...Bagi  Iza pula, lagilah sibuk cuz  nak kena  uruskan masa dengan sebaik mungkin Yela, terlibat dengan koko lagi..manalah nak ada masa senang jika nak dibandingkan dengan kawan2 yang tidak terlibat dengan koko....tapi dalam hal ini,kita x boleh mengeluh berlebih-lebihan kerana setiap yang kita lakukan adalah pilihan kita sendiri...sebenarnya kita x sedar bahawa masih ada kelebihan yang diperolehi dari semua itu...tugas utama kita adalah hendaklah "BIJAK MENGURUSKAN MASA"....cuba cari peluang untuk mengisi masa dengan sebaik mungkin...dan berusaha untuk menyiapkan semua tugasan yang telah diamanahkan sebaik mungkin....
Dalam minggu-minggu terakhir ini jugalah nak kena siapkan semua assigment,presentation,quiz....dan dalam masa inilah kita akan diuji dengan bermacam-macam kesabaran :)....bagi iza,setiap ujian itu adalah muhasabah untuk diri kita sendiri...Dalam kesibukan untuk siapkan assigment,tiba2 diri diuji bila mana laptop yang ditatang bagai minyak yang penuh..buat hal!.... <rosak>. Sangat sedih namun x boleh nak salahkan sesiapa cuz semuanya adalah disebabkan kesalahan diri sendiri....






"Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita dan untuk kita kembali ingat kepadanya...."


X tahu nak minta tolong sape untuk baiki...bila semua ini berlaku,tiba-tiba iza teringat akan kata-kata seorang pensyarah :


" Jangan menyayangi sesuatu berLEBIHAN kerana boleh jadi ianya akan bertukar menjadi KESEDIHAN "..


100% agree...bila dah jadi benda macam nie....tak dinafikan secara automatik kita akan mula berfikir apa kesalahan yang telah dilakukan...dan bermuhasabah dan bermuhasabah....dalam berfikir..dapatlah  iza  simpulkan bahawa kita diuji mungkin kerana diatas kesalahan-kesalahan yang kita sedar atau  x sedar...dan dari kesalahan itulah yang dapat " memberi kesedaran " buat kita... :) Ingat! Jangan mengeluh berlebih-lebihan/ meratapi setiap sesuatu kesedihan berlebihan..sebaiknya cubalah menerima dengan hati yang terbuka dan tenang...


Moral dari kes ini :
:)  jangan suka buat kerja last minute cuz nanti jika berlaku situasi seperti diatas,x sempat nak backup..
:)  jangan on laptop korang lama-lama sangat cuz laptop pun sebenarnya letih juga..bila tuan dia x dengar rintihan...so dia pun nk meragam lew..
:)  jangan syang sesuatu itu berlebihan cuz boleh memakan perasaan sendiri..
:)  jangan mengeluh dengan ujian,sebaiknya menerima dengan hati terbuka...
:)  jangan lupa bermuhasabah kembali & m'cuba untuk x mengulangi lagi kesalahan itu....


_NhZ_

Sunday 27 November 2011

FRIENDSHIP LIKE A STAR.



Assalamualaikum....semoga sahabat2 yang menjengah blog nie sihat wal-afiat dan didoakan agar sentiasa dalam keadaan bahagia..


Iza cuba juga nak menulis blog nie walaupun terlalu sibuk untuk siapkan blog utk usim..hm.dugaan jugalah nak komitmen pada suatu kerja...tapi cuba buat yang terbaik...orang kata ilmu kalu x diamalkan rugi..jika kita ada kelebihan dlam sesuatu hal,apa salahnya kita tolong seseorang...Opss!terlebih suda...dah la,,kali nie nak tulis sal friendship....nampak pic kat ats?? that r " friendship "..../persahabatan..



Persahabtan ini ibarat bintang..yang cuba memberi sinaran dalam hidup kita semua...tanpa kawan/shbat/teman...konfirm hidup kita semua akan sunyi..kan??? Macam tue la iza rasa if x de kawan dalam hidup ini...lagi2 kalu ditinggalkan keseorangan...sangat sunyi.." life is ______<empty> without friends...tapi persahabtan ini jugalah terlalu sulit untuk kita fahami...x semua pelangi itu indah andainya dikelilingi awan mendung yang cuba menghalang keindahan itu...beruntunglah & bersyukurlah bila kita mempunyai shbat yang sgat baik hati & setia...susah & senang dihadapi bersama..tidak meninggalkan shbatnya yg dalam kesusahan....Apapun.."saya syang semua shbat saya!!"


Pesanan buat semua shbatku.....
Seandainya dirimu sudah dimiliki kelak nanti,janganlah diri ini dilupakan....seandainya kita terpisah dek jarak,janganlah diri ini dilupakan walau seketika...pintaku cukuplah diri ini dikenangkan dalam setiap doamu...T_T

Wednesday 23 November 2011

REZEKI ALLAH LUAS

Assalamualaikum...semoga semuanya sihat sejahtera..

Rezeki Allah itu sangat luas...

MAAF LA..mungkin lepas nie x dpat nk update selalu blog cuz ada komitmen untuk kerja lain..iza telas ditugskan untuk membuat blog untuk....bila ada masa free.InsyaALLAH akan cuba update entri :)

Akhir kalam..wassalam.

BILA HATI BERBICARA

Assalamualaikum semua....semoga kawan2 sihat sejahtera...malam nie hati tergerak untuk tulis sesuatu yang berkaitan dengan hati...renung-renung jela kat bawah nie...x da kaitan pun dengan sesiapa...mahupun diri iza sendiri..tapi cuma pandangan iza aje..:)

Dah banyak cerita yang didengar...
Dah banyak pengalaman yang dilihat dihdpan mata...
Saat mereka sedih menceritakan pengalaman masing2...
 
Ada SUKA...bersykurlah & didoakan agar..
" Kesukaan & kebahagian itu berkekalan hingga ke penghujungnya..melalui jalan syariat yg betul...."
Ada DUKA....
" bersabarlah & cuba bermuhasabah setiap apa yang telah berlaku..mungkin masih ada pelangi yang indah & lebih baik suatu hari nanti..."






DAN ada juga kerugian yang mereka ceritakan..dari segi masa, wang & kegembiraan....
 
SAHABAT yang dikasihi....
Cinta datang kepada mereka yang masih berharap....
meskipun pernah dikecewakan...
kepada mereka yang masih percaya....
meskipun pernah dikhianati..... 
kepada mereka yang masih mencintai....
meskipun pernah disakiti hatinya......
 
TETAPI  ketahuilah sahabat...
‎Jika ALLAH sudah mentakdirkan sesuatu itu utk kita.....
Namun jika seluruh isi alam ini cuba mghalang kita dari mndapatkannya...
Kita PASTI akan tetap memilikinya  jua kerana itu adlah TAKDIRNYA....
 
 
TETAPI jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN utk kita....
walau seluruh isi alam ini mmbantu kita utk mndapatkannya....

kita TETAP TIDAK akan memilikinya kerana itu juga adlah TAKDIRNYA....




cinta untuk lelaki bernama "Adam"..
ataupun cinta  untuk insan bernama " Hawa "
jika adapun, p'siapkanlah HANYA utk suami/isteri.....
BUKAN kekasih yg kita belum tahu apakah BENAR JODOH kita.....
 
Perempuan/lelaki yang  harus didambai ialah..
Yang mendekatkan HATI  kita yg jauh dari ALLAH..... 
Tika diri dilamar duniawi..
Hadirnya memperkasakan  waktu akhirat nanti....
Waktu diri lalai dan alpa...
Lembut manjanya mentazkirah diri yang sedang hanyut....
Tatkala diri disapa bahana....
Belai kasihnya menginsafkan naluri dijiwa......
 
Kadang2 kita merasa dirinya terlalu sempurna untuk dimiliki...
jika nak  d'bandingkn dengan diri kita ini....
sehingga SUKAR untuk memilih & membuat keputusan ....
" letaklah CINTA itu di tempat yg mahal "


 
‎" SEHEBAT MANAPUN KAMU MERANCANG HIDUP...HIDUP SEBENARNYA TELAH MERANCANG SESUATU YANG BAIK UNTUKMU "
 
 
Letakkanlah sepenuh keyakinan & cintamu hanya pada ALLAH yang ESA......Dengan mencintai Allah,kelak pasti ada insan yang mencintai kamu yang turut sama meletakkan cintanya kepada Allah....




:: kadang2 susah kan bila ada hal yang berkait dengan hati & perasaan ini...tambah pula bagi mereka yang masih belum bersedia untuk menghadapinya..^_^...tapi macam mana pun kita melarikan diri,masanya pasti akan tiba...



Sunday 13 November 2011

AYAT PENDINDING DARI GANGUAN JIN

Assalamualikum semua...sekadar perkongsian...


Pernah dengar x pasal bacaan2 ayat al-rogyah?? Mungkin dikalangan kita ada yang familiar dengannya & mungkin ada yang tidak kenal/ketahui apa itu rukyah syariah....Rukyah dalam bahasa arab beerti pelindung...
 
Seperti ayam perlukan reban sebagai tempat perlindungan...seperti pahlawan perlukan perisai sebagai tempat perlindungan & pertahanan...camtu la andaian yang iza boleh berikan...kepentingan bacaan ini untuk kita semua dalah sebagai pelindung dari ganguan syaitan dan seumpamanya...mencegah lebih baik..semuanya berbalik kepada kehendakNYA..x salah jika kita mencuba/ikhtiarkan sesuatu....so kat bawah nie iza selitkan bacaannya...jika korang mampu menghafal semuanya Alhamdulillah la..jika x mampu..hafal,sekurang2nya download la n then pasang tiap2 hari dalam laptop korang pun x pe..k,selamat mencuba & sedikit-demi sedikit kita kearah kebaikan...^_^ W'salam..


yang nie ok panjang skit...

 

Friday 11 November 2011

11.11.11

Assalamualaikum! semoga semua sihat...

Cantek kan tarikh tersebut?? Macam2 spekulasi & andaian pasal tarikh nie..yela,berlaku itulah..inilah...hm.."Janganlah membuat sesuatu andaian yg x pasti dimana ianya dapat memesongkan akidah umat Islam itu sendiri "Dan tarikh nie ramai juga yang pilih untuk majlis2 tertentu...tapi bagi iza...sgat istimewa & bahagia...Sepanjang belajar di U...inilah kali pertama ayah & ibu datang hantar ke nilai..bahagia sangat2..Hanya Allah sahaja yang tahu...X salahkan kongsi kebahagian dengan korang semua..^_^ ! Rasailah nikmat bahagia tue macam mana...
 
 TAPI saat ini hati selalu terdetik...terlalu banyak nikmat kebahagian yang Allah kurniakan..namun apakah sudah cukup nikmat kebahagian untukNYA?? Semoga Allah sentiasa membimbing kita semua & suka iza tegaskan...YAKINLAH dengan ALLAH...
 
"Perumpamaan orang2 yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah..Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah..sekiranya mereka mengetahui.." (al-'ankabut:41)
 
Tanamkan niat yang ikhlas untuk beribadah kepada Allah...InsyaAllah pasti akan didengari... X dapat nak diceritakan bagaimana rasanya nikmt itu,tapi apabila korang semua cuba praktis,pasti " perasaan sesuatu " itu akan muncul..kita pasti akan menyedarinya... Sedikit-demi -sedikit sama2 lah kita berubah kearah kebaikan....bersama ini iza titipkan sesuatu sebagai renungan...


Tuesday 8 November 2011

" Pengorbanan"

Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum semua..
" SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...."
ikhlas dari kami sekeluarga =)

Ape khabar shbat2? semoga sihat..Jarang2 iza nak update blog skrang nie...bila kat umah,barulah b'kesempatan nak update blog! Entri kali nie ialah berkaitan pengorbanan...bertepatan dengan hari raya aidiladha 1432H....

Nak dijadikan cerita,kita kembali kepada sirah2 terdahulu dimana terlalu banyak pengorbanan yg telah dilakukan...kalu nak cerita memg banyak la....tapi utk ini,iza nak relate dengan pengorbanan zaman sekarang...ERTI pengorbanan itu adalah berani utk menyerahkan diri dalam apa jua keadaan/ujian demi kebaikan utk semua...<just my definasi >...

Citer STANZA kali ini ialah :..jeng2x...jeng2....

Humaira sangat sibuk dengan urusan projek tahun akhirnya...Minggu2 terakhir berada dikampus dihabiskan dengan menyiapkan segala tugasan yang telah diamanahkan sebelum waktu cuti hari raya bakal tiba...Menyiapkan projek tahun akhir bukanlah mudah seperti membuka kulit kacang....habis segala otak harus diperah untuk medapatkan hasil yg terbaik...boleh dikatakan bertungkus-lumus sehabis baik lew minggu tue...

Dalam kesibukan menyiapkan kerja,membeli tiket pulang ke kampung halaman diawal2 waktu sudah menjadi agenda utama Humaira sebagai persediaan rapi untuk pulang  beraya bersama family...yela,selalunya cuti raya nie mesti ramai je orang yang nak balik kampung..

Alhamdulillah,tiket yg dikehendaki sudah pun dibeli...just tinggal menghitung hari je lagi...< 2 minggu awal b4 cuti...kompem x ingat letak mana! >.....

Seminggu...2minggu....Masanya pun tiba...

" Mana hilangnya tiket bus Ira? esok dah nak balik umah..arrrggghh!... " ngomel humaira dengan teman serumahnya....

Asrar " Ko letak dekat mana? cuba refresh semula ingatan tue...istighfar banyak2..selawat keatas junjungan Nabi S.A.W...InsyAllah..6t ingat la tue..."

Humaira " Entah la asrar..Ira pun dah x Ingat letak mana...balik je dari seremban haritu,terus selit kat mana ntah...lagipun x fikir sal tiket tue cuz kita kan sibuk dengan assigment,tahriri 4 hadis,midterm,final year project....manalah sempat ira nak ingat benda yg remeh nie..."

Asrar " ..yela benda remeh,tapi penting cik adik oiii! muda2 lagi dah cepat lupa..6t suami nama apa pun x ingat! hhhahaha..." perli asrar dalam nada berjenaka....

Humaira " yelah tue..my mistake..cepatla tolong ira! Nak balik esok malam dah...risau nie.."

Asrar " ..ok,meh kita cari sama2..."

Setelah puas mencari,akhirnya tiket tidak diketemukan jua...Humaira pasrah...dalam hatinya bermonolog :

" Allah tidak akan menguji seseorang melampaui batas kemampuannya...Setiap perkara yang berlaku ini adalah ujian dariNYA sebagai penguat KEIMANAN..Manusia yang diuji itu tandanya Allah masih cuba memberi peluang padanya untuk kembali mengingati padaNYA...Mengeluh bukanlah ciri2 orang yang beriman..sebaiknya cubalah mencari jalan penyelesaian..muhasabah kembali setiap kesalahan yang kita lakukan sebelum ini kerana mungkin ada kesilap pada pandangan-NYA yang kadang-kadang kita terlepas pandang..."-NhZ-
 
Jalan terakhir yang harus Humaira pilih adalah membeli semula tiket itu. Biarlah wang itu dikorban demi untuk bersama keluarga tercinta!

Bertepatan dengan raya korban,mungkin Allah nak melihat sejauh mana kesanggupan Humaira untuk korbankan wangnya demi membeli sekeping tiket...< tiket naik harga dari RM49 kepada RM55..bayangkan utk pergi dan balik..dah hampir Rm150 > sedangkan RM50 tue dah boleh dijadikan duit belanja untuk setengah 2 minggu...sebab itulah Humaira teragak2 untuk membuat pilihan...




* Betullah kata orang...Ujian itu adalah tarbiah dari Illahi..Allah itu maha Adil & setiap perkara yang berlaku itu adalah ujian dari-NYA semata2 untuk melihat sejauh mana kesabaran & keyakinan seseorang pd IMANnya..Allah x kan cuba menguji kita melampaui batas kemampuan kita...



Pada malam itu juga,Allah telah mempermudahkan urusan Humaira..Dengan berkat kesabaran,pilihan yang diambil & pertolongan dari shbat2..Alhamdulillah,Humaira berjaya mendapatkan kembali tempat duduknya secara percuma...<semua itu berbalik kepada pengaturan Allah..Apabila ia berkata " KUN FA YA KUN " maka jadilah seperti apa yang diharapkan...


"Sebaik-baik pengaturan itu adalah dari Allah...sebaik-baik pilihan itu adalah ketetapan dari Allah...dan sebaik2 tindakan itu jua adalah dari Allah..Yakinlah padaNYA! " 


Akhirnya Ira selamat tiba dikampung halamannya.....hanya sujud syukur yang mampu Humaira panjatkan padaMU ya Rabbi...

-->> itulah sedikit kisah pengorbanan & ujian...walaupun pengorbanan itu tidaklah sehebat mana,namun jika dilihat...dengan sedikit pengorbanan..Allah masih mahu menolong hambanya..inikan pula pengorbanan yang kita lakukan secara besar-besaran...InsyaAllah pasti dipandang mulia disisiNYA...perkara yang harus diutamakan ialah niat seseorang itu..kalu ikhlas hendak melakukan pengorbanan,maka tidak mustahil setiap perkara itu dipermudahkan..yakinlah dengan ALLAH! I Love Allah ...


-NhZ-

Sunday 6 November 2011


Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back


Cos I would see
The man I know I used to be


How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?
I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee
So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You
‘Cos I would see
The man I know I used to be


How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You

Lyrics Information:

Artist: Sami Yusuf
Album: Without You
Year: 2009
Lyrics: Conner Reeves
Melody: Sami Yusuf
Copyright: Awakening Worldwide Limited

Tuesday 25 October 2011

Blog kena hacks...??

Assalamualaikum....smoga semua dalam keadaan sihat hendaknya....

1 minggu x dapat nak masuk blog..x tahu la nak guna istilah kena hacks ke ape ke..tapi da masalah skit dgan blog...sebenarnya banyak benda yang nak diposkan pada hari2 sebelum nie..tapi semua idea tue dah hilang ntah kemana...yela,kalu nak menulis on d spot je idea tu datang...huhu...
Bila blog kena hacks..macam2 yang diorg cuba ubah! yang pastinya mesti related dengan advertisement yg x berguna..BEAWARE... !!


Monday 24 October 2011

PENGERTIAN IBADAT BATIN

Ibadat batin adalah ibadat yang dilakukan oleh hati seperti sabar, tawakal, ikhlas dlm menerima takdir, selalu mengingati kurniaan Allah dan sebagainya. Nabi s.a.w bersabda, "Ada sekeping daging di dalam tubuh manusia, jika ia baik maka baiklah semua anggota tetapi jika ia jahat maka jahat pula anggota. Ketahuilah, itulah hati"

KEPENTINGAN IBADAT BATIN

Imam al-Ghazali mengatakan di dalam kitabnya Minhajul Abidin bahawa menuntut ilmu adalah sangat penting termasuklah mendalami ilmu tasawuf iaitu ibadat batin.Kepentingan memahami dan mempelajari mengenai Ibadat batin adalah demi kesempurnaan sesuatu ibadah yang dilakukan agar ibadahnya tidak terlihat seperti sia-sia sahaja. Tambahan, Ibadat batin juga menjadikan setiap muslim menjalani kehidupan dengan baik dan seimbang selaras denagan identiti seorang muslim yang beriman.



Sunday 16 October 2011

Sesuatu yang x pasti...Jangan Berharap Atau Berharap ??

Assalamualaikum....semoga pembaca semua sentiasa dalam perlindungan Allah Taala...Amin..

" Jangan b'harap pada Sesuatu Yang belum Pasti....kerna sesuatu yang pasti itu belum tentu akan diperolehi,dan sesuatu yang x pasti itu juga kadang2 boleh diperolehi....yang pastinya semuanya adalah TAKDIR pengaturan ILLAHI......
_NhZ_


Berpetik pada kata2 diatas sgatlah suka iza nyatakan bahawa setiap sesuatu perancangan itu adalah milik kita,namun sebaik2 perancangan adalah dari Allah...Suka sgat kata2 diatas cuz ianya memiliki pelbagai maksud yang tersurat/tersirat....hehe..macam blajar b.melayu pulak..yela,cari isi t/sirat n t/surat.....

JANGAN BERHARAP pd sesuatu yang x pasti kerana :

+ sesuatu yang x pasti itu kadang2 boleh memakan hati,merosakkan diri,membimbing kearah insan yang kufur...
+ sesuatu yang x pasti itu kadang2 memisahkan nilai ukhuwah sejati antara satu sama lain....
+ sesuatu yang x pasti itu kadang2 boleh melalaikan kita dari terus berusaha untuk mendapatkannya....

+ sesuatu yang x pasti itu kadang2 boleh meruntuhkan keIMANAN dalam diri....


BERHARAPLAH pd sesuatu yang pasti kerana :

+ sesuatu yang pasti itu adalah jalan terbaik dalam diri...
+ sesuatu yang pasti itu adalah pengaturan terbaik dari ketetapan Illahi..
+ sesuatu yang pasti itu adalah petunjuk yang benar-sebenarnya...
+ sesuatu yang pasti itu adalah dengan meningkatkan KEIMANAN diri......

Hm...something lika that la yang iza boleh huraikan...Sebenarnya kita berhak untuk berharap pada sesuatu...tapi berharaplah dengan penuh keyakinan dan disusuli dengan pengharapan kepada ILLAHI...

Contoh 1 : Si A berharap pada ILLAHI supaya dia dikuatkan IMANnya...so,itu adalah pengharapan yang sangat baik..Kita sebagai manusia yang sentiasa memiliki Iman naik & turun nie haruslah sentiasa memohon kepada ILLAHI untuk ditambahkan IMAN,& tidak dikurangkan walau sedikit pun......

Contoh 2 : Jodoh....Jodoh itu takdir Illahi..kita boleh mengharap agar dikurniakan jodoh yang baik,tapi untuk berharap agar jodoh kita dengan si Fulan adalah sesuatu yang x pasti...janganlah terlalu berharap pd sesuatu yang x pasti kerana sebaik2 pengaturan jodoh itu adalah pengaturan Illahi...Apa gunanya kita berharap dengan si Fulan, pd akhirnya jodoh kita adalah dengan si Fulan yg lain dan lebih baik darinya.......suka iza nak ingatkan pd semua girls supaya jgnlah m'beri harapan pd mana lelaki untuk menunggu kita kerana takut pengharapan yg diberikan nanti boleh menyebabkan lelaki itu kecewa bila ditakdirkan jodoh kita bersama dengan orang lain..

Contoh 3 : Berharap memiliki ilmu sihir....ini adalah suatu pengharapan yang x sepatutnya untuk diamalkan oleh semua umat islam... mengharapkan sesuatu perkara yang bertentangan dengan syariat islam adalah dilarang dan tidak disukai Allah....

Contoh 4 : Berharap perolehi kejayaan dalam sesuatu hal...x salah kalu kita berharap agar memperolehi kejayaan dalam exam,tapi berbalik kepada niat pengharapan seseorang itu...dia niat nak berjaya untuk apa? kalu untuk mengembirakan hati kedua ibu bapa x salah..tapi kalu berniat nak menunjuk2 baik matikan saja harapan itu....apa gunanya semua tue..

Conclusinya :
Kita boleh berharap pada sesuatu yang x pasti dan kadang2 kita juga x boleh berharap pada sesuatu yang x pasti...semuanya nie berkait rapat dengan hubungan hati + niat..kalu sesuatu pengharapan itu diletakkan dalam keadaan hati + niat yang buruk,x mustahil pengharapan iu ditolak oleh Illahi & seandainya pengharapan itu disertai dengan niat yang tulus -mulus.I.Allah sesuatu yang kita harapkan x mustahil akan mendapat lebih setimpal  dari apa yang kita harapkan..semuanya terletak pd kekuasaan Illahi..jika DIA menyebut " kun fa ya kun... "  maka jadilah seperti apa yang kita harapkan....

Wallahu'alam....

Note hati : X berharap apa2 kemengan dalam i-Inova,tapi Alhamdulillah..Allah masih berikan pelangi yang INDAH itu..bersyukur...=)

Thursday 13 October 2011

I-Inova 2011

Assalamualaikum..smoga sihat semua..


 MAAF la x dpat nak update buat seketika cuz Buzy2x + ada masalah dgn akaun blog...... tue jela..sebenarnya bnyak idea nak di kongsi..may b next time....

Monday 26 September 2011

Tinggalkannya Demi Kejayaan.....


Assalamualaikum......ape khabar sohabi2 semua?? semoga sihat hendaknya & sentiasa dlam keredhaan Allah...

Skung iza dah mula sibuk...sibuk dengan lambakan assigment,aktiviti koko pd hujung minggu n kena  hafal hadith...Sem ni,semuanya 3jam kedit...so kalu jatuh skit,boleh effect pointer...haha! Takut kan kalu pointer kita down skit..so,kalu x nak pointer jatuh..make sure study hard!!....tinggalkanlah benda2 yang x penting tue.... Nak dengar citer x sal sowg budak yang berjaya bila dia tinggalkan semuanya benda yg dia suka tue....<citer lagi kan??? hehe...tue la Stanza Kehidupan...penuh dengan citer2 yang berkaitan dengan kehidupan.....hehe!!>


Alkisahnya.....watak utama : Heliza :) tiba2 nk guna nama nie..jgn marah erk kak Ija..

Heliza merupakan seorang siswi IPTA yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Farmasi di UKM...Menjadi seorang siswi bukanlah mudah seperti masuk tadika....

Level U nie kebanyakkannya student perlu belajar sendri berbanding menerima nota n maklumat dari lect......Yela,nak x nak...korang perlu berusaha sendiri jumpa dengan lect untuk dpatkan maklumat yang advance.....Selain itu, menyertai aktiviti koko juga merupakan subjek wajib...Atleast, student kena juga ambil satu subjek koko... x kira la yang satu sem jew..or ber SEM2...


Bagi heliza, minatnya lebih cenderung kepada sukan "kayak"..so ape lagi..ambil je la... Selain itu,liza juga minat dalam aktiviti b'persatuan..Liza tidak akan ketinggalan untuk menghadiri temuduga2 yang berkaitan dengan Jaksa,MPP ataupun Rakan Muda...
Tue la 'penangan  minat '...kalu dah minat, masa yang sibuk pun dah x kisah..asalkan kita gembira untuk melakukannya..
--> lagi satu...buat kerja macam nie pun membantu juga...boleh tingkatkan amalan kerana setiap pertolongan yang dilakukan adalah ikhlas dari hati...dan x mengharapkan apa2 bayaran..so fare la kan...

Rutin harian Liza adalah menghadiri kuliah setiap hari kecuali sabtu & ahad... kuliah kalu x hadir,ibarat kehilangan satu hari yang bermakna..yela,bukan senang nak minta repeat balik apa ilmu yang diajar...Kalu skip je satu kelas...rasa macam sepuluh hari x masuk kelas...Almaklumlah..level u masa blajar pun sekejap jew..3jam habis lama untuk satu lect..Bayangkan kalu x masuk..rugi kan.!!..bila dah masuk kuliah...blajar dan blajar...maka assigment pun mula la bertambah...kalu nak skor,kenalah buat assigment yang best n " terbaik "...yang penting....belajar aktif juga..sukan pun aktif...<make it balance..>

Bila dah join sukan kayak nie,setiap minggu mesti ada latihan untuk memantapkan diri..tambah lak kalu kena jadi atlet wakil universiti...So,macam tuela rutin harian bagi liza juga..Setiap minggu kena turun 3x training.....letih n full jadual waktu harian...Orang lain sibuk isi masa dengan study,liza pula sibuk isi dengan aktiviti sukan....kadang2 jelous juga tengok kawan2 yang selalu berjaya dalam pelajran tue....tapi minat nie tetap juga ada...so memang x leh nak halang...

Betullah orang kata.." Ujian itu adalah tarbiah dari Illahi....ujian itulah yang akan mematangkan fikiran kita dan mendidik jiwa kita untuk lebih bermuhasabah dan membuat pilihan yang terbaik...." !!!!!!

Satu hari,Liza diuji....Keputusan Peperiksaan sem5 dah keluar....Semua orang berpusu2 nak semak result exam.. bagi si Liza...ntah la..Liza rasa b'debar2 untuk semak result sem ini...kerana dia yakin bahawa sesuatu yg buruk akan berlaku..kalu sebelum2 nie Liza berjaya skor pointer 3.5 keatas...tapi kali nie rasanya macam x jew... 
Rasa menyesal mula menyulubungi hati..yela...Kalu x aktif sukan mungkin pointer dpat diskorkan!  DISAPPOINTED! itulah kalimah yang terkeluar oleh Liza saat melihat kertas keputusan result sem5.....Arghh..nak x nak semuanya dah berlaku...sejarah x mungkin berulang lagi! So,untuk itu Liza nekad untuk memfokuskan pada pelajran.... 
"Meninggalkan sesuatu yang amat kita minat adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan"...tapi bagi Liza,demi masa depan....kita harus meninggalkannya untuk berjaya.....


Selepas jew kejadian tu,Liza terus memaklumkan pd jurulatih untuk tarik diri dalam semua aktiviti yang Liza join...Berat hati nak tinggalkan...tapi " terpaksa "...Liza yakin dengan keputusan yang dilakukan....Pasti ada Hikmah & Kemanisannya nanti..InsyaALLAH...... ALLAH itu kan MAHA  ADIL <yakinlah>........ 


SO,permohonan liza untuk berhenti telah diluluskan nthen dapatlah status " EX-atlet kayak "..hm..x kisahla kan..kenangan tue akan sentiasa terpahat dalam memori..
NOW,tugas utama liza ialah fokus pd pelajaran..lagipun this year is  final sem to GRAD! so nak buat habis baik..."DAEBAK!!!" -korean words mean "Bersungguh2"...macam 'Chaiyyok' gak la tapi yg nie lagi bermakna ....untk bagi smgat cam tue la..hik2...

**** Masa yang dinantikan setelah  b'hempas-pulas menimba ilmu telah tiba..Segala ilmu yang dipelajari harus dimuntahkan kedalam kertas peperiksaan...Untuk sem kali ini,liza terpaksa menambah subjek MUET ... Almaklumlah,tahap pencapaian muet masa spm dulu x memenuhi syarat kos yang Liza ambil...So kali ini, liza kena la ambil semula...preparation perlu!! Exam kali ini, rasa yakin sangat nak menjawab...tapi yakin x menjamin kejayaan...semuanya adalah kehendakNYA....kita hendaklah "sentiasa bertawakkal padaNYA + Doa + Solat + jaga AKHLAK..."

Sebulan telah berlalu,akhinya masa yang dinantikan telah tiba....Keputusan Peperiksaan untuk Sem6 telah keluar...takutnya rasa..nak x nak harus juga semak!!
" ALHAMDULILLAH......"
Itulah kata2 yang muncul saat Liza  melihat keputusan kali ini....Rasa nak mengais pun ada..ALLAH itu sangat ADIL pada umatnya...dalam hati Liza " ALLAH jualah Segalanya! X kan ada yang lain..dan pastinya aku xkan berpaling!" X sangka yang terlalu banyak nikmat yang diberikan..Liza x mengharap sebegitu,namun ALLAH telah memberi dengan selebihnya...Hanya " Sujud Syukur" ku panjatkan padaMU! Liza x kan penah menyesal dengan pengorbanan yang dilakukan..yela,bukan senang nak capai 'dean list' pastue muet band3.." diberi pelangi yang begitu indah,pastinya x kan disia2kan...." itulah rintihan liza pada saat itu...






tanpa membuang masa.....
cepat-cepat Liza berkongsi berita gembira itu bersama ahli keluarganya.." x dapat nak dibayangkan macam mana perasaan ibubapa kita bile mendengar berita kejayaan kita..yela,usaha yang dilakukan oleh mereka dalam memeberi peluang untuk menuntut ilmu itu tidak disis-siakan.." 


Akhirnya liza berjaya menamatkan diploma 1st class in Pharmacy & sekarang melanjutkan  pelajrannya dalam Degree of Pharmacy in U.K......


:: Itulah  olahan kisahnya.... 



 Sebenarnya setiap perbuatan yang kita lakukan itu bukanlah sesuatu yang sia2..cumanya untuk memperolehi sesuatu yang indah itu,pengorbanan haruslah dilakukan...tidak kiralah kita terpaksa berkorban dari segi apapun...yang penting tujuan utama kita itu tercapai...Yakinlah bahawa setiap perkara yang kita lakukan itu ada hikmah tersembunyi dariNYA.....jagan sesekali mengeluh jika tidak dapat tetapi sentiasa panjatkan kesyukuran diatas nikmat yang dikurniakan.... Banyak lagi nikmat yang Allah kurniakan pada kita cuma kita sendiri x sedar akan nikmat itu semua..apa yang kita cuba lihat adalah nikmat yang ada didepan mata...tapi yang tersembunyi?? pernah kita berfikir.......







Saturday 17 September 2011

Menjadi Si Pemaaf

Bismillahirrahmanirrahim.....Salam sejahtera buat junjungan nabi Muhammad S.A.W & sahabat2 sekalian....

Fiman Allah Taala :
 " Jadilah engkau pemaaf & suruhlah orang mngerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh" (surah al-A'raf 7:199)

Memohon maaf tidak seharusnya bermusim,tetapi ia harus menjadi tradisi harian muslim..Taburkan maafmu pada setiap malam saat sebelum mata terlelap buat sesiapa sahaja walaupun mereka tidak pernah memohon maaf darimu.....


Assalamualikum....hariney tiba2 tergerak nak tulis entri pasal si pemaaf....entri ni dikaitkan dengan dunia persahabtan cuz ianya lebih rapat dengan harian kita...Okla...bagi iza,sahabat nie merupakan orang yang ketiga t'penting selepas 1) Allah & Nabi 2) Family & Pendidik....n then baru diorang...yela...tanpa mereka pasti " sunyi " hidup kita..especially mereka2 yang belajar jauh dari keluarga..Tanpa sahabat pasti kehidupan ini akan sunyi...sepi....& sepi.....


macam2 orang takrifkan erti sahabat..kawan..teman..Iza pun kadang2 x tahu semuanya dispecifickan macam mana...tapi bagi iza semuanya sama saje..hik2x..yang namanya sahabat haruslah ::
- saling berkongsi suka-duka..
-saling tolong-menolong antara satu sama lain...
-tidak akan membiarkan shbatnya sedih diatas perbuatannya....


n..banyak lagi...Iza pun kadang2,nak pilih seseorang yang betul2 menjadi sahabat kita sgatlah susah..boleh dikatakan setiap kali masuk belajar...dah 2 tahun,barulah boleh kenal mana satu sahabat yg jujur untuk berkawan dengan kita..tapi tu pun kadang2 ada juga yang x.....Okla,sedikit pengetahuan tentang sahabat...Berbalik kepada citer si pemaaf...Dalam persahabatan,jadilah kita si pemaaf....kerana org yang memaafkan lebih baik dari orang yang pendendam...Walau sebenci mana pun kita & sesedih mana pun perbuatan yang mereka lakukan pd kita,tapi kita jangalah simpan dalam hati...Astagfirullahhalazim...."Saya mohon maaf buat orang disekeliling andai ada menyakiti hati & saya sentiasa memaafkan apa2 pun kesalahan yang lalu...." W'salam.....


:: Out of idea to write..cuz mode lebih kpda Open haouse Anak Kedah! Apapun 1 week masuk u...RINDU sgat pada mereka &...... Smoga Allah titipkan rasa rindu ini dalam hati kita agar saling ingat-mengingati...

Monday 12 September 2011

Student Life....ep2

Assalamualikum....Smoga anda semua dalam keadaan sejahtera hendakNYA.....

Bersambung kembali episode kita..hik2x...Alhamdulillah,ariney kelas dah b'mula...Lama benar rasanya tinggalkan suasana belajar...cuti empat bulan memberi kesan yang besar buat kami semua...yela,mood lebih kepada rumah & kampung halaman....tapi apapun kita kena sentiasa ingat yang tanggungjawb kita untuk menuntut ilmu itu Wajib....

Malam nie x nak tulis pape...Ntah la..nak kata sedih pun tidak..nak kata seronok pun tidak..x tahulah knapa...


------>>Nak wat short story lagi lew...

Alkisahnya,Darwish merupakan seorang pemuda yang baik hati..dia sekarang masih sdg melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA...Dia merupakan seoarang siswa yang mengambil jurusan dalam bidang IT....kebolehan yang dimilikinya dan berkat tunjuk ajar prof2 yang mengajarnya,akhirnya darwish telah berjaya mencipta satu software untuk fakultinya. Software itu diberi nama " Arrow Guide"....nak tahu software tue camne...x yah la...:)...<sbb nie rahsia kerajaan,kalu bocor org leh ciplak!!>.....

Okla,bila dah berjaya cipta software tue,dia juga secara automatik telah dipilih untuk mewakili fakultinya mengikuti pertandingan NRIC yang diadakan saban tahun untuk seluruh pelajar IPTA/IPTS....nak diajdikan cerita...selain itu dia juga pernah memasuki pertandingan yg dianjurkan di universiti dan kesemuanya mendatangkan hasil yang lumayan....banyak syarikat2 yang berminat untuk membeli produk yg dia hasilkan & memeberi tawaran untuk bekerja bersama mereka.....cumanya....dia berfikir yang masanya belum sesuai lagi...tugasnya adalah untuk terus menuntut ilmu sehingga tibanya hari graduasi itu....




Pemilihan untuk memasuki NRIC itu telah menimbulkan pelbagai konflik antara Darwish & beberapa orang rakannya....yela,diberi peluang untuk ke pertandingan sebegitu,siapa yg x nak merasa peluang itu....Masing2 mula membuat pertikaian antara satu sama lain...Bagi Darwish,dia tidak kisah sama ada dirinya t'pilih atau tidak...biarlah mereka menilai sendiri pengorbanan yang dilakukannya.....bukan niatnya untuk mengungkit semua itu,cuma baginya..apalah sangat pentingnya pertandingan itu jika nak dibandingkan ukhuwahnya dengan sahabat2nya.....perlukah sampai bergaduh antara satu sama lain??/.dia sedar bahawa " manusia bila semakin berjaya,semakin banyak ujian yang datang."...betullah orang kata,kalu kita semakin disanjung tinggi,x mustahil akan wujud perasaan cemburu antara satu sama lain dikalangan orang yang rapat dengan kita...

Akhirnya,darwish dapat juga memasuki pertandingan itu...dan dia juga telah berjaya dalam pertandingan tersebut....dengan kejayaan yang deperolehinya itu,sekali lagi tuah badan datang bergolek.....Darwish & beberapa orang rakannya di kehendaki pula untuk memasuki pertandingan PECIPTA.....pertandingan yang sangat diimpikan oleh orang2 lain...ianya di anjurkan oleh pihak goverment!

Tapi kali ini Darwish menolak bulat2 untuk menyertai pertandingan itu..baginya...persahabatan adalah lebih diutamakan...cukuplah untuk kesekian kalinya mereka bergaduh..Baginya perkara itu tidak harus berulang kembali.....Apalah ada pada nama ,andainya hati kawan2 banyak yang terluka..apalah ada pada kejayaan sedangkan keredhaan Allah x diraih terlebih dahulu....Darwish yakin...rezeki dari Allah itu pasti ada...



++ Buat sahabat2 yang mengikuti PECIPTA 2011< 13-15 Sept >,didoakan agar dipermudahkan segala urusan dan memeperolehi kejayaan yang cemerlang disamping mengharumkan nama universiti..Amin :)