Pages

Saturday, 12 January 2013

LAST YEAR DI IPTA

Assalamualaikum Stanza Kehidupanku...

Semoga semua pengunjung sihat hendaknya...It's been so long time iza x update blog nie...maaf ye,tahun akhir di IPTA terlalu sibuk sehingga membuatkan kita lupa untuk sesuatu perkara dan jauh dari  sesuatu perkara.....faham?? Faham-faham kan lah...Rindu sangat nk mencoret sesuatu yang bermanfaat untuk kawan-kawan baca,tapi bila buka jer blog terpikir.....kalu post seolah-olah macam free pula masa....padahal banyak kerja lagi yang perlu disettlekan untuk tempoh sem ni.....

Okla, "Last Year!!" Finally, iza dapat juga belajar sampai ke penghujungnya. Tapi x dela sampai hujung lagi cuz belum mampu nak dapatkan scroll sebenar! Perjalanan hidup sebagai pelajar masih tinggal 80% lagi untuk diakhiri...Hah!dalam tempoh 20% tue belum tentu kita dapat melepasi tahap yang kritikal atau tidak! Mendekatkan diri pada Allah adalah suatu cara yang terbaik..tapi malangnya...kesibukan yang dialami kadang-kadang membuatkan kita semakin jauh dariNYA...
 

Bila difikirkan,iza dapat rasakan betullah apa orang kata:

"Dalam kita sibuk mengejar akan kerja dunia yang berlambakan...x mustahil kita menjadi semakin jauh dariNYA (Allah, Rasul, Family, Sahabat & mereka-mereka yang disayangi)...."

Kesibukan didunia bisa mengaburi hati kita menjadi semakin jauh dan meronta-ronta apabila kesabaran sentiasa diuji....itulah yg dapat iza audit sepanjang menjadi pelajar tahun akhir...Kadang-kadang kita leka..tapi kita x sedar atau sedar...cuma untuk melakukannya kembali dalam melaksanakan ibadah malam bersamaNYA....kembali berbual & merintih bersamaNYA dimalam dinihari....dan kembali untuk belajar mengasihiNYA sepenuh hati...It's IMPOSSIBLE!

who say??? Sebenarnya"NOTHING IS IMPOSSIBLE!!"....Tinggal nak x nak je untuk kita lakukannya...Sebenarnya, kita kena audit semula diri...kenapa kita jadi begitu? kelalaian...kesibukan....semuanya duniawi semata-mata. Uruskan masa sebaik mungkin..itu mungkin faktor yang baik untuk kita...OK
 
P/s: Hati ini x  cukup kuat untuk menghadapi penghujung cerita di ipta yang semakin hambar...Semoga Allah sentiasa bersama iza untuk setiap kesabaran dan ujian yg dihadapi =] Amin.

Saturday, 20 October 2012

KAWAN SEJATI SUKAR DITEMUI

Bismillahirrahmanirrahim.......

Assalamualaikum....salam sejahtera buat semua pengunjung stanza kehidupan...maafla,sekarang ni iza dah jarang nak boleh update entri kat sini....Rasanya semakin hari,semakin banyak kerja yang perlu disiapkan....walaupun pada hakikatnya kerja itu adalah berkumpulan,namun seumpama membuat kerja secara individu...(lets left that behind 4 awhile)...Insyallah.malam ni tergerak hati untuk mencoretkan sesuatu yang iza rasa patut dicoretkan buat pengajaran kita semua....ambillah mana yang baik dan tinggalkanlah mana yang rasa buruk dalam penulisan kali ini.....

KAWAN sejati??? Iza pun dah x faham dan agak sukar untuk kita betul-betul temukan kawan sejati itu...kalu dulu kita selalu bersama,tapi sekarang dah x macam dulu? adakah itu yang dinamakan kawan sejati? Orang cakap, susah dan senang sama-sama dikongsi...tapi rata-rata kawan yang dijumpai kebanyakkannya sangat berbeza....Bila susah sama-sama hadapi...bila dah senang dan bahagia dengan orang lain, mulalah kawan itu ditinggalkan....bak kata pepatah "Habis MADU,sepah DIBUANG" Bila dah terlalu lama berkawan dan "JEMU" melayan kerenah kita, mungkin itulah faktor kita disishkan dan dilupakan....itulah realiti kehidupan.....Teringat sangat-sangat pepatah yang ustaz cakap..."Jangan menyayangi seseorang berlebihan kerana boleh jadi dari sayang itu bertukar menjadi benci!!" yup, pepatah ni kadang-kadang boleh jadi realiti dalam kehidupan yang kita lalui....orang yang kita anggap sahabat yang terbaik, x mustahil akan berubah menjadi seseorang yang mampu menyakitkkan hati kita...MANUSIA semakin berubah...tidak semua akan kekal dengan tabiat yang sama..itulah hukum alam...yang Allah ciptakan mengikut peraturanNYA....

Iza petik sedikit cerita dari kisah seorang teman iza untuk dikongsi bersama...

Dulu Amera dan Ika merupakan kawan sejati...Kemana ada Amera disitulah ada Ika....Mereka merupakan pelajar sekolah menengah*** Di awal kemasukan ke sekolah, mereka telah ditakdirkan untuk bersahabat bersama....Ukhuwah yang terbina itu sangat bahagia dan mewarnai kehidupan mereka dengan penuh keceriaan...Segala susah dan senang dikongsi bersama....

Setiap hujung minggu,mereka akan outing bersama-sama.....untungla sebab masing-masing mempunyai minat yang sama iaitu suka melancong.....kalu nak pergi kemana-mana pun tidak kisahlah asalkan kedua-duanya suka...itu dulu, tapi sekarang.....Amera dah x dapat merasai lagi saat-saat macam itu....bila mana ukhuwah yang terjalin itu mula menjadi goyah di tahun terakhir pengajian mereka di sekolah itu......Ika dah berubah...Dia dah tak seperti ika yang Amera kenali dahulu......mungkin disebabkan faktor perpindahan Ika yang telah berpindah ke kelas yang baru....Sejak bertukar ke kelas 5 Bijak, hubungan Ika dan Amera dah menjadi semakin renggang....Ika dah dapat teman yang baru...teman yang mungkin lebih baik dari Amera..teman yang tidak banyak kerenah..teman yang tidak menyusahkan Ika...teman yang lebih memahami Ika...Selain itu,sejak berkenalan dengan Akmal, Amera juga dapat melihat sedikit perubahan yang ada dalam diri Ika....itulah kehidupan..manusia akan berubah dari semasa ke semasa...kita tidak boleh mengharapkan yang orang itu akan sentiasa bersama kita setiap masa......

Kalu dulu Amera selalu outing bersama Ika, tapi sekarang Amera terpaksa outing keseorangan kerana tiada teman untuk menemaninya...nak ajak Ika,takut menggangu pula masanya....lagipun Ika pun dah ada kawan baru...nak ke mana pun mesti utamakan kawan barunya itu....mana mungkin nak ajak Amera....teman lamanya yang menyusahkan....Nak x nak, Amera harus hadapi semua ini....walaupun kadang-kadang jiwanya selalu merintih menangis menahan kesedihan yang tak mampu untuk disorokkan..Hanya Allah jualah tempat mengadu...nak cerita dan berkongsi pada Ika pun dah x boleh...mungkin ini ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana Amera kuat untuk menghadapi masalah dan sabar untuk menghadapi ujiannya.... Amera harus kuat....!!

Namun begitu kekuatan dan kesabaran Amera sedikit goyah bila mana sahabat baru Ika itu merupakan teman karibnya semasa di sekolah rendah dahulu....Amera redha...dia tidak boleh menyalahkan teman nya Ika mahupun teman sekolah rendahnya itu kerana mungkin  ini adalah pengaturan dari Allah....Dalam hal ini, Amera pasti tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan....Amera pernah terfikir untuk cuba bersatu berkawan dengan Ika & Sue (teman lamanya).....tetapi hasilnya masih tidak menjadi.....bila bertiga pasti akan wujud masalah dalaman....betullah orang cakap,kalu kawan bertiga..pasti ada seorang yang akan ditinggalkan...dan untuk itu, Amera rasa dialah yang selayaknya utk ditinggalkan kerana dia tidak sempurna untuk berkawan bersama mereka.........

Biarpun betapa sedih dan hibanya menahan kesedihan..tapi itulah jalan yang terbaik....dan itulah pengorbanan dari Amera buat sahabatnya....Walaupun Ika dan Amera tidak seperti dalu,Amera tetap berharap agar Allah sentiasa melindungi sahabatnya itu walau dimana dia berada dan dengan sesiapapun dia berkawan....Biarlah Amera kesedihan & keseorang kerana dia yakin, Allah jualah teman yang terbaik dan tempat untuk Amera mengadu....Life must go on......Semoga Ika berjaya didunia & akhirat......END.





Friday, 14 September 2012

29 OGOS 2012 (DEACTIVE ACCOUNT FB)

Assalamualaikum buat pengunjung-pengunjung stanza kehidupan...
Hai? kai fa hal? Alhamdulillah,ana bil khair...wa antum??
Okla,entri kali ni nak update citer sikit sal iza dah deactive account FB..
FUh! Ramai tertanya-tanya nape tiba2 nak deactive?? ada masalah apa-apa ke? 



Ni FB lama punya....boleh je nk aktif kembali...
 
Frust tertonggeng? menonggeng? menggelabah...blaaa..blaa..aa..
 
Actually,x de pape pun..memang dah niat bila account tue jadi timeline, ingat nak create yang baru...dan akhirnya tarikh 29.8.2012 secara rasminya jadi timeline, so terpaksa la deactive walaupun rasa sayang juga nak tinggal..tapi iza dah nekad...tetap akan deactive juga account nie for a while cuz rasa nak mulakan hidup yang lebih baik...kenapa??

Iza rasa nak lari dari semua kawan-kawan lelaki yang ada cuz kadang-kadang rasa menggangu....iza nak fokus pada masa hadapan dulu..perkara lain tolak-tepi...haha, itu tak bermaksud ada sebarang spekulasi apa-apa...just feel annoying!/// Bagi iza,untuk sementara waktu nie, biarla benda-benda tue semua tolak tepi cuz hidup lebih tenang dan aman.. X kan ada dah perasaan-perasaan yang boleh menggangu konstrensasi pembelajaran.... ada ka? (ntah la..) Lagipun nak kata lelaki ni bukan senang kita nak percaya diorang 100%...... Baik kata,indah rupa,santun budi perketi itu belum tentu akhir nanti itulah yang akan kita lihat bila dah bersama...Tapi x bermaksud iza benci semua kaum adam..just untuk seketika nie je rasa x perlu lagi kot... =] 

Smoga ALLAH sentiasa menjaga HATI ini untuk yang selayaknya...Amin.




wallahu'alam