Pages

Sunday 28 August 2011

27 Ramadhan...-Bila Nikmat itu diambil..-

Assalamualikum..w.b.kth....

Kini penghujung Ramadhan sudah tiba di saat2 tearakhir...Adakah amalan kita dah cukup? diterimakah? bagaimana dengan puasa2 kita? Hanya Allah sahaja yang mampu menilai semua itu..kita sebagai hambaNYA hanya mampu berdoa agar amalan kita diterima seikhlasNYA..sangat sedih bila nikmat itu diambil olehnya...begitulah yang akan kita hadapi di akhir Ramadhan ini... Nikmat yang datang hanya sebulan dalam setahun..dan kita x pasti sama ada ianya akan muncul menjengah kembali atau tidak...

Sedikit cerita untuk dijadikan teladan...

Manusia xkan lari dari fitrahnya untuk memiliki sesuatu barang yang berharga dan ingin dhiasi dengan emas, intan dan kilauan permata yang bersinar2..Namun bila nikmat itu ditarik..barulah mereka menyedari yang semunya itu tidak akan kekal buat selama2nya..kerana ianya tidak akan dibawa pulang ke akhirat kelak...

" Qaleesya sangat menyayangi gelang emas pemberian Ibunya..yela..pemberian dari ibu tercinta,sape yang x nak/sayang? jarang2 Qal mendapatkan pemberian yang berharga dari ibunya...oleh itu,gelang itu merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya..walaupun nilainya x seberapa nak dibandingkan dengan sebuah kereta/rumah. Hilangnya gelang itu sangt menyedihkan hatinya..

*26 Ramadhan,bulan yang mulia...segala nikmat yang diperolehi Qal telah hilang sekelip mata..dalam kesibukan membeli-belah untuk menyiapkan persiapan aidilfitri,tanpa disedari gelangnya telah hilang..puas merata tempat Qal mencari,namun hasilnya tidak juga ditemukan....

....Hati Qal sangat sedih...satu-satunya barang berharga yang dimilikinya telah hilang dalam sekelip mata! mungkin sukar untuk diperolehi kembali..Saat itu,hanya Allah yang tahu betapa pilunya hati Qal...dengan perasaan hiba,Qal pulang ke rumah tanpa membeli apa2 pun barang persediaan untuk raya Aidilfitri...

Setibanya dirumah,hati Qal menjadi lebih sayu tatkala melihat wajah ibunya..apatah lagi untuk mengkhabarkan berita tentang kehilangan gelangnya...Dia memeberanikan juga dirinya untuk memeberitahu ibunya....Akhirnya,ibunya dapat memahami masalah itu dan tidak memarahi Qal...Qal b'syukur kerana ibunya tidak memarahinya..namun masih terselit rasa sedih...



Dan bila disedari bahawa nikmat yang Allah kurniakan didunia ini  adalah sementara...dan tidak menjadi hak milik kekal buat selamanya...Qal kembali b'istigfar...mengapa perlu ditangisi sesuatu benda yang x kekal buat selamanya?  Nilai gelang emas itu xkan sama nilainya dengan amal kebaikan kita semua di dunia...dia meredhakan semuanya..baginya ini merupakan dugaan yang harus dihadapi olehnya..setiap orang yang beriman pasti akan diuji olehnya....baginya biarlah nikmat itu diambil..tapi jangan sesekali nikmat bulan ramadhan ini disia2kan dengan tangisan..tanpa dipenuhi dengan amal kebaikan...menangisi sesuatu perkara yang tidak mendatangkan apa2 faedah sangat merugikan...

:: mungkin emas pada mata masyarakat dunia adalah sesuatu yang berharga,,,tapi kita x sedar yang emas itu tidak menjamin kehidupan diakhirat kelak! Emas itukah yang akan membantu kita pada akhirat kelak? Beratkah amalan kita jika emas itu dijadikan sebagai timbangan masa hari perhitungan?

Begitu jugalah Ramadhan ini..Nikmatnya akan ditarik tidak lama lagi..sekiranya peluang yang ada tidak diisi dengan sebaiknya dan dibiarkan berlalu tanpa penuh pengisian mungkin kita xkan dapat bertemunya lagi...


No comments:

Post a Comment