Pages

Tuesday 8 November 2011

" Pengorbanan"

Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum semua..
" SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...."
ikhlas dari kami sekeluarga =)

Ape khabar shbat2? semoga sihat..Jarang2 iza nak update blog skrang nie...bila kat umah,barulah b'kesempatan nak update blog! Entri kali nie ialah berkaitan pengorbanan...bertepatan dengan hari raya aidiladha 1432H....

Nak dijadikan cerita,kita kembali kepada sirah2 terdahulu dimana terlalu banyak pengorbanan yg telah dilakukan...kalu nak cerita memg banyak la....tapi utk ini,iza nak relate dengan pengorbanan zaman sekarang...ERTI pengorbanan itu adalah berani utk menyerahkan diri dalam apa jua keadaan/ujian demi kebaikan utk semua...<just my definasi >...

Citer STANZA kali ini ialah :..jeng2x...jeng2....

Humaira sangat sibuk dengan urusan projek tahun akhirnya...Minggu2 terakhir berada dikampus dihabiskan dengan menyiapkan segala tugasan yang telah diamanahkan sebelum waktu cuti hari raya bakal tiba...Menyiapkan projek tahun akhir bukanlah mudah seperti membuka kulit kacang....habis segala otak harus diperah untuk medapatkan hasil yg terbaik...boleh dikatakan bertungkus-lumus sehabis baik lew minggu tue...

Dalam kesibukan menyiapkan kerja,membeli tiket pulang ke kampung halaman diawal2 waktu sudah menjadi agenda utama Humaira sebagai persediaan rapi untuk pulang  beraya bersama family...yela,selalunya cuti raya nie mesti ramai je orang yang nak balik kampung..

Alhamdulillah,tiket yg dikehendaki sudah pun dibeli...just tinggal menghitung hari je lagi...< 2 minggu awal b4 cuti...kompem x ingat letak mana! >.....

Seminggu...2minggu....Masanya pun tiba...

" Mana hilangnya tiket bus Ira? esok dah nak balik umah..arrrggghh!... " ngomel humaira dengan teman serumahnya....

Asrar " Ko letak dekat mana? cuba refresh semula ingatan tue...istighfar banyak2..selawat keatas junjungan Nabi S.A.W...InsyAllah..6t ingat la tue..."

Humaira " Entah la asrar..Ira pun dah x Ingat letak mana...balik je dari seremban haritu,terus selit kat mana ntah...lagipun x fikir sal tiket tue cuz kita kan sibuk dengan assigment,tahriri 4 hadis,midterm,final year project....manalah sempat ira nak ingat benda yg remeh nie..."

Asrar " ..yela benda remeh,tapi penting cik adik oiii! muda2 lagi dah cepat lupa..6t suami nama apa pun x ingat! hhhahaha..." perli asrar dalam nada berjenaka....

Humaira " yelah tue..my mistake..cepatla tolong ira! Nak balik esok malam dah...risau nie.."

Asrar " ..ok,meh kita cari sama2..."

Setelah puas mencari,akhirnya tiket tidak diketemukan jua...Humaira pasrah...dalam hatinya bermonolog :

" Allah tidak akan menguji seseorang melampaui batas kemampuannya...Setiap perkara yang berlaku ini adalah ujian dariNYA sebagai penguat KEIMANAN..Manusia yang diuji itu tandanya Allah masih cuba memberi peluang padanya untuk kembali mengingati padaNYA...Mengeluh bukanlah ciri2 orang yang beriman..sebaiknya cubalah mencari jalan penyelesaian..muhasabah kembali setiap kesalahan yang kita lakukan sebelum ini kerana mungkin ada kesilap pada pandangan-NYA yang kadang-kadang kita terlepas pandang..."-NhZ-
 
Jalan terakhir yang harus Humaira pilih adalah membeli semula tiket itu. Biarlah wang itu dikorban demi untuk bersama keluarga tercinta!

Bertepatan dengan raya korban,mungkin Allah nak melihat sejauh mana kesanggupan Humaira untuk korbankan wangnya demi membeli sekeping tiket...< tiket naik harga dari RM49 kepada RM55..bayangkan utk pergi dan balik..dah hampir Rm150 > sedangkan RM50 tue dah boleh dijadikan duit belanja untuk setengah 2 minggu...sebab itulah Humaira teragak2 untuk membuat pilihan...




* Betullah kata orang...Ujian itu adalah tarbiah dari Illahi..Allah itu maha Adil & setiap perkara yang berlaku itu adalah ujian dari-NYA semata2 untuk melihat sejauh mana kesabaran & keyakinan seseorang pd IMANnya..Allah x kan cuba menguji kita melampaui batas kemampuan kita...



Pada malam itu juga,Allah telah mempermudahkan urusan Humaira..Dengan berkat kesabaran,pilihan yang diambil & pertolongan dari shbat2..Alhamdulillah,Humaira berjaya mendapatkan kembali tempat duduknya secara percuma...<semua itu berbalik kepada pengaturan Allah..Apabila ia berkata " KUN FA YA KUN " maka jadilah seperti apa yang diharapkan...


"Sebaik-baik pengaturan itu adalah dari Allah...sebaik-baik pilihan itu adalah ketetapan dari Allah...dan sebaik2 tindakan itu jua adalah dari Allah..Yakinlah padaNYA! " 


Akhirnya Ira selamat tiba dikampung halamannya.....hanya sujud syukur yang mampu Humaira panjatkan padaMU ya Rabbi...

-->> itulah sedikit kisah pengorbanan & ujian...walaupun pengorbanan itu tidaklah sehebat mana,namun jika dilihat...dengan sedikit pengorbanan..Allah masih mahu menolong hambanya..inikan pula pengorbanan yang kita lakukan secara besar-besaran...InsyaAllah pasti dipandang mulia disisiNYA...perkara yang harus diutamakan ialah niat seseorang itu..kalu ikhlas hendak melakukan pengorbanan,maka tidak mustahil setiap perkara itu dipermudahkan..yakinlah dengan ALLAH! I Love Allah ...


-NhZ-

1 comment: