Pages

Sunday 28 August 2011

29 Ramadhan.....

Dikeheningan malam yang indah ini..sunyi lagi menyenangkan...tiada ganguan bunyi kenderaan yang sibuk...sangat sesuai untuk orang2 mukmin untuk mengerjakan solat + Qiamullai di bulan yang mulia ini...Memperbanyakkan amalan disaat2 terakhir Ramadhan adalah menjadi rutin utama untuk setiap orang yang beriman kepada Allah..peluang yang diberi mungkin x dapat dimiliki buat kali kedua yang kita x pasti akan hadir kembali atau tidak....

Sudah menjadi kebiasaan Humaira untuk bangun solat di 1/3 malam....demi meraih rintihan dari Allah yang maha Esa...demi memohon ampun diatas keterlanjuran yang dilakukan...demi meraih keberkatan dibulan yang mulia ini...



*....saat ku sujud menghadap mu ILLAHI,tiba2 airmataku bergenang...Aku terfikir,apakah dosa yang telah aku lakukan terhadap mereka disekeliling ku.?? mengapa perlu aku lakukan sebegini rupa sedangkan nabi juga memafkan umatnya? mengapa perlu aku meyalahkan orang lain,sedangkan kesalahan itu aku yang memulakanya...beratnya ujianMu ya Allah.... x terdaya untuk aku memikulnya...dengan sifat keegoaan yang dimiliki,mana mungkin manusia sepertiku bisa mengalah untuk segalanya...

Pagi terakhir ramadhanku x harus diisi dengan tangisan mahaupun kesedihan..aku harus mempersiapkan & meraikannya dengan penuh gembira...namun fitrahku sendri tidak mampu untuk tabah dan kuat mengharungi semua ini...dalam kesedihan...aku terus lena dibuai mimpi.....saat itu aku terlihat akan sesuatu...sesuatu yang membuatkan perasaanku menjadi takut...



“Ku lihat Ramadan dari kejauhan..lalu ku sapa ia..” Hendak kemana? “.....
Dengan lembut ia berkata:

” Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim.Ajaklah mereka agar SABAR untuk menemani hari-hari DUKAnya, peluklah Istiqamah dalam perjalanan Taqwa. Nikmatilah saat2 terakhir waktu bersamaku...dan saat terakhir kegembiraan bersama keluargamu..... Aku x pasti sama ada aku mampu untuk hadir lagi pada masa akan datang...untuk bersama2 merasai kenikmatan bersamamu & keluargamu....."









** Lihat2!.... Itupun Syawal ..ia sudah tiba untuk meggantikan tempatku...Aku harus meninggalkan mu dan keluargamu....Engkau harus menggunakan saat2 terakhir Ramadhan ini dengan sebaik munkin..janganlah enkau memusuhi sesama manusia.....berbuat baiklah antara satu sama lain,dan lupakanlah segala persengketaan...Hadirnya syawal nanti,janganlah engkau menghampakan peluang mu itu untuk memohon maaf buat hati2 mereka yang telah engkau sakiti!..... “.

Humaira "....tapi  engkau harus membantuku!.....Nanti!...nanti....!! "

Ku lihat..." Ramadan pergi …jauh….jauh...& jauh...yang tinggal hanyalah samar2 yang bakal kabur dalam beberapa hari lagi....” 


Aku terpana & terjaga dari tidurku...bergenang airmataku tatkala melihat pemergian Ramadhan itu yang mengingatkan aku untuk memaafkan semua orang disekelilingku...! Aku berdosa ya Allah....Aku berharap masih ada kesempatan waktu untuk memperbaikinya..dan menjadikan ramadhan kali ini adalah pengajaran buat ramadhan yang akan datang....

Humaira:

"YA ALLAH,ampunkanlah dosaku,ampunkanlah dosa kedua ibubapa ku,dosa teman2 sekeliling ku,dosa guru2ku,dosa orang2 yang beriman & bertaqwa!Kasihanilah kami dan terimalah segala amal kebaikan yang kami kerjakan dibulanMU ini,dan berilah kami sekali lagi peluang untuk merasai nikmat Ramadhan itu dan berikanlah aku peluang untuk memperbaikinya...Ampunkan daku Ya ALLAH..."





_nukilan NHz :6 am_





27 Ramadhan...-Bila Nikmat itu diambil..-

Assalamualikum..w.b.kth....

Kini penghujung Ramadhan sudah tiba di saat2 tearakhir...Adakah amalan kita dah cukup? diterimakah? bagaimana dengan puasa2 kita? Hanya Allah sahaja yang mampu menilai semua itu..kita sebagai hambaNYA hanya mampu berdoa agar amalan kita diterima seikhlasNYA..sangat sedih bila nikmat itu diambil olehnya...begitulah yang akan kita hadapi di akhir Ramadhan ini... Nikmat yang datang hanya sebulan dalam setahun..dan kita x pasti sama ada ianya akan muncul menjengah kembali atau tidak...

Sedikit cerita untuk dijadikan teladan...

Manusia xkan lari dari fitrahnya untuk memiliki sesuatu barang yang berharga dan ingin dhiasi dengan emas, intan dan kilauan permata yang bersinar2..Namun bila nikmat itu ditarik..barulah mereka menyedari yang semunya itu tidak akan kekal buat selama2nya..kerana ianya tidak akan dibawa pulang ke akhirat kelak...

" Qaleesya sangat menyayangi gelang emas pemberian Ibunya..yela..pemberian dari ibu tercinta,sape yang x nak/sayang? jarang2 Qal mendapatkan pemberian yang berharga dari ibunya...oleh itu,gelang itu merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya..walaupun nilainya x seberapa nak dibandingkan dengan sebuah kereta/rumah. Hilangnya gelang itu sangt menyedihkan hatinya..

*26 Ramadhan,bulan yang mulia...segala nikmat yang diperolehi Qal telah hilang sekelip mata..dalam kesibukan membeli-belah untuk menyiapkan persiapan aidilfitri,tanpa disedari gelangnya telah hilang..puas merata tempat Qal mencari,namun hasilnya tidak juga ditemukan....

....Hati Qal sangat sedih...satu-satunya barang berharga yang dimilikinya telah hilang dalam sekelip mata! mungkin sukar untuk diperolehi kembali..Saat itu,hanya Allah yang tahu betapa pilunya hati Qal...dengan perasaan hiba,Qal pulang ke rumah tanpa membeli apa2 pun barang persediaan untuk raya Aidilfitri...

Setibanya dirumah,hati Qal menjadi lebih sayu tatkala melihat wajah ibunya..apatah lagi untuk mengkhabarkan berita tentang kehilangan gelangnya...Dia memeberanikan juga dirinya untuk memeberitahu ibunya....Akhirnya,ibunya dapat memahami masalah itu dan tidak memarahi Qal...Qal b'syukur kerana ibunya tidak memarahinya..namun masih terselit rasa sedih...



Dan bila disedari bahawa nikmat yang Allah kurniakan didunia ini  adalah sementara...dan tidak menjadi hak milik kekal buat selamanya...Qal kembali b'istigfar...mengapa perlu ditangisi sesuatu benda yang x kekal buat selamanya?  Nilai gelang emas itu xkan sama nilainya dengan amal kebaikan kita semua di dunia...dia meredhakan semuanya..baginya ini merupakan dugaan yang harus dihadapi olehnya..setiap orang yang beriman pasti akan diuji olehnya....baginya biarlah nikmat itu diambil..tapi jangan sesekali nikmat bulan ramadhan ini disia2kan dengan tangisan..tanpa dipenuhi dengan amal kebaikan...menangisi sesuatu perkara yang tidak mendatangkan apa2 faedah sangat merugikan...

:: mungkin emas pada mata masyarakat dunia adalah sesuatu yang berharga,,,tapi kita x sedar yang emas itu tidak menjamin kehidupan diakhirat kelak! Emas itukah yang akan membantu kita pada akhirat kelak? Beratkah amalan kita jika emas itu dijadikan sebagai timbangan masa hari perhitungan?

Begitu jugalah Ramadhan ini..Nikmatnya akan ditarik tidak lama lagi..sekiranya peluang yang ada tidak diisi dengan sebaiknya dan dibiarkan berlalu tanpa penuh pengisian mungkin kita xkan dapat bertemunya lagi...


26 Ramadhan...

Bismillahirrahmanirrahim.....

Almost 1 week x update blog..Mungkin sebab terlalu sibuk mengerjakan urusan yang perlu dikerjakan... Alhamdulillah..hariney merupakan hari2 terakhir menghabiskan waktu bekerja sebagai 'Wayering Girl'..Lepas nie mesti rindu...BTW nickname tue akan iza ingat smpai bila2..yela..banyak betul pengalaman bekerja disitu...Dari 0 dan x tahu ape2,hasilnya...skung dah berani nak pasang wayar2 elektrik..tahu gak la serba sedikit..x advance mcm org lain..stakat boleh pasang lampu sampai ke pluq udah le..Betullah yang ilmu nie makin digali makin banyak kelebihannya...Apapun iza pasti merindukan mereka....


Uncle David , Steven/Han , Uncle Ah Heang , ViVian & Adek
<ramai lagi pekerja yg x sempat nak snap pic dioarg...kapten,azrul,rizal,apitz,p.awang,azri n k.tiqah>


Adik n Vivian...antara bunga2 yg ada :)



ni kembar saye! ntah la org yg kata...tapi x sama pun rasanya..:P




<<< JOM KENAL BARANG2 ELEKTRIK SIKIT >>>




Yang nie LAMP HOLDER..dia ada 3 jenis kaki..1-pusing 2-2 kaki,just cucuk skit jela..Benda2 nie penting gak untuk nak nyalakan mentol...Nak beli mentol kena la tengok jenis kaki dia dulu..MAKE SURE SESUAI  dan SAMA....


3-Kaki empat segi...


::: Mentol kat atas nie untuk kegunaan betri je..nak kenal dia ada tulis 12V.. hati2 masa beli..jangan tersilap sudah..6t x pasal2 meletup lampu!


Niela mentol kaki pusing...<grip> senang jew nak pasang.. :)



Kat bawah nie BOOSTER..kebanyakkan orang pasang dekat area TV < luar punya >



yang nie pula namanya BASE/Tapak Suis...


Benda nie la yang akan di cantum bersama base kat atas....maka terhasillah suis yang lengkap..



Yang nie namanya PLUQ TOP..a.k.a pluq la..semua orang dah famous kan..tapi kalu nak pasang kompem pening?? yela,,ada colour tertentu untuk setiap bahagian... perkara yang perlu iza study masa 1st masuk kedai benda nie la..silap pasang wayar boleh meletup! koko-L,Hijau-E & Biru-N...



yang nie pula BALLAST..benda yang dipasang dalam sarang lampu syiling tue..Kalu lampu umah x menyala tue maknanya rosak benda nie or kena tukat Starter baru..benda 1st yang iza kenal dkat situ!


Niela STARTER lampu...yang korang selalu pulas kalu lampu jadi kelip2/Rosak!



yang bawah  nie HDMI cable..Kebanyakkan org yg pakai Tv <LCD><LED><PLASMA> banyak guna benda nie untuk make sure pic yang keluar 6t real n resolution Tv pun ok..macam kat umah guna gak lak benda nie..kalu sbelum nie msti kita x tahu kan..dia nie merangkap pembantu area TV juga lak..kalu astro dah clear..guna benda nie lagi clear :)


yang nie MINIATURE CIRCUIT BREAKER..benda yang diguna dekat suis utama elektrik..dia da banyak jenis V,20,16,32..



yang kat bawah nie x tahu ape benda..tapi orang guna dekat Kipas angin berdiri tue..Kalu kipas korg rosak mungkin sebab benda nie...So pas nie kenala ambik taw juga sal benda nie semua,,,



Niela mentol kaki petak :)



NOTE : Harap dapat membantu serba sedikit...mungkin kita perempuan patut tahu juga benda2 nie..walaupun kerja lelaki.Terutamanya, incase kalu emergency rumah korg lampu rosak/ape2 yg rosak..atleast boleh gak baiki sementara nak tunggu orang laki buat...

6t iza UPDATE video cara nak pasang LAMPU syiling ok :)

Thursday 18 August 2011

MENCARI LAILATUL QADAR DI MINGGU2 TERAKHIR RAMADHAN..



Lailatul Qadar adalah tiket untuk ke syurga,sekiranya anda berjaya mendpatkanya berbahagialah...rebutlah tiket itu untuk mendapat kelas yang pertama disisiNYA....


 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

إِنّا أَنزَلنٰهُ فى لَيلَةِ القَدرِ ﴿١﴾ وَما أَدرىٰكَ ما لَيلَةُ القَدرِ ﴿٢﴾لَيلَةُ القَدرِ خَيرٌ مِن أَلفِ شَهرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ المَلٰئِكَةُ وَالرّوحُ فيها بِإِذنِ رَبِّهِم مِن كُلِّ أَمرٍ ﴿٤﴾ سَلٰمٌ هِىَ حَتّىٰ مَطلَعِ الفَجرِ ﴿٥﴾
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
  2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
  3.  Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
  4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
  5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!



Assalamualaikum...sedar x sedar hariney dah masuk 19 ramadhan..begitu cepat masa berlalu..x dinafikan masa itu ibarat pedang..kalu kita x potongnya,mungkin dia akan potong kita..hehe!


Okla,memandangkan fasa2 ramadhan sudah nak smpai ke p'hujungnya..kini fasa3/TERAKHIR Ramadhan pula semakin hampir..

" Apa patut dibuat?? " ngee..

tgok citer puas2 ke? Mengadap Facebook hari2 ke? 24 jam?? ishhhkk...x la... Bukan tue..Rewards yang perlu kita kutip di bulan yang mulia nie ialah banyakkan "AMALAN"....Rebutlah setiap malam untuk mendpatkan seribu satu malam iaitu 'Lailatul Qadar'...Tinggalkanlah sekejap urusan duniawi tue..bulan ramadhan nie dtang bukan selalu..setahun sekali jer..masa nie la kita semua x dibelenggu oleh syaitan..kalu sebelum nie bermacam2 alasan yang kita dengar bila nak suruh 'Qiam' ..konon2 syaitan banyak sgat..tue yang x leh bangun..TAPI untuk bulan nie rasanya xde sebarang alasan..semuanya bergantung pada diri masing2..kalu Istiqamah I.allah boleh bangun.

Pasang nawaitu sebelum tidur! kata...

" Saya nak BANGUN pukul 3pgi untuk solat "..I.Allah..pasti terjaga..kerna Allah tue maha mendengar lagi maha memahami..
kalu kita x sempat nak kunci jam..yakinlah yang Allah ada untuk kejutkan kita..yang pastinya " NIAT " la dengan bersungguh2..Allah mendengar & mengetahui orang yang berniat dengan b'sungguh2..


>> so pe lagi??? JOM REBUT TAWARAN2 TERAKHIR NIE...:')



KITA PERLUKAN DIDIKAN AGAMA YANG LEBIH DARI YANG LAIN....

Assalamualikum..Catatan 18 Ramadhan...

" Setitis air mata yang jatuh karena KEINSAFAN,adalah seribu kali LEBIH BAIK daripada sejuta MUTIARA di Lautan,, Sesaat bersedih karena teringatkan DOSA, adalah LEBIH MULIA daripada seharian bersedih karena CINTA Manusia,, Sejernih Wajah kerana WUDHU yang sempurna adalah LEBIH BERCAHAYA dari Kilauan Segunung PERMATA.. InsyaAllah..Amin Allahumma Amin.."


Alhamdulillah cuz malam nie dpt rest ckit cuz esok x kerja..so buat la apa yang patut,,yang pastinya tujuan iza nak tulis entri malam nie adalah pasal isu..."Kanak2 SEK.REN.Dipaksa Hafal lagu JESUs???"..Astagfirullahalazim..
Betullah Dunia skrang semakin rapuh dan tenat...X dapat dibayangkan rakyat Islam Malaysia terlalu mudah dijajah oleh puak Yahudi...Namanya merdeka..tapi hal sekecil mcm nie x mampu nak atasi..Memang nampak benda remeh..tapi x Fikir ke IMPAKnya di masa hadapan nanti??? Berapa ramai orang yang tinggal dalam keadaan b'agama Islam nie? Nauzubillahiminzalik..mudah2an umat NABI MUHAMMAD S.A.W masih sentiasa wujud & semakin ramai hingga ke penghujungnya..AMin....okla,berbalik kepada isu tersebut..pelik la..macam mana boleh jadi camtu? mujurlah ada ibubapa yang prihatin tentang agama..kalu x tentu sudah ramai yang terjerumus dlam ajran sesat nie..Yelah,kanak2 lah permulaan yang terbaik untuk dicorak..kalu mula2 dah diajar kenal jesus macam mana la 6t...tapi yang peliknya kenapa isu nie boleh t'sebar dekat budak2 Islam..nak sgat hantar anak ke sekolah cina lah,convert la..itulah..tengok2 sampai disuruh hafal lagu J+++..Bila suwuh hntar sek agama x nak..kononya x da kelas..belajar agama nie x dpt membantu untuk mendapat kerja...tapi hakikatnya mereka x sedar yang sek itulah yang mampu memberi didikan yang sempurna..saat nie iza B'syukur sgat cuz Allah memberi petunjuk kepada Ayah & IBu untuk hantar iza ke sek agama...Ada hikmah yang kita x tahu sebenarnya belajar disitu! x dinafikan iza dulu pun rasa macam x berminat nk masuk sek .agma..tapi bila dah semakin lama rasa semakin cinta untuk belajar agama..semakin dalam ilmu agama...semakin mula mengenali dengan lebih mendalam tentang DIA....Allah...tuhan yang satu yang sy x kan b'paling buat selama2 lamanya...banyak sgat pertolongan yang diberikan...Yakinlah dengan Allah !!!!!

Wednesday 17 August 2011

18 Ramadhan 1432H...

YM dah Dikurangkan kekerapannya...:)

Assalamualaikum..
Hariney nie tergerak hati untuk menulis sesuatu yang dah lama rasa nak tulis...It all about feeling..but it is NOT about Love errkk...!
What i'm going 2 say is...Tett! Gimik lebih je tue..Apa yang iza nak sampaikan ialah rasa bersyukur sgat kepada Illahi cuz dibulan yang mulia ini iza dapat kurangkan kekerapan berchatting di YM terutamanya dengan lelaki...Bukan pe,mungkin faktor utama cuz  sibuk dengan kerja n satu lagi untuk menjaga perasaan sendiri dari terjerumus ke kancah yang x sepatutnya....ngee :-) Sebenarnya salah satu faktor utama iza nak kurangkan Ym ialah nak fokus pda ibadah dibulan mulia ini..kalu asyik sibuk berchatting dengan kawan..bila masa pula nak sibuk berchatting dgan ALLAH? that the quest..bulan mulia nie telah mendidik diri iza dari berpuasa untuk segala2nya...menahan nafsu makan,nafsu tidur + fitrah manusia itu sendiri...bila fikir balik..iza rasa suka sangat bila dpat kurangkan berchatting dengan L cuz manusia nie mudah untuk mempunyai sesuatu perasaan...Iza takut kalu2 
" bila selalu bercgatting mungkin akan timbul sesuatu perasaan yang fitrah bagi setiap manusia itu  untuk merasainya.... "..Hahah!
So, jalan terbaik adalah dengan mengurangkan YM...iza yakin jodoh itu pasti ada..cuma cepat & lambat je..Yang pastinya jodoh itu adalah ketentuan ALLAH..kita sebagai manusia hendaklah berusaha & yakin dengan ketentuannya...tapi yang pastinya,,,iza x nak bercouple sebelum nikah cuz nikmat tue semua sebenarnya hanya boleh dimiliki oleh bakal pemilik tulang rusuk kanan wanita sahaja..my Mr.right? Ohya, manusia kalu cemburu pasti rugi kan... ?? dan satu lagi yang x bersabar...hehe!

** Malam nie nampak mak tgah membaca Al-quran + Qiamullai..so takat nie dulu la entri nie..jumpa lagi..Esok pun kerja lagi,,,

MUKJIZAT ALLAH TIDAK KIRA UNTUK SESIAPA...

" اللهم صلي وسلم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين "


Assalamualaikum...

Tiba2 malam nie Iza tertarik dengan video2 yang menunjukkan seorang budak kecil yang berumur 3tahun dpat menghafal ayat suci Al-Quran..Subhanallah...Sedangkan budak2 pun mampu melakukanya..namun..kita yang sudah melanjutkan usia ke alam yang lebih dewasa dan matang pun belum mampu menghafal dan mengingatinya dengan betul...kadang2 rasa rendah diri pula bila berada disisi budak2 seperti itu..betullah org kata.." Mukjizat Allah itu x mengenal siapa2"...







Sejuk hati ibu yang melahirkan anak macam nie..Sepatutnya bakal pemimpin macam nie lah yang diharapkan...Ada juga iza tengok kanak2 baru brapa tahun dah boleh menjadi IMAM untuk orang dewasa...Sungguh hebat kuasa Allah..Apapun sebenarnya semua tue terletak pada keinginan masing2..kalu memang kita Istiqamah nak menghafal..I.Allah x mustahil kita juga mampu menjadi seprti mereka...<AMIN> 

Sunday 14 August 2011

15 Ramadhan....

Assalamualaikum.....
Malam nie dah masuk malam yg ke 15 ntuk bulan ramadhan tahun nie...Alhamdulillah malam nie diberi mood sedkit ntuk menulis dengan lebih panjang...Apa yang iza nak tulis malam nie adalah pasal kerja...

Betullah orang kata..kalu kerja dengan orang cina,1st attitude yang diorg nak tengok pada kita adalah RAJIN! Hari nie iza dpt juga memahami serba sedikit apa sebenarnya yang dikehendaki oleh majikan..Sebelum masuk waktu berbuka puasa,bos sempat lagi singgah dan memaklumkan kepada kami tentang promosi yang akan diadakan pda hujung bulan 6t...that means malam2 terakhir ramadhan 26-29hb..Adeh,iza x tahu nak participate ke x..Hati lebih kuat untuk melaksanakan ibadah di malam2 terakhir Ramadhan..Apapun tunggu jela arahan mcm mana..

Sebenarnya Fokus tajuk ariney ialah,kita kalu nak kerja kenalah Rajin & Pandai mengambil hati bos.. Patutlah semenjak masuk bulan Ramadhan nie bos ayik marah2 rupanya dia dah tahu yang iza nie x boleh nak sales dengan baik..dia ckap la yang Iza nie pemalu./// bila dengar je dia kata camtu..barulah hati ini tersedar yang mungkin iza patut berubah kearah yang lebih bagus...Tapi jangan lah sampai terOVER act pula. Seperti yang iza tulis pada entri sebelum2 nie, Lumrah la perempuan kalu malu..Bos pun faham gak..n dia pun ada ckap yang dia tahu iza nie pemalu..Tapi dia kata kalu kamu usaha munkin boleh berjaya...bila dengar dia kata camtue..terus terfikir yang ada benarnya juga....saya harus melakukan perubahan..bila nak berjaya...bak kata pepatah melayu"Jangan jadi seperti katak dibawah tempurug " menyembunyikan kelemahan tanpa cuba untuk mengharunginya...

Yang seterusnya,kita juga kenalah rajin study maklumat2 yang perlu diketahui ..terutamanya barang2 yang terdapat...bukan ilmu akademik jer yang perlu distudy..rupanya ilmu2 lain pun perlu juga diketahui & dipelajari..betul la tue..ILMU ini tuntutan wajib..nak x nak..kita harus menuntut ilmu untuk meluaskan pengetahuan!Kalu sebelum nie iza x tahu langsung apa itu barang2 elektrik..cara nak pasang..tapi skung alhamdulillah...banyak pengalaman yang iza pelajari disitu...Dari kosong hinggalah mendapat hasilnya..kalu dulu x reti nak pasang lampu pendaflour..skung dah boleh pun..Itulah kuasa Allah..IlmuNYA yang luas dan &terbatas..cuma kita manusia sahaja yang perlu untuk mencari & pelajari...

Yang terakhir kita haruslah menghormati majikan kita..seburuk mana pun layanan mereka kepada kita,namun rezeki yang kita perolehi adalah dari mereka atas keizinan Allah..yang pastinya kita memperolehi dengan cara yang halal...Biarlah kita ditindas atau dipandang rendah..tapi tetap menghormati mereka..Orang yang bersabar denga ujian Allah itu pasti akan merasa kemanisannya suatu hari nanti...Kadang2 iza beristighfar juga malam2 bila fikirkan yang iza nie ada juga kurang kesabaran..yelah,bila kena tegur ckit dengan bos pun dah terasa..,,lumrah wanita..mempunyai sifat kelembutan dan semudah terasa..Bila direnungkan kembali,kenapa kita yang diuji sedikit pun x mampu bertahan sedangkan  Nabi Muhammad S.A.W yang diuji dengan lebih berat & dicaci pada zaman dahulu pun masih lagi mampu  bersabar dan memberi layanan yang baik kepada musuhnya.. Sangat kagum dengan keperinadian baginda..Andai Iza bisa mendidik jiwa untuk menjadi sepertinya..x mustahil iza juga mampu bersabar dalam menghadapi ujian itu....

Wednesday 10 August 2011

-THANk MAK KERANA TELAH MELAHIRKAN SAYA!!-

Today is my special day...iza sgat bersyukur kehadhirat Illahi kerana pada tarikh ini iza diberi peluang ntuk hidup diatas muka bumi ini..orang seterusnya yg pling perlu kita ucpkan terima ksih juga ialah kepada kedua ibu bapa kerana mereka lah membntu proses persenyawaan ntuk menghidupkan kita..IBU! orang yang terpaksa menanggung selama 9 bulan..kecian juga bila difikirkan..apakah penderitaan yg dialami ketika hendak melahirkan kita..yang pastinya x kan terbalas jasa mereka ...

Tahun ni,bersyukur x terkata cuz dpt celebrate bersama family..kalu nk dibandingkan tahun2 lepas just dengan kawan2 je..Yang pastinya perkara yang seharusnya dilakukan pd hari ini ialah..macam2.. "

Ohya,tiba2 ariney muncul soalan pasal Jod**..adeh.memang lumrahkan orang berumur 20an untuk disoal soalan begitu..Tapi bagi iza bukan masanya lagi untuk difikirkan..Cukuplah sekadar menjadi teman antara satu sama lain. Melalui pengalaman yang dilihat sudah cukup membuktikan bhwa "couple" tue x semestinya kekal....

Sunday 7 August 2011

Diari Ramadhan 4-7

Salam Ramadhan...Bulan yang mulia..dimulakan dgan kata2 ini :

"Jagalah urusan akhiratmu dan Allah akan jaga untukmu urusan duniamu, dunia ini hanya tempat persinggahan, akhirat merupakan destinasi terakhir, cukupkanlah bekalanmu untuk kemudahan perjalananmu dalam menuju ke destinasi terakhir, sesungguhnya setiap hati yang mengingati akan kematian, merupakan hati yang cerdik dalam menilai antara perhentian dan persinggahan...walla​hua'lam"


4-5 Ramadhan : X da apa yang special...mengharungi ramadhan dgn melaksanakan kerja di pagi hari & meneruskan Ibadah dimalam hari..hati ini cuba untuk sentiasa sabar menghadapi dugaan itu..


6 Ramadhan....Alhamdulillah...


Masa yg dinanti2kan telah tiba..akhirnya iza dpt juga berbuka puasa bersama family..bersyukur ya ALLAH :') Happy sgat cuz nie la firstime dpt berbuka togethers cuz hari lain semuanya buka puasa kat tempat kerja...


7 Ramadhan.....


Hariney iza masuk kerja half-day..cuz banyk urusan yg perlu di settlekan..kad pengenalan VS lesen memandu..semunya dah x b'fungsi..so b4 balik USIM better make sure semuanya settle..Actually ariney iza kerja..tapi minta masuk lewat la..Iza x mklumkan pun dkt bos..just gtaw dkt rakan sekerja ntuk inform pd bos..ge;isah gak rasa bila wat camtu..tapi redho jer la..
* pukul 2 ptg iza masuk kerja...haha! Bos adalah....ok jer..x kena marah pun...cuma..



  • Bulan puasa nie kena bnyak b'sabar n banyak ujianNYA..
  • Bos iza skung nie asyik swuh buat kerja je..pantang je nampak org relax sikit mesti kena marah...tapi lumrah la kan kalu jadi bos...cumanya iza x kisah ,tapi kadang2 cedeh jugak cuz x dpt nak memahami kami yang b'puasa ini...yang bestnya siap makan 'open' depan kami semua..godaan2...:) yang pasti bila iza jadi bos 6t x nak la mendera pekerja..kalu boleh nak mereka selesa dgn kita n then anggap macam kawan..mesti hari2 mereka rasa seronok nak kerja....



RUTIN HARIAN : Sabtu-Khamis


5.00pg                : Bangun sahur + solat Subuh + tadarus Al-Quran
8.00pg                : Bersihkan diri ketempat kerja.
9pg-8.30mlm      : Kerja + Solat+ 7.30 buka puasa!
8.40mlm             : Sampai rumah n then rushing ntuk 'Solat Terawih'<letih juga tapi hati tetap Istiqamah!>
10.00mlm           : Sambung makan nasi... + rest2 + tgok tv.
12.00mlm           : Zzzzz paling lwat la..x pun update blog :)


UPDATE : sekitar Bazar Ramadhan changlun....



NOTE : Tahun nie kalu boleh nak juga khatam Al-quran b4 ramadhan tamat..tapi rasa macam x sempat je..yela,asyik letih jew..lagipun skung nie bila bca Al-quran baca juga translate dia...so agak lama juga la nak menghabiskan & memahami setiap muka surat tue..mungkin sebab tue lambat..tapi Iza nak cuba juga ntuk habiskan..moga Allah membantu iza ntuk Istiqamah...Bulan nie juga kena kurangkan 'Chatting YM' or buka FB :)
cukuplah dulu..6t update lain...G.night! Esok bangun SAHUR yuk!

Wednesday 3 August 2011

Diari Ramadhan 2011-(1-3hb)

Assalamualikum & Salam Ramadhan bulan yg penuh barakah ini..


Sedar x sedar sudah 3 hari berpuasa ntuk tahun nie..dan untuk tahun ini juga iza terpksa berpuasa sambil bekerja :') mencuba pengalaman hidup yang sgt bermakna..yelah,baik berlatih awal2 cuz nanti lepas grad pun nak kena kerja juga...Ohya,entri ntuk kali nie ialah sal..."PONTENG PUASA"???

Iza tergerak ntuk tulis benda nie sebab sedih bila tgok masyrat sekeliling yg benar2 mengaku mereka Islam tapi nak tunaikan rukun Islam tue sendiri sgatlah susah! Nak tahu knapa Iza berani kata camtu?? sebab semua yg ditulis adlah b'dsarkan mata kasar Iza sendiri.Yela,kat tempat kerja Iza pun ada ja contoh2 nye..Susah sgat ke nak b'puasa ntuk beberapa jam je? Oh Lelaki,sedih bila tgok bakal2 pemimpin tapi x cukup ilmu untuk memimpin...X malukah bila buat pengakuan didepan bunga2?? Itulah manusia,bila kurangnya didikan agama yg dipelajari,mereka cuba melakukan sesuatu sesuka hati....yg paling x tahan,ada pula yg mempersendakan agama sendri..bukan nak menyokong...bergurau senda di bulan yang mulia ini..Hm,Iza hanya harap yang suatu hari nanti Allah pasti akan membukakan pintu hati mereka...

++ Ohya,alhamdullilah Allah telah m'buka sedikit pintu hati kawan tmpat Iza kerja (girls) untuk meneruskan ibadahnya yang msih samar2....sedikit perubahan dpt dilihat bila mana dia sudah rajin menunaikan solat lima waktu...harap dia istiqamah ntuk melaksanakn ibadah itu & tdak melakukannya semata2 kerana malu pada Iza...

++ Gaji bulan tujuh dh dapat ariney.RM2xx...Alhamdulillah..walaupun sikit b'baloi la ntuk12 hari bekerja..
banyak benda nak di pos..tapi letih la..
reminder : citer sal Ah-tian + pic