Pages

Friday, 14 September 2012

29 OGOS 2012 (DEACTIVE ACCOUNT FB)

Assalamualaikum buat pengunjung-pengunjung stanza kehidupan...
Hai? kai fa hal? Alhamdulillah,ana bil khair...wa antum??
Okla,entri kali ni nak update citer sikit sal iza dah deactive account FB..
FUh! Ramai tertanya-tanya nape tiba2 nak deactive?? ada masalah apa-apa ke? 



Ni FB lama punya....boleh je nk aktif kembali...
 
Frust tertonggeng? menonggeng? menggelabah...blaaa..blaa..aa..
 
Actually,x de pape pun..memang dah niat bila account tue jadi timeline, ingat nak create yang baru...dan akhirnya tarikh 29.8.2012 secara rasminya jadi timeline, so terpaksa la deactive walaupun rasa sayang juga nak tinggal..tapi iza dah nekad...tetap akan deactive juga account nie for a while cuz rasa nak mulakan hidup yang lebih baik...kenapa??

Iza rasa nak lari dari semua kawan-kawan lelaki yang ada cuz kadang-kadang rasa menggangu....iza nak fokus pada masa hadapan dulu..perkara lain tolak-tepi...haha, itu tak bermaksud ada sebarang spekulasi apa-apa...just feel annoying!/// Bagi iza,untuk sementara waktu nie, biarla benda-benda tue semua tolak tepi cuz hidup lebih tenang dan aman.. X kan ada dah perasaan-perasaan yang boleh menggangu konstrensasi pembelajaran.... ada ka? (ntah la..) Lagipun nak kata lelaki ni bukan senang kita nak percaya diorang 100%...... Baik kata,indah rupa,santun budi perketi itu belum tentu akhir nanti itulah yang akan kita lihat bila dah bersama...Tapi x bermaksud iza benci semua kaum adam..just untuk seketika nie je rasa x perlu lagi kot... =] 

Smoga ALLAH sentiasa menjaga HATI ini untuk yang selayaknya...Amin.




wallahu'alam

Wednesday, 5 September 2012

" HATI "

Assalamualaikum buat pengunjung gelap ataupun yang dalam cerah...Iza cuba juga luangkan masa untuk tulis sesuatu yang bermanfaat buat semua.Walaupun sekarang nie boleh dikatakan sibuk yang teramat dengan tugas-tugasan asgment yg banyak...namun semuanya harus dilaksanakan dengan sabar & jayanya....OK la, pagi-pagi tahajjud nie tiba-tiba dikurniakan ilham untuk tulis sesuatu yang berkaitan "hati"..........

"HATI" aset utama bagi setiap manusia. Hati juga kan melambangkan seseorang sama ada baik- buruknya peribadi mereka..."HATI" kalu dikotori dan x dijaga sangatlah parah.....
 
** HATI...hati.....Hati..HARUS kita " berhati-hati...."

Boleh dikataakn semunya berpunca daripada hati...!!

Pernah x korang bermasalah dengan hati? x yah jawab..dah tahu dah jawapannya... tipulah kalu sape-sape tak de masalah dengan hatinya...melainkan Nabi Muhammad S.A.W kerana baginda adalah maksum... Macam-macam kan penyakit hati nie... Bukan mudah untuk kita kawal hati kita, tapi sekurang-kurangnya kita harus cuba untuk sedikit -demi sedikit menjaganya....

Antara penyakit2 hati yang selalunya dapat dilihat dalam kehidupan kita ialah :

  • IRI HATI
    Iri hati iza letak paling top cuz penyakit ini sangat merbahaya jika dilihat dalam kehidupan kita. Hati akan jadi lebih sakit bila iri hati terhadap sesuatu perkara.Iri hati disini bermaksud perasaan cemburu akan kelebihan seseorang sama ada dari segi fizikal & mental. Jika wujud walau sekelumit pn perasaan ini,effectnya sangat mendalam. Perasaan inilah yang boleh menyebabkan terputusnya hubungan silaturrahim antara satu sama lain.Sebagai contoh,nak di kaitkan dengan kehidupan kita adalah si Fulan A sangat cemburu dengan kecantikan & kebijaksanaan si fulan B..sampai satu tahap,boleh meneybabkan masing-masing tidak pernah rasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah...Perlukah kita iri hati,sedangkan yang menciptakannya adalah Allah yang satu. Yang kita x sedar ada hikmah yang terselindung disebalik setiap ciptaanya...Ketahuilah,setiap orang yang Allah ciptakan mempunyai keunikan masing-masing. Usahlah iri hati antara satu sama lain...=]

  •  
  • JATUH HATI
    "Jatuh cinta lagi,lagi-lagi ku jatuh cinta" terngiang-ngiang lagu-lagu cinta yang berkumandang di corong-corong radio/mp4 n etc...Okla,penyakit kedua pula adalah jatuh hati! Hati boleh jatuh ke? Macam mana?? dia kan terlindung sebagai organ dalam badan...<itu soalan harus ditanya oleh kanak-kanak> tapi macam org dewaa/remaja akan lebih fahami..Jatuh hati nie..sangat susah untuk diobati..haha..yeke?betul..seyes..bukan berpengalaman..tapi bila tengok kawan2 n adik-adik yang tengah angau tahap gaban tue,baru tahu yg jatuh hati ni sangat parah!. Be aware....Memangla org cakap kalu jatuh hati nie best.....Manis..tapi bila sekali putus...baru terasa nak frust tertonggeng...menonggeng...huhu...Tapi dalam hal ni, iza rasa baik jatuh hati pada yg selayaknya... pada seorang insan yang akan sah bergelar suami/isteri....itulah yang terbaik...Tapi kalu dah terjatuh hati nak buat cmna >> << errrkk! ada pula, x susah pun kalu kita cubah cegah dari awal2.."berlarilah"sejauh mungkin jika mampu..sekurang-kurangnya kita mampu untuk mengawal dan menjaga hati kita dari dilukai... "janji ALLAH itu pasti....janji bersama sidia juga adalah pasti...Amin"

  • SAKIT HATI
  • Seterusnya sakit Hati!...adeh,sakit hati betul tengok status2 dia tue. ade je yang nak buat org rasa sakit hati dengan dia...HA!penyakit ketiga ni pun kena kawal..sakit hati nie bila-bila masa pun boleh berlaku...Memang sakit giler la hati kita waktu nie...rasa macam membuak-buak nak makan orang...yela,orang je yang ada hati dan berperasaan...kalu makan hati binatang x sama rasanya dengan makan hati orang...errrr..ape ntah perkaitannya.. actually,sebenarnya iza nak create yang sakit hati ni pun kadang-kadang merbahaya juga cuz ianya boleh merosakkan segala perhubungan dan gerak kerja kita. Sebagai contoh, kalu seseorang tu sakit hati bila tengok tunangnya asyik berkomen FB dengan org lain, kadang boleh menyebabkan tarikh perkahwinan terpaksa dibatalkan.. Kerana sakit hati juga, dari sahabat boleh bertukar menjadi musush...
     
Sampai point nie dulu ye..sebenarnya banyak lagi point-point yang ingin iza huraikan untuk semua,tapi mood rase nak tulis sampai situ dulu..mungkin nanti ada masa free akan di update lagi..
k' jumpa lagi di entri seterusnya.....

    Saturday, 2 June 2012

    "AWAK" DAH BESAR.....

    Assalamualaikum diucapkan buat semua pengunjung stanza kehidupan...Alhamdulillah bersyukur iza kehadrat Illahi kerana dengan izin & limpah kurnianya kita masih dapat bernafas dimuka bumi ini...di alam kehidupan yang penuh dengan liku-liku dan cabaran..yang sampai seketika waktu kita alpa akan tujuan utama kita hidup dimuka bumi ini. Saat ini,iza bersyukur kepadaNYA kerana berjaya mengharungi Sem6 yang penuh dengan cabaran, dugaan & memerlukan semangat, ketabahan yang kental untuk menghadapinya....Nak dipendekkan citer,semuanya dah settle...tinggal menghadapi final exam je..=]..Ok la, untuk entri kali nie rase nak coret tentang sesuatu yang mungkin sedikit sebanyak memberi kesedaran pada semua... iza rasa penulisan kali ini tiada kaitan dengan diri sendiri / sesiapa.... dan setiap penulisan yang dihasilkan adalah ilham yang diberi oleh Allah untuk iza coretkan....


    " AWAK "dah besar............

    " AWAK" dah boleh berdikari.........

    "AWAK" dah boleh bezakan mana yang baik & buruk.............

    AWAK...AWAK... & awak.......................

    Tentu kita tidak pernah terfikir yang semakin lama, semakin bertambah usia kita dan tanpa kita sedari dari alam kanak-kanak dah berubah/menempuhi pelbagai jenis alam kehidupan..baik dari alam rahim, alam kanak-kanak, alam remaja, alam dewasa, alam kerjaya, alam perkahwinan,...dan yang pastinya alam Barzakh kelak..Setiap alam yang kita tempuhi sememangnya punyai cerita yang tersendiri....dan sekarang....iza cuba nak high lightkan alam dewasa!

    Alam dewasa adalah suatu tempoh untuk kita berfikir dengan lebih matang & mula merancang dengan sebaik-baiknya arah tujuan kita nanti...dan alam ini lah yang memandu/menentukan sama ada kita telah berjaya atau tidak baik disisi Allah mahupun masyarakat...okla, cukuplah untuk intro..rasa nak terus kepada point utama.. Jika dilihat pada masa sekarang sangat susah untuk kita mendidik  apatah lagi menegur golongan di alam dewasa ini...

    Sebagai contoh,iza titipkan beberapa cerita untuk dijadikan teladan buat semua..

    1) " AWAK" dah besar...boleh bezakan yang mana baik & buruk...

    Yup, AWAK dah semakin besar....dan sudah pun boleh  digelar sebagai seorang graduan yang memiliki segulung ijazah....dan awak juga tahu bezakan mana yang baik & buruk....Awak dah besar, tidak perlulah untuk ibu mengingatkan awak untuk melakukan setiap perkara yang perlu dilaksanakan terutamanya sebagai umat nabi Muhammad S.A.W.... ikutlah tuntutan syariat Islam... Awak dah besar...Awak tahu nak bezakan pakaian mana yang baik & memenuhi etika menutup aurat....Awak dah x perlukan ingatan dari ibu untuk setiap hari menegur cara pemakaian awak....perlukah ibu mengingatkan awak itu semua? sedangkan awak adalah golongan yang berpelajaran tinggi...perlukah ibu menegur setiap pakaian yang awak ragakan pada setiap hari? sedangkan awak sudah pun lebih mengetahui pakaian yang mengikut syariat....dan haruskah ibu meneruskan teguran itu? yang kadang-kadang Awak hanya mendengar tetapi tidak pernah mengikuti??? Ibu rasa awak bijak membuat pilihan untuk menentukan apa jalan yang akan awak pilih....tiada guna jika segala nasihat yang ibu berikan hanya masuk di sebelah telinga kanan & keluar semula di telinga kiri...

    Awak, pakailah stokin....walau sejauh mana pun jarak yang cuba awak langkahkan.....kerana ibu tahu,kakimu itu akan lebih bersih bila ia dilitupi.....

    Awak, janganlah sinting lengan baju tue tinggi-tinggi kerana, ibu tahu setiap lukisan yang terconteng di lengan awak itu x perlu di tunjukkan buat tatapan kaum adam...dan

    Awak....kenakanlah pakaian yang tidak terlalu menampakkan susuk tubuhmu...serta melitupi dadamu...kerana ibu yakin,dengan berpakaian seperti itu,awak mampu menjaga diri & tidak berasa takabbur dengan setiap keindahan yang Allah kurniakan pada Awak...

    Awak...awak dah besar..dah boleh tentukan mana pilihan awak...
    Tak perlulah setiap saat ibu harus menegur setiap tingkah laku & cara pemakaian awak....


    2) "AWAK" dah besar....x payah la nak touching lebih-lebih...

    Awak...alam dewasa kita inilah yang bnyak dipengaruhi oleh berbagai-bagai masalah dalaman baik hati, perasaan & mental... di alam inilah kita akan menghadapi pelbagai jenis persaan baik suka, duka , gelisah , sengsara & etc.... Awak, hadapilah masalah ini dengan berfikiran yang lebih matang & terbuka...

    Lumrah sebagai manusia, semasa bersahabat itulah mereka sentiasa diuji dengan berbagai rasa. Baik dari rasa kasih-sayang sesama insan, rasa benci antara satu-sama lain, rasa simpati atas kekurangan insan lain & rasa  dikhianati oleh insan yang dirindui & disanjungi...yang pastinya sangat sedih bila rasa dipermainkan oleh orang-orang disekeliling....

    Awak..jangalah menyayangi seseorang itu berlebihan kerana boleh jadi awak akan meratapi kesedihan yang amat mendalam bila diri tidak dihiraukan...

    Awak, tak payah la nak terasa hati dengan apa yang dilakukan oleh sahabat awak itu kerana awak dah dewasa...awak dah boleh fikirkan sesuatu yang lebih utama..biarkanlah dia dengan cara & kawan barunya...

    Jadikan kenangan manis awak bersamanya itu sentiasa terpahat dihati...tak perlu untuk awak terasa hati / tangisi..kerana Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk awak nanti...dan Allah juga tahu yang awak masih tetap menyayanginya walaupun semua itu tidak dapat dilihat...

    mungkin awak tidak dapat bersamanya seperti dahulu ,tapi Allah tahu awak sentiasa mendoakan setiap kebaikan padanya..................
     
    Awak, biarlah diri dipermainkan untuk seketika...usahlah nak meratapinya..kerana mungkin Allah nak beri peluang pada Awak untuk bijak membezakan antara kaca & permata...Awak, lelaki itu susah untuk kita ramalkan setiap perbuatan mereka..boleh jadi mereka jujur & boleh jadi mereka cuba mempermainkan perasaan awak....tapi Awak dah dewasa...awak boleh tahu siapa yang cuba mempermainkan siapa...dan awak boleh tahu siapa yang jujur dan tidak... awak harus mengambil pengajaran darinya...bukan bersedih dengan setiap sesuatu perkara yang dilakukannya...doakan yang terbaik untuk di masa hadapan nanti...

    Awak....dia punya kelebihan tersendiri..usahlah awak cemburu atau dengki dengan setiap kelebihan yang dimilikinya... Awak sebenarnya akan lebih cantik di mata Allah jika cuba menghiasi diri dengan akhlak yang mulia & mengikuti setiap suruhannya...
    Awak..biarlah apapun yang awak rasa saat ini, dan biarlah kesedihan itu berlalu dengan sendirinya... Awak tidak keseorangan...Awak masih ada Allah...Awak masih ada keluarga yang sangat menyayangi.....


    AWAK, saya menulis kerana menyayangi awak sebagai seorang teman, sahabat, kekasih, sekeluarga...saya tidak mahu hati kita dicalari dengan sifat-sifat yang tidak sepatutnya
    dan saya juga tidak mahu alam dewasa kita hanyut begitu sahaja dibuai oleh situasi ini
    saya tahu,awak dah besar & boleh membuat pilihan yang BAIK.

    Wallahu'alam.