Pages

Saturday 20 October 2012

KAWAN SEJATI SUKAR DITEMUI

Bismillahirrahmanirrahim.......

Assalamualaikum....salam sejahtera buat semua pengunjung stanza kehidupan...maafla,sekarang ni iza dah jarang nak boleh update entri kat sini....Rasanya semakin hari,semakin banyak kerja yang perlu disiapkan....walaupun pada hakikatnya kerja itu adalah berkumpulan,namun seumpama membuat kerja secara individu...(lets left that behind 4 awhile)...Insyallah.malam ni tergerak hati untuk mencoretkan sesuatu yang iza rasa patut dicoretkan buat pengajaran kita semua....ambillah mana yang baik dan tinggalkanlah mana yang rasa buruk dalam penulisan kali ini.....

KAWAN sejati??? Iza pun dah x faham dan agak sukar untuk kita betul-betul temukan kawan sejati itu...kalu dulu kita selalu bersama,tapi sekarang dah x macam dulu? adakah itu yang dinamakan kawan sejati? Orang cakap, susah dan senang sama-sama dikongsi...tapi rata-rata kawan yang dijumpai kebanyakkannya sangat berbeza....Bila susah sama-sama hadapi...bila dah senang dan bahagia dengan orang lain, mulalah kawan itu ditinggalkan....bak kata pepatah "Habis MADU,sepah DIBUANG" Bila dah terlalu lama berkawan dan "JEMU" melayan kerenah kita, mungkin itulah faktor kita disishkan dan dilupakan....itulah realiti kehidupan.....Teringat sangat-sangat pepatah yang ustaz cakap..."Jangan menyayangi seseorang berlebihan kerana boleh jadi dari sayang itu bertukar menjadi benci!!" yup, pepatah ni kadang-kadang boleh jadi realiti dalam kehidupan yang kita lalui....orang yang kita anggap sahabat yang terbaik, x mustahil akan berubah menjadi seseorang yang mampu menyakitkkan hati kita...MANUSIA semakin berubah...tidak semua akan kekal dengan tabiat yang sama..itulah hukum alam...yang Allah ciptakan mengikut peraturanNYA....

Iza petik sedikit cerita dari kisah seorang teman iza untuk dikongsi bersama...

Dulu Amera dan Ika merupakan kawan sejati...Kemana ada Amera disitulah ada Ika....Mereka merupakan pelajar sekolah menengah*** Di awal kemasukan ke sekolah, mereka telah ditakdirkan untuk bersahabat bersama....Ukhuwah yang terbina itu sangat bahagia dan mewarnai kehidupan mereka dengan penuh keceriaan...Segala susah dan senang dikongsi bersama....

Setiap hujung minggu,mereka akan outing bersama-sama.....untungla sebab masing-masing mempunyai minat yang sama iaitu suka melancong.....kalu nak pergi kemana-mana pun tidak kisahlah asalkan kedua-duanya suka...itu dulu, tapi sekarang.....Amera dah x dapat merasai lagi saat-saat macam itu....bila mana ukhuwah yang terjalin itu mula menjadi goyah di tahun terakhir pengajian mereka di sekolah itu......Ika dah berubah...Dia dah tak seperti ika yang Amera kenali dahulu......mungkin disebabkan faktor perpindahan Ika yang telah berpindah ke kelas yang baru....Sejak bertukar ke kelas 5 Bijak, hubungan Ika dan Amera dah menjadi semakin renggang....Ika dah dapat teman yang baru...teman yang mungkin lebih baik dari Amera..teman yang tidak banyak kerenah..teman yang tidak menyusahkan Ika...teman yang lebih memahami Ika...Selain itu,sejak berkenalan dengan Akmal, Amera juga dapat melihat sedikit perubahan yang ada dalam diri Ika....itulah kehidupan..manusia akan berubah dari semasa ke semasa...kita tidak boleh mengharapkan yang orang itu akan sentiasa bersama kita setiap masa......

Kalu dulu Amera selalu outing bersama Ika, tapi sekarang Amera terpaksa outing keseorangan kerana tiada teman untuk menemaninya...nak ajak Ika,takut menggangu pula masanya....lagipun Ika pun dah ada kawan baru...nak ke mana pun mesti utamakan kawan barunya itu....mana mungkin nak ajak Amera....teman lamanya yang menyusahkan....Nak x nak, Amera harus hadapi semua ini....walaupun kadang-kadang jiwanya selalu merintih menangis menahan kesedihan yang tak mampu untuk disorokkan..Hanya Allah jualah tempat mengadu...nak cerita dan berkongsi pada Ika pun dah x boleh...mungkin ini ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana Amera kuat untuk menghadapi masalah dan sabar untuk menghadapi ujiannya.... Amera harus kuat....!!

Namun begitu kekuatan dan kesabaran Amera sedikit goyah bila mana sahabat baru Ika itu merupakan teman karibnya semasa di sekolah rendah dahulu....Amera redha...dia tidak boleh menyalahkan teman nya Ika mahupun teman sekolah rendahnya itu kerana mungkin  ini adalah pengaturan dari Allah....Dalam hal ini, Amera pasti tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan....Amera pernah terfikir untuk cuba bersatu berkawan dengan Ika & Sue (teman lamanya).....tetapi hasilnya masih tidak menjadi.....bila bertiga pasti akan wujud masalah dalaman....betullah orang cakap,kalu kawan bertiga..pasti ada seorang yang akan ditinggalkan...dan untuk itu, Amera rasa dialah yang selayaknya utk ditinggalkan kerana dia tidak sempurna untuk berkawan bersama mereka.........

Biarpun betapa sedih dan hibanya menahan kesedihan..tapi itulah jalan yang terbaik....dan itulah pengorbanan dari Amera buat sahabatnya....Walaupun Ika dan Amera tidak seperti dalu,Amera tetap berharap agar Allah sentiasa melindungi sahabatnya itu walau dimana dia berada dan dengan sesiapapun dia berkawan....Biarlah Amera kesedihan & keseorang kerana dia yakin, Allah jualah teman yang terbaik dan tempat untuk Amera mengadu....Life must go on......Semoga Ika berjaya didunia & akhirat......END.