Pages

Monday, 30 April 2012

" MIGRAINE" AGAIN...

Assalamualaikum semua...ni update untuk entri bulan April... Semoga semua yang membaca blog nie berada didalam keadaan sihat sejahtera...Alhamdulillah saat iza menulis blog nie, dikurniakan kembali oleh Allah SWT kesihatan yang baik...berbanding semalam...
 
" Migraine "  satu penyakit yang hadir tanpa kita pinta dan duga..boleh jadi dalam keadaan sihat pun penyakit itu akan menyerang andai Allah melafazkan kata "KUN FA YA KUN" kepada si fulan b/bt sifulan..Itulah kuasa Allah yang tidak mampu untuk kita jangkakan...tapi bagi iza, apapun yang berlaku adalah rahmat dariNya yang kita x sedar. Mungkin ianya sebagai peringatan juga untuk iza disaat diri terlalu leka dalam mengerjakan semua urusan dunia yang tak terhenti-henti mengejar untuk disiapkan....kali terakhir iza diserang penyakit ni ialah masa sem 3 dimana mendapat berita yang iza x akan ditempatkan tinggal di kolej kediaman untuk sem yang akan datang...stress sangat masa tue cuz dengan miggu peperiksaan dan masalah nak cari tempat tinggal lagi...=( tapi itu semua berbalik kepada ujian Allah untuk diri kita.... Iza x salahkan takdir, sekurang - kurangnya penyakit itu datang sekejap nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang terpaksa menghadapi penyakit lumpuh,stroke dan sebagainya yang kadang-kadang tak termampu untuk mereka bangun mengerjakan ibadah seharian mereka.....

Migrain adalah salah satu penyakit yang menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala yang teramat sangat...Migraine merupakan satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan..... ada orang anggap migrain nie seperti pening kepala....THAT WRONG!! x sama sebenarnya.. orang yang menghadapi migrain nie lebih  sakit azabnya berbanding dengan orang yang pening kepala. Sampai satu tahap kita akan rasa nak hentuk je kepala dekat mana2 dinding yang boleh menghilangkan rasa kesakitan itu...

FAKTA : Migraine juga ialah sejenis penyakit keturunan. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yg lebih tinggi daripada lelaki.


TANDA-TANDA DISERANG
  • Biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala.
  • Kadang-kadang pesakit melihat sinar cahaya yang amat terang hingga tersa seperti hampir buta.
  • Selalunya gejala (1) dan (2) akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti dengan sakit kepala yang amat sangat. Pesakit akan biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut denyut disebelah atau satu bahagia kepala sahaja.
  • Ini akan diikuti oleh muntah atau cirit-birit.

JENIS-JENIS
  • Migrain tanpa aura
  • Migrain dengan tanda aura
  • Opthalmoplegic migrain
  • Status migrain
PUNCA PENYAKIT  / Faktor Risiko
  • Genetik
  • Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ‘stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
  • Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ‘serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
  • Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
  • Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
  • Tekanan perasaan atau ‘stress’
  • Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
  • Cahaya yang sangat terang
  • Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
  • Letih yang keterlaluan
  • Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
  • Pengambilan pil ‘ contraceptive’
  • Haid
  • Pengambilan pemanis tiruan
  • Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
  • makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
  •  
SIMPTON PADA MIGRAIN

1) Migrain tanpa aura
  • Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
  • Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
  • Berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
  • Denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura
  • Jarang berlaku
  • Pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
  • Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain
  • terlalu jarang berlaku
  • sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
  • mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
  • pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain
  • berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
  • boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
  • migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

5) Bentuk serangan migrain
  • ’severe’: rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
  • ‘local’ : kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
  • ’pallor’: berpeluh-peluh
  • ’sono’ : sensitif terhadap bunyi bising
  • ’photophobea’ : sensitif pada cahaya
  • ’speak’: percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala
 
CONCLUSION: Dah dapat input?? faham dah kan perbezaan migrain n pening kepala...so iza ada beberapa suggestion ntuk korang semua jika menghadapi masalah migrain...
  • Berbekam boleh merawat sakit kepala dan migrain.
  • Makan Panadol banyak-banyak.(incase klinik tutup). Tapi hanya mampu tahan kesakitan jela.
  • Ambil ubat daripada doktor
  • Ambillah masa 5minit utk rehatkan minda dgn meditasi dan berzikir
  • Try elken spirulina.

Saturday, 31 March 2012

" ISTIQAMAH " ITU SUKAR.

Assalamualaikum buat semua sahabt yang berkunjung ke stanza kehidupan ini...terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk follow citer kat blog nie...Maafla cuz nak tunggu iza update belogg ni amatlah jarang2 cuz ntah la...tiap kali nak menulis, ada je benda lain yang nak diutamakan...k,la....untuk isu kali nie ialah " Istiqamah ".....

Istiqamah tahu x maksudnya pe?

Secara dasarnya Istiqamah nie bermksud berdiri teguh diatas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah & pegangan,amalan,pandangan hidup,perjuangan dan sebagainya iaitu tidak berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun tedapat pelbagai godaan & rintangan.

Berpetik daripada Al-Quran ada menyatakan :
 
" Sesungguhnya org yang menegaskan keyakinan dengan berkta: Tuhan kami ialah ALLAH,kemudian mereka tetap teguh (istiqamah) diatas jalan yang betul,akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berduka cita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu"
(surah Fussilat,ayat30)
 
Dah faham sikit? Agak susah kan bagi kita semua untuk memastikan diri sentiasa Istiqamah ntuk melakukan sesuatu perkara..Bukan mudah nak mendidik diri & melawan nafsu dari godaan dan bisikan negetif..Seperti yg kita ketahui, syaitan itu telah berjanji untuk menyesatkan seluruh anak nabi Adam...terutama sekali umat Nabi Muhammad S.A.W..... :(

Wednesday, 7 March 2012

TUJUAN UTAMA !

Assalamualaikum semua...ucapan terima kasih buat mereka yang masih sudi mengikuti blog nie..Dah lama iza x menulis kat blog nie...Ujian-demi ujian datang silih berganti.. Sem baru pun dah bermula... menjadi pelajar diakhir tahun pengajian merupakan suatu cabaran buat kami semua yang bergelar pelajar IPTA...=] tapi xpe, untuk merasai sesuatu kemanisan itu kita perlukan usaha dan pengorbanan yang jitu...btw,iza nak maklumkan buat semua!!

BLOG nie ditulis bukan smata-mata untuk meraih pengikut/follower yg ramai..kalu nk follow juga terpulangla.....kalu x nak pun x paksa..tujuan utama blog nie di hasilkan adalah untuk berkongsi ilmu, pengalaman, pengajaran & pembelajaran tentang apa yg dipelajari/perolehi sepanjang hidup di bumi ini..cerita2 yang berkaitan dengan harian kita...Orang cakap ilmu itu perlu dikongsi..lagi dikongsi lagi banyak yg kita perolehi..Iza x pandai nak mengajar practical...mungkin melalui penulisan inilah salah satu cara untuk menyampaikan ilmu yg dipelajari...Bukan mudah buat kita untuk menyampaikan sesuatu ajaran buat masyarakat disana kerana jika tersilap ilmu yg diberi akan memberi kesan pd pembaca /penerima. itulah tanggungjawab yg paling besar untuk kita hadapi...dan mungkin dengan penulisan yg ditulis didlam blog iza ini mampu melahirkan sedikit/banyak kesedaran buat kita semua..
 
" I wrote base on experience,observation & research! " nak terima,terimalah...tiada yg direka semata2...

K'wassalam...