Pages

Monday 8 December 2014

Lakaran Hidup di Perantauan

Assalamualaikum buat semua pengunjung stanza kehidupan...Apa khabar  Iman di hati?? Semoga semakin bertambah dan bukannya berkurang, luntur dan sepi untuk dibawa mati...Maaf sebab sekali lagi kesibukan dunia mengatasi segalanya..astaghfirullahalazim...Sekarang Iza dah merantau jauh dari Malaysia....memandangkan sekarang tengah cuti,boleh la update sesuatu disini...Syukur ya Allah, engkau titipkan disebalik kesedihan itu dengan kebahagian yang amat sukar untuk dijangka...Maafkan kesilapan hambamu Ya Rabbi, andainya diri tak pernah sedar untuk mensyukuri akan segala nikmatmu...nikmat yang engkau berikan didunia yang sementara ini....ya...sementara dan hattakan diriku sendiri tidak pasti kemanakah penghujungnya nanti? Syurga....atau......Neraka...???...

Menjadi musafirah di perantauan seorang diri tanpa bertemankan mahram amat sulit sekali, namun Allah jualah pelindung sebenar baik didunia mahupun diakhirat...Dengan keyakinan itulah yang membuatkan diri ini bersemangat untuk merantau jauh,untuk mencari ketenangan dan bergantung pengharapan pada Allah yang satu! bukan pada manusia....Ya Allah, tak terhitung akan segalanya...Engkau benar-benar maha mengetahui segala sesuatu...engkau benar-benar maha adil lagi mengasihani....Bantulah untuk hambamu ini menjadi hamba yang taat, walaupun ada seketikanya iman ini mudah goyah apabila diusik oleh bisikan syaitan...Ku yakin, engkau adalah sebaik-baik titipan untuk melindungiku Ya Allah....selamanya.....

Kali pertama sampai di UK, membuatkan hati ini terasa kerdil dan semakin teruja akan kebesaranmu Ya Allah..Benarlah apa yg engkau ceritakan didalam Al-Quran...Kekuasaanmu takkan habis untuk diceritakan dengan pena...kerana terlalu banyak untuk dicoretkan...Namun, hati ini menjadi semakin takut Ya Allah...Takot pada tanggungjawab yang tak mampu untuk aku pikulkan..seandainnya hambamu ini tak mampu nak menyampaikan agamamu pada mereka disini...mohon agar engkau ampunkan daku sebelum nafas terakhir....Sebelum engkau makbulkan hajatku yang terakhir untuk menghembuskan nafas terakhirku disini....dengan jihadku untuk menyebarkan islam dan menuntut ilmu...serta membantu umat Islam disini...

Ya, datangnya aku kesini punyai misi...Misi untuk menerokai keindahan & kekuasaan mu Ya Allah...dan misi untuk menuntut ilmu dan berdakwah...walaupun diri ini tak mampu nak bersuara lantang seperti mereka yang lain, namun akan ku usahakan dengan caraku sendiri...Dengan diberinya peluang untuk mengutip pengalaman hidup disini, telah membantuku untuk mengamalkan apa yang telah aku pelajari selama 4 tahun di Universiti...Baru ku sedar akan segala pengaturanMu Ya Allah..engkau telah menyediakan perancangan hidup yang sangat indah buatku.....Sangat indah dan semoga aku sentiasa bersyukur padaMu disetiap saat dan ketika tanpa berkeluh kesah...
 
Dunia.....
Andai dapat aku kahabrkan pada semua bahawa ianya hanya lah sementara.....
Kiamat......
Andai dapat aku khabarkan pada manusia bahawa engkau bakal menjelma......
Kematian....
Andai dapat aku khabarkan pada setiap jasad manusia bahawa engkau akan menghampiri....
Syurga....
Andai dapat aku khabarkan bahawa beruntungnya sesiapa yg berjaya memasukinya..........
Hari perhitungan....
Andai dapat aku kahabrkan betapa ngerinya saat itu.................
 
Ya Allah,
Hambamu ini sangat ingin bertemu denganMu..
Tuhan yang Maha Kuasa & Maha Adil...
 
Ya Allah,
Aku benar-benar takut pada penghidupan ku didunia..
Sesuatu yang aku belum pasti sama ada aku bakal berjaya atau tersungkur diakhirat nanti......
 
Ya Allah,
lakarkan hidup kami didunia dengan cara Al-Quran..bukan ikutan hawa nafsu..
Lindungi dan Rahmati seluruh umat Islam di sini...
Berikan petunjuk hati buat mereka...
Kuatkanlah benteng keimanan kami disini Ya Allah...
 
-nhz(York,UK)-
 
 

Wednesday 11 June 2014

" KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA"

Assalamualaikum semua...semoga dalam keadaan sihat hendaknya.. Bersyukur ke hadhirat Illahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya kita masih dapat bernafas dan meneruskan lagi  hidup dibumi yang penuh dengan ujian dan pancaroba...Apa khabar Iman dihati anda?? Mudah-mudahan Allah sentiasa mempertingkatkan Iman kita serta menjadikan kita hamba yang terpilih (hope so..) dan disayangiNYA setiap saat dan ketika...Percayalah,bila Allah dah mula beri perhatian kepada kita...jangan cuba untuk sia-siakanya sebab dialah sebaik-baik pelindung yang Maha Melindungi kita baik dibumi mahupun diakhirat kelak... Kerana Dialah tuhan yang satu "Allah" untuk selama-lamanya..
 
Okla,untuk entri kali ni iza nak kongsi sedikit tentang kelebihan solat sunat dhuha..Seperti biasa, iza akan kongsikan dari apa yang iza lihat dalam kehidupan ini  atau merasainya sendiri...Mesti kawan-kawan tertanya kenapa nak tulis benda yang sama sedangkan dalam blog lain dah ada pasal solat tersebut?? Jawapanya: This is my real story..to make you more believe and practice it as well as you can! Let the love of Allah in your heart be the light that guides you through you darkness moments ....
 
Solat Sunat Dhuha??
 
Solat sunat dhuha ialah solat yang dilakukan pada awal pagi dari terbitnya matahari sehingga sebelum masuknya waktu Zohor. Solat ini boleh dilakukan sama ada dua rakaat/empat/ etc..Ikot pada kemampuan masing-masing..Kalau iza masih dapat amalkan untuk dua rakaat. Tak kisah banyak manapun rakaat yang dapat kita lakukan asalkan kita "Istiqamah" untuk melakukan solat tersebut setiap hari. In shaa Allah...Dibawah ni iza sertakan doa untuk Solat Sunat Dhuha..mungkin boleh mula menghafal dan amalkan..
 
 
 
BUT**  Jangan solat sunat je rajin, solat yang wajib melayang entah kemana...Make sure kedua-duanya dilaksanakan dengan sempurna..Okla, kalau iza suka laksanakan solat ni diawal pagi lebih kurang macam pukul 8.00pagi atau diantara 8.00a.m-10.00a.m. Kenapa buat awal pagi?? Sebab masa itulah waktu yang terbaik untuk kita memulakan aktiviti harian kita dengan bersedekah.. Sekurang-kurangnya kita dah mulakan hari kita dengan mensyukuri dahulu nikmat yang telah Allah kurniakan dan berzikir sebagai tanda mengingati Allah Maha Pencipta & Berkuasa...ya! Allah sangat Berkuasa!!
 
Manusia sifatnya lalai,dan mudah digoda oleh kenikmatan dunia..tahu kenapa? Kerana syaitan itu sangat kreatif untuk menysesatkan kita. Walaupun dah berbagai cerita dan video yang cuba dikongsikan oleh orang ramai mengenai cerita kelebihan solat Dhuha itu, kita masih tidak menyedarinya serta mengamalkannya....sehinggalah Allah sendiri yang bukakan hati ini untuk kita mengamalkannya.."Saya berharap agar sesiapa yang membaca entri ini, akan diperkenankan Allah untuk dia pula berusaha agar istiqamah untuk melakukannya..Ameen." Solat Dhuha sangat banyak kelebihannya...sukar untuk Iza kongsikan bagaimana rasanya "Ketenangan & Kenikmatan" itu bila kita mengamalkan Solat Dhuha. Rezeki Allah itu luas dan sangat banyak untuk dikurniakan kepada makhluk ciptaan-NYA. Sejak iza tengok video yang menceritakan kejayaan seorang usahawan Indonesia yang menceritakan pengalaman hidupnya dari sebatang kara kepada seorang usahawan yang berjaya, hati iza mula tertarik untuk istiqamah melakukannya. Ternyata, Allah tak pernah memungkiri janji..."Dan menjaga hubungan dengan Allah itu sangat penting kerana jika kita menjaga hubungan baik dengan Allah, Allah akan memudahkan segala urusan dunia untuk kita..percayalah.."
 
Dan bersyukur kehadhirat Illahi kerana sejak dari bulan Ramadhan lalu,selepas sedikit demi sedikit Allah hadirkan hidayah buat insan yang lemah ini...iza mula mengamalkan Solat Sunat Dhuha setiap hari...Untuk permulaan agak berat dan susah untuk istiqamah...tapi lama kelamaan iza dah dapat setkan setiap pagi wajib Solat Dhuha sebelum buat sesuatu kerja...dan Alhamdulillah, Allah itu sangat Adil lagi Maha Mengetahui segala isi hati...Selepas sahaja melaksanakan solat tersebut, rezeki dan rahmat yang Allah bagi tidak pernah terputus..Selepas tamat belajar, Iza mohon kerja sambilan untuk jadi RA di UUM..Habis tempoh RA, iza mohon untuk jaga Exam di UUM, selepas itu Allah kurniakan pula rezeki jadi RA di UUM semula, selepas itu Allah kurniakan pula rezeki untuk kerja sambilan di salah satu jabatan di UUM...selepas itu Allah kurniakan pula rezeki untuk sambung belajar...Ya Allah, siapalah aku untuk menyangkal segala nikmat yang telah engkau berikan padaku...Sesungguhnya engkau benar tuhan yang Maha Kaya...Al-Quran jualah sebaik-baik pesanan dan peringatan disaat hamba ini alpa.. Maafkan dosa-dosaku untuk tempoh seketika dahulu...Janganlah engkau palingkan hatiku untuk sentiasa mensykuri nikmat yang telah engkau berikan...Percayalah kawan-kawan, Allah yang memberi rezeki,bukan manusia..Kita selalu fikir yang manusialah yang memberi rezeki kepada kita..tapi sebenarnya kita tak sedar Allah jualah yang kirimkan rezeki tersebut kepada kita melalui berbagai cara.. Bersykur kerana iza tidak pernah merasa jadi pengaggur seperti yang dialami oleh kawan-kawan lain..Benarlah,manusia itu sendiri yang mampu mengubah nasib mereka..Insha Allah, semoga Allah mengubah nasib ini mengikut caranya dan sentiasa dalam keredhaan Allah. Untuk mengubah nasib anda,mulakanlah dengan mengubah cara penjagaan hubungan anda dengan Allah...iaitu amalkan solat Sunat Dhuha.
 
Dan tak dinafikan, Allah kurniakan dalam hati ini nikmat ketenangan hati yang luar biasa....Ya, sangat luar biasa....walaupun diri diuji dengan berbagai ujian,namun bila mengingati dan beristighfar menyebut namaNya..terasa tenang dan bahagia..hilang sudah segala kekusutan yang melanda di minda dan jiwa...Sungguh, kuasa zikir/tahmid dan tasbih itu tinggi nilainya...Amalkan secara istiqamah dan anda pasti akan merasainya...Please believe me... Allah itu Maha Kaya! kerana rezekinya meliputi dilangit dan bumi..Allah itu Maha Berkuasa kerana Rezeki yang jauh mampu didekatkannya,yang sukar mampu dipermudahkannya...Bertepatan dengan doa diatas. 
 
 [HAVE FAITH TO ALLAH]

Tuesday 20 May 2014

MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA REDHA ALLAH ITU MANIS

Assalamualaikum semua...terima kasih sebab masih sudi mengikuti cerita disini...kisah kehidupan yang penuh dengan ujian...dan ujian itu kadang-kadang mematangkan diri serta mendekatkan diri pada rabbul izzati ( Allahhurobbi)...Ya Allah....Ya Rahman...Ya Rahim..Dialah tuhan yang menciptakan sekeping "HATI" dan menguruskannya mengikut kehendakNYA...bukan pada kehendak manusia atau sesiapa...dan hati itu juga mewujudkan fitrah...fitrah yang diuji buat segenap manusia...dan fitrah itu tak mampu di bendung,tak mampu di buang melainkan dengan bermunajat,beristighfar dan memohon doa padanya.. teruskan berdoa pada Allah yang Maha Esa kerana dengan berdoa itu sesuatu yang tak mustahil pasti boleh berlaku menurut kehendaknya..Mohonlah agar diberi ketenangan, ketabahan dan kesabaran....Benar..mujahadah itu sangat pahit..apatah lagi kita cuba untuk bermujahdah pada sesuatu perkara yang tak mampu dikawal oleh diri kita kerana hati ini hanya Allah yang mampu membolak-balikkan..tapi yakinlah pada setiap mujahadah itu ada kemanisannya...saya yakin...Keredhaan Allah itu yang penting kerana kelak bila kita berterusan melakukan sesuatu yang Allah tak redha...mungkin akibatnya akan ditanggung pada masa hadapan dan pada zuriat keturunan kita....dan benarlah kata seorang tok guru:

 " Jangan letakkan seseorang itu dihati kerana hati manusia itu sentiasa berbolak-balik....tetapi letaklah ia dibibir kita pada setiap kali berdoa...kerana kekuatan doa itu adalah pada Allah..Dia yang menciptakan hati dan Dia juga yang mampu menjadikan seseorang itu terletak dihati pasangan masing-masing...Cintalah padanya kerana  agama,kerana itu lebih baik..."

"HATI" bila dah bermasalah...semuanya jadi huru-hara..tapi ketahuilah ada sebab mengapa Allah menguji...mungkin Dia cuba memberi sesuatu yang terbaik atau memberi ujian untuk meningkatkan tahap keimanan kita padaNya...Dan untuk kesekian kalinya hati ini benar2 diuji...dan untuk kesekian kalinya hati ini pasti yang Allah sendiri yang hadirkan rasa kasihkan seseorang yang tak mampu untuk dibendung...dan untuk pertama kalinya kesan itu sangat mendalam dan ku yakin Allah lebih megetahui apa yang tersembunyi...Walaupun hampir genap setahun berlalu,tapi perasaan itu tetap ada...dan perasaan itu wujud bila mana agama itu yang menjadi ikatan...Terlalu banyak persoalan yang ingin disingkapkan dan semakin jauh diri cuba melarikan..semakin kuat pula petanda yang datang menghampiri...Tiada daya kekuasaan melainkan petunjuk dari Allah yang Maha Esa...Benarlah,cinta kerana agama...itu yang terbaik..dan kesannya sangat mendalam..walau bagaimanapun percayalah pada jodoh. Kerana itu ketentuan serta ketetapan Allah dan masih lagi dalam rahsianya...sampai satu saat Allah pasti akan singkapkan juga..cuma hati perlu kuat bersabar menghadapinya...seandainya apa yang disangkakan tidak menjadi kenyataan,yakinlah Allah sedang mengatur yang terbaik,pada waktu yang terbaik,dan bersama dengan sesuatu/seseorang yang tebaik....

Warkah buatmu kaum Adam,
Penulisan ini bukan kerana nama,
Malah bukan kerana harta,
Tetapi hanyalah semata-mata kerana Rabbuna,
Bukan sekadar coretan bahasa tetapi untuk meluahkan rasa,
Setiap mahkota hati wanita pasti akan disinggahi perasaan ini,
Namun, cuma ia berbeza..
Dari kaca mata seorang wanita dengan seorang muslimah,
Tindakan, perilaku dan bicaranya berbeza,
Jika mata hati yang diguna,
Temuilah kau akan perbezaanya bila mana wanita jatuh cinta,
Berbanding muslimah yang sedang jatuh hati.

Warkah buatmu kaum Adam,
Aku tidak tahu apa yang terbentang di fikiranmu,
Aku tidak tahu apa yang berkisar di dadamu,
Namun janganlah kau memandang serong,
Dengan penulisan ini,
Kerana aku tetap dengan pendirianku,
Bertemankan ALLAH SWT menjadi saksi,
Pohonku kepada Illahi semoga kau akan membacanya,
Untuk mengetahui isi hati yang terlipat halus di benak naluri,
Di hati kecil seorang insan bernama muslimah.
Semoga diri ini menjadi mukminah suatu hati nanti.

Wahai Adam,ketahuilah..........
Di saat kau membaca warkah ini,
Air mata ku jatuh perlahan-lahan,
Dalam menahan sebak yang menikam-nikam perasaan,
Membasahi kelopak mata yang kering dengan air salju,
Begenang dan terus bergenang sambil jari-jemari ku melayarkan penulisan ini,
Bergelinangan, berguguran dan kini air peraduan ini yang menjadi peneman.....
Namun ketahuilah..... 
Setitis demi setitis air mata ini,
Menjahit lubang-lubang kecil yang terluka di sudut perasaan,
Biar meninggalkan bekas pada hati ku yang terkesan,
Kerana ALLAH SWT masih di sisiku,
Dengan air mata ini DIA mengubat pedih-pedih di jiwa,
Tatkala ku lantunkan zikir-zikir memuja namaNya,
Kerana itu aku kuatkan azam dan semangatku,
Melukiskan cinta dalam diamku,
Berakhirnya warkah ini aku tuliskan untukmu.
Warkah khas buatmu....

Wahai Adam,
Ketahuilah bezanya perempuan dengan muslimah,
Ketahuilah bezanya permata yang disimpan di balang kaca itu,
Berbanding dengan kaca yang bersepah di lantai,
Walaupun hakikatnya nampak sama,
Tetapi jauh sekali istilah dan fikrahnya berbeza,
Namun ketahuilah wahai makhluk pembimbing ciptaan ALLAH,
Tetap ada bezanya antara CINTA seorang wanita,
Yang sekadar bergelar perempuan,
Berbanding salju sakinah bernama muslimah.

Wahai Adam,
Ketahuilah bezanya cinta mengikut fitrah dengan cinta yang berhulu,

Cinta yang berpandukan nafsu yang serakah,
Ketahuilah telah ku cuba sebagai muslimah memendam rasa,
Mengalirkan cinta dan hati ini mengikut aliran yang sepatutnya,
Namun hati kecil ini amat mudah tersentuh dan amat rapuh saat disentuh,
Sedangkan Saidatina Khadijah sendiri melamar Rasulullah saw,
Maka, menurut ku wahai Adam, salahkan aku berbuat begini?
Untuk menyampaikan hasrat yang terpendam di sudut hati?

Namun jangan kau khuatir..
Penulisan ini hanya sekadar coretan,
Penulisan ini hanya sekadar lembaran,
Aku sekadar wakil, perantara,
Bagi hati-hati muslimah yang berada di luar sana,
Menyampaikan larut-larut bacaan makhkota hati seorang insan,
Yang tatkala ini sedang mendambakan kasih yang tak kunjung datang,
Yang tatkala ini sedang cuba menanam cinta Illahi dalam hati,
Menyemai mawaddah usrati jannati,
Kerana dia tahu ALLAH SWT berada disisi,
Berbicara dengannya tatkala solat, doa, zikir sebagai penawar hati.
Dan dia yakin pada jodoh pemberian Illahi nanti.

Namun, harus kau tahu bila mana muslimah jatuh cinta,
Dia tidak akan pernah sesekali membutirkan bicara,
Mengenai rasa yang dipendamkannya,
Malah, mahu kau tahu kenapa wahai Adam?
Kerana jauh di dasar qalbu,
Dia amat takut sekali engkau tersungkur dicedera rindu,
Dia amat bimbang sekali iman mu goyah kerana hadirnya

Bisikan nafsu dan iblis yang menghasutmu,
Dia amat khuatir kau hanyut dibawa bait-bait cinta palsu,
Dia amat gusar ibadah mu terganggu,
Jika langkah mu terjerumus, diseliputi kabus wahan yang menebal di qalbu,
Maka kerana itu dia mengambil keputusan,
Untuk membicarakan cinta hanya sekadar di jiwa,
Namun sesekali tidak dia akan melafazkan,
Kerana dia tahu hadirnya nanti,
Tidak akan mampu menghalang iblis dan nafsu untuk merajai hati,
Bimbang mungkin meruntuhkan tembok keimanan yang telah kau bina,
Bertahun lamanya sebagai jambatan menuju ke syurga.


Mahu kau tahu kaum Adam?
Bila mana muslimah jatuh cinta?
Tatkala dia tahu hatinya sudah berpaut pada mu,
Maka dia akan pelihara tawadduk sebagai perisai mutiara jiwa,
Tatkala dia tahu hatinya sedang diikat dengan simpulan cinta,
Tidak sesekali matanya berani menatap pandangan matamu,
Biarpun pada semua muslimin dia melakukan hal ini,
Tapi tidak akan sama pada dirimu,
Kerana telah tersusun letaknya muslimah,

Harus menjaga pekerti sebagai perhiasan dunia,
Namun padamu, dia lebih malu,
Namun pada mu, dia lebih kaku,
Dia bimbang jika panahan syaitan menusuk dari mata ke mata,
Maka dia menundukkan pandangan matanya,
Pada mu sangat sukar untuk dia mulakan bicara,
Diam lebih bernilai daripada berkata perkara yang lagha,
Jika kau melangkah setapak mendekatinya,
Maka akan digerakkan seribu langkah berusaha gigih mahu menjauhi mu,
Dan jika engkau di selatan,
Dia akan tetap diutara untuk mewujudkan jarak itu.

Mahu tahu kenapa dia melakukan hal ini wahai Adam?
Kerana dia mahu memelihara iman mu,
Kerana dia mahu menjaga pandangan mata mu,
Kerana dia mahu engkau mencapai cita-citamu,
Mana mungkin dibiarkan engkau diselebungi

Dengan debu dosa akibat zina mata,
Kerana dia mahu kau menjaga bicara mu,
Mana mungkin dia membiarkan engkau memulakan bicara dusta,

Tatkala hati diseliputi cinta,
Dia mahu kau hanya melontarkan ilmu berfaedah,
Menggunakan akal, bukan bicara berpandukan nafsu yang serakah,
Dia mahu kau menjaga lidah,

Yang hanya basah melantunkan zikir tatkala atas sejadah...
Dia mahu kau menghindari diri daripada zina hati,
Kerana dia tahu wahai adam,
Adam yang sempurna akalnya, pasti banyak berdiam diri daripada berkata-kata..
Adam yang soleh hanya akan menetapkan cinta hanya pada Illahi cuma..
Adam yang baik akan setia pada insan yg diidamkan disyurganya..

Dia mahu kau memelihara akhlak mu,
Mana mungkin dia membiarkan engkau mendekatinya terlebih dahulu,
Tanpa hubungan yang HALAL dan SAH,
Mana mungkin dia meletakkan dikau di tempat yang alpa,
Menodamu dengan cinta palsu dunia,
Dia tidak mahu kau menggodanya melalui jalan yang tidak diredhai pencipta,
Jika kau benar mahu menghampiri,
Menjadikan dia suri di hati,
Bukan dirinya yang harus kau dekati,
Tetapi WALINYA sebagai pengganti.

Wahai Adam,
Saat muslimah ini cuba meyakinkan kau hanya sebagai sahabat baginya,
Saat kau sudah mula menyoal dan mencuriga,
Sebenarnya dia hanya cuba membohongi perasaan diri,

Dan cuba mengelakkan zina hati,
Kerana dia tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan,

Yang selama ini terjalin keranaNya,
Hakikatnya dia cuba tidak mahu merosakkan mu,

Dengan menjalin hubungan percintaan tanpa redhaNya,
Dia amat bimbang kau terjebak dalam perasaan suka,

Jika benar kau juga  pernah memendam rasa,
Dia mahu melindungimu, aqidahmu dan imanmu,

Yang telah lama dibina atas dasar taqwa.
Maka kerana itu sehingga kini dia pendam,
Cintai dikau hanya dalam diam.
Dan sampai ketika hatinya sudah berputus asa,
Letih pada hati yang kian merapuh..

Wahai Adam,
Ketahuilah muslimah ini amat sukar jatuh cinta,
Diserahkan CINTA nya hanya kepada yang Maha Memiliki CINTA cuma,
Namun, di saat kau menyentuh hatinya perlahan-lahan,
Dia sedar betapa sakitnya hati ini,

Seperti dicucuk-cucuk duri yang tersembunyi,
Dan dia sedar betapa setiap langkah perbuatannya,
Seringkali munculnya nama mu sebagai pendorong kebajikan di hati,
Dan dirimu sudah mengubah cara hidupnya,
Namun muslimah ini tidak mampu untuk membencimu,
Kerana kebaikanmu mengatasi segalanya..

Sudah berkali-kali dia memohon pada Illahi,
Agar dibuang jauh-jauh rasa fitrah ini,
Supaya menunjukkan jalan yang diredhai dengan Istikarah yang dijalaninya sehari-hari,
Kau juga tahu dia melakukan istikarah ini sebagai tasbih rutin harian,
Namun baginya, kau masih tetap dalam bayangan,
Bukan wajahmu yang muncul di fikiran ini tetapi hanya sekadar nama dan perasaan,
Bahkan ibrah dan segala amalan murni yang kau amalkan dalam hidup,
Menjadi bekalan untuk dia mempertingkat amalan kerana ALLAH,
Kerana kau diibaratkan bagai enjin yang menggerakkan hati kecil ini,
Untuk mencintai dirimu hanya keranaNya.

Wahai Adam, tahukah kau?
Tatkala kau juga memaparkan sedikit demi sedikit,
Mengenai corak tingkah laku mu yang seakan menyimpan perasaan yang sama terhadapnya,
Yang memberi harapan tanpa engkau sedari,
Muslimah itu sudah mulai bimbang,
Tatkala kau sudah membutirkan bicara seolah kau juga mahukan dia berada di takhta jiwa,
Muslimah itu sudah menjadi risau,
Tatkala kau sudah seakan terpaut akan bait-bait butir kata hikmahnya,
Muslimah itu sudah bertambah rungsing,
Dia berasa sangat malu, menyesal dan berdosa,
Jika benar kau turut tertawan padanya,
Dia merasakan dirinya jijik dan hina,

Di hadapan tuhannya yang Agung lagi Maha Bijaksana,
Dia bimbang iman mu goyah,
Dia risau akhlak mulia mu beransur-ansur tidak lagi bakal kau hirau,
Dia rungsing kau tersungkur dipukul badai cinta,

Yang nyata belum HALAL buat mu dan dia.
Dia bimbang pada kemurkaan Allah yang Maha Esa.

Jika benar kau turut menyimpan rasa yang sama,
Dia mohon pengharapan dalam setiap larut doa tahajudnya,
Semoga engkau akan terus bersabar,menjaga pandangan,
Dan menunggu waktu yang tepat untuk mencurahkan rasa,
Bilamana  waktu itu engkau adalah yang HALAL buatnya,
Semoga dirinya bukan penyebab iman mu goyah,
Semoga dirinya bukan penyebab akal mu lemah,
Tetapi sebaliknya menambah kasih mawaddah,
Dalam menuju gerbang mardathillah,
Dan menjadi pendamping setiamu hingga ke syurga suatu hari nanti,
Dan engkau akan tetap setia padanya buat selamanya,

Jika benar kau sudah tertawan padanya,
Dia sudah membulatkan nekad dirinya bakal mengundur diri,
Dia rela mengorbankan cinta kerana mahu engkau menjaga hati,
Dia rela mengorbankan perasaan,

Demi meraih CINTA hakiki, cinta Illahi,
Selangkah demi selangkah tanpa kau sedari,
Dia semakin hilang daripada pandangan,
Bukan kerana mahu menjauhkan mu,
Bukan kerana mahu mengelakkan daripada berteman dengan mu,
Namun ketahuilah..niat muslimah itu adalah...
Hanya kerana....Mahu memelihara iman mu.
Hanya kerana.. Mahu meraih redha Illahi.
DAN jika engkau tidak pernah tertawan padanya,
ketahuilah niatnya adalah untuk memulihkan kembali hatinya,
Berusaha menjaga hati pada insan yg bernama suami.

Wahai Adam,
Mahukah engkau tahu mengapa dia tidak akan ada disisi mu,
Sebagai sahabat setelah dia mencoretkan padamu warkah ini?
Kerana dia merasakan diri ini tidak pernah layak untuk kau,
Yang sememangnya berakhlak mulia dan sentiasa menetapkan cinta kepadaNya,
Kerana dia sudah menggambarkan perasaan malu,
Sekiranya kau menolak perasaan ini secara sukarela,
Kerana dia sebenarnya mahu kau muhasabah diri kembali,
Mendekatkan jiwa kepada Illahi,
Dan berharap kasih pada Allah yang satu,
Sama-samau saha memperbaiki kelemahan diri masing2,

Wahai Adam,
Ketahuilah,
Perbezaan-perbezaan ini.....

Tahukah kau wahai Adam?
Dia membilang doa-doa nya setiap hari,

Dalam solat tahajud,hajat, istikarah mahupun taubat,
Semoga iman mu akan bertambah kukuh,

Disemai kasih CINTA DZATT ABADI yang utuh,
Dan dipertemukan dengan insan yang sekufu dengan imanmu,
Namun tak akan pernah dilupakan kau dalam setiap butir doa nya,
Semoga dirimu sentiasa berada dalam rahmatNya.
Ketahuilah wahai tulang rusuk kiri,
Muslimah ini amat sukar jatuh cinta
Bila mana hatinya sudah mulai terpaut pada mu ketika itu,
Dia tidak pernah menyatakan hasrat ini kepada sesiapa,
Dia hanya diamkan sahaja,
Melainkan hanya bergantung harap kepada Sang Pencipta,
Dia hanya menceritakan hasrat murni ini kepadaNya cuma,
Sehingglah kau membaca isi surat ini dan mengetahui petanda,
Di hati ini dia telah lama memendam rasa.....

 
Dia amat mendambakan dikau juga turut mempunyai perasaan yang sama,
Dia teringin sekali kau turut tergoda dan tertawan hati padanya jua,
Namun, jika muslimah jatuh hati,
Tidak pernah sesekali dia mengharap kau bakal mencintainya kembali,
Malah dia berusaha menjauhkan diri,
Kerana mahu memelihara persahabatan kerana ALLAH,

Yang telah terkukuh sehingga kini,
Kerana dia mahu mengelakkan daripada tercetusnya zina hati,
Kerana mahu memelihara iman mu sebagai muslim sejati.
Kerana dia mahu kau mengukuhkan CINTA mu pada ALLAH terlebih dahulu,
Sebelum menyerahkan CINTA mu pada lawan HALAL bagimu.
Kerana dia sendiri tidak pasti pada perancangan Illahi,
Dia sendiri tidak pasti jodoh yg menjadi rahsia Illahi,
Dan engkau sendiri tidak pernah berusaha membuktikan,
Dan engkau sendiri masih belum pasti pada isi hatimu,

Wahai adam,
Ketahuilah bila muslimah jatuh hati,
Cintanya akan terisi dengan cahaya Illahi,
Disamping dia mencintaimu,
Dia turut mempertingkat cintanya pada ALLAH yang Esa.
Dia tidak akan pernah berhenti,
Memohon hajat dan mengadu kasih pada Illahi,
Semoga JIKA kau juga menyimpan perasaan suka,
Temukanlah kau dan dia dalam sebuah ikatan yang HALAL dan diredhaiNya,
Pada saat yang telah ditetapkannya,

Tetapi jika sebaliknya,
Kau kontra dalam rasa CINTA yang dicita-citakannya,
Dia juga tidak akan pernah berputus asa dalam berdoa,
Semoga ALLAH akan menemukan dia,
Dengan seorang LELAKI yang sekufu dengannya..
Yang seindah akhlak dan secantik budi pekertimu,
Atau mungkin seseorang yang lebih baik daripadamu..
Seseorang yang telah ditetapkan jodoh buatnya,
Seseorang yang mampu menerima kekurangannya,
Seseorang yang setiap di setiap pengakhiran hidupnya,
Seseorang yang berusaha membimbingnya,
Seseorang yang membuatkannya sentiasa tertawa,
Baik disaat suka mahupun duka,
Seseorang yang sentiasa berkongsi cerita bersama,
Sebagai serikandi hidup buatnya kelak di duniawi dan syurgawi.
Dan engkau akan masih kekal sebagai saudara seislam,
Dan diharap engkau pasti bertemu dengan pendampingmu yg sebenar,
Seseorang yang telah ditetapkan sebagai jodohmu olehNya,
Wahai Adam,ketahuilah........
Di saat kau membaca warkah ini,
Aku telah pun membawa diri dengan langkah yang sejauh-jauhnya darimu,
Di saat kau membaca warkah ini,
Adalah amat mustahil untuk engkau menemukan ku semula,
Bahkan mungkin aku bakal lenyap dan lesap daripada pandangan matamu buat selamanya,
Kecuali setelah dengan izinNya,
Dengan takdirNya yg m'pertemukan kita kembali,
Pertemuan yang sama sekali tidak pernah kita rancang,
Bila mana disaat itu,
Hati ku terawat dengan balutan luka yang diikat dengan seerat-eratnya,
Mungkin tidak akan pernah terbuka lagi ikatan ini,
Untuk menghadirkan engkau di sudut hati,
Maka dengan perlahan-lahan aku bakal muncul,
Menjadikan kau sebagai teman seperjuangan seperti lazimnya,
Atas ikatan yang diredhai Illahi,
Atau atas dasar saudara sesama Islam.

Pesan terakhirku:
Kuatkanlah semangatmu untuk menggapai impian & cita-citamu.Janganlah mainkan lebih banyak perasaan wanita kerana mereka mempunyai hati yang rapuh dan cara pemikiran yang berbeza serta sukar untuk difahami oleh kaum adam...Padamu itu cuma sekadar biasa,tapi pada wanita tindakan mu itu adalah luar biasa...yg mendatangkan seribu satu persoalan buat wanita...Dan daku berharap agar janganlah engkau biarkan muslimah ini menjadi punca kegagalan mu sebaliknya, jadikan aku sebagai insan yang sentiasa mendorongmu dari dulu, kini & selamanya. Semoga penghujungnya kelak berakhir dengan kejayaan & kebahagian yg pernah kita harapkan dahulu. Terima kasih kerana mengubah hidup ini pada arah kebaikan dan membuatkan diri ini kuat untuk bermujahadah serta mendekati Allah yang Maha Esa. Semoga diampunkan dosa-dosa kita sebagai hamba yang lalai...Ku yakin,keredhaan Allah itu pasti mendatangkan kemanisan jika kita bersabar dan perjalanan kehidupan kita sentiasa masih pada kerahsian Allah...Jika engkau sudah menemukan yang terbaik dariku,jagalah & hargailah dia untuk kali ini agar tidak terlepas berulang kali...keep smile =] (nhz)