Pages

Monday 28 October 2013

DAH LAMA ALLAH PILIH,CUMA DIRI BELUM SEDAR!

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum buat yang sudi membaca coretan disini. Mana yang baik jadikan teladan....Mana yang buruk buang jauh-jauh dan jangan ikot.... Hah, untuk penulisan kali ni rasa kongsi perjalanan hidup yang iza alami sendiri bila mana kita sebagai manusia susah nak sedar yang Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita...tapi kita selalu menzalimi diri sendiri! Astagfirullah hal azim...

"Yup! Manusia mudah lalai. Dan tidak bijak menggunakan akal fikiran yang Allah kurniakan dengan sebaiknya......" Sepanjang hidup ini kita tak pernah nak melihat dengan mata hati atas setiap hikmah yang Allah kurniakan...Jujur, Allah telah pilih yang terbaik...! Sangat baik, tapi manusia jarang menyedari....Ya Allah, munafiq kah aku sebelum ini???  Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua...Allah itu maha pengampun,jadi jangan jemu untuk memohon keampunan padanya! Bangkitlah bangun malam untuk memohon keampunan dariNYA....In shaa Allah,dia dekat dan maha mendengar...semoga terampuan dosa-dosa ku ya Allah....

Kenapa iza kata Allah dah pilih yang terbaik?? Cuba kita renung sejenak....Dari sekolah menengah Allah dah tetapkan untuk kita masuk belajar di SMKA (agama...) tapi kita tak sedar yang DIA kurniakan kita jalan pilihan yang benar....dan untuk kesekian kalinya kita tetap lalai dengan pilihan yang Allah berikan....Hati kita kuat memberontak dengan ketetapan yang Allah kurniakan...Syaitan pula berkobar-kobar menghasut kita dan menyatakan " buat apa engkau masuk sekolah agama? sedangkan kawan-kawan lama engkau masuk sek men biasa? lagi bersosial dan lagi bebas...." Mereka boleh pakai legging,free hair, berikhtilat tanpa batasan .....Engkau???...Berbungkus hala-bagai, pakai stoking setiap masa nak keluar, bertudung labuh dalam sekolah...x boleh nak berkawan dengan lelaki...x rasa terkongkong ker ??? (tapi kita tak sedar Allah dah pilih kita untuk memulakan tarbiyah dengan baik.......) DIA beri kita pilihan pertama untuk mendidik jiwa menjadi hambanya yang solehah! Bukan semua orang dipilih Allah...hanya mereka yang terpilih sahaja....TAPI....(maafkan kekhilafanku ya Rabbi...)

** Untuk seterusnya, kita tetap juga nak disobey dengan petunjuk yang Allah berikan....kita lalai dalam mengenal serta menyedari apa yang cuba ingin DIA nyatakan....untuk itu, Allah berikan pilihan kali kedua pula dengan meletakkan kita disebuah IPTA...(agama...) yang mana disitu kita didik lagi dengan ilmu agamanya...belajar mengenali ilmu dunia & juga akhirat.....Namun sedihnya kita masih belum menyedari akan hikmah yang Allah cuba sampaikan...mungkin kerana tiada keberkatan ataupun keikhlasan niat itu tidak diperbetulkan dengan lebih baik...Kita tetap juga lalai dengan keseronokan & kesibukan didunia....tapi pilihan kali kedua ini, sekurang-kurangnya Allah titipkan buat kita sebagai peringatan pertama darinya....(maksudnya Allah masih nak menjaga kita lagi......) Nikmat tuhan yang manakah hendak kita dustakan?? Ya Allah,baik sungguh engkau pada makhluk ciptaanMU....Disamping itu, Allah cuba titipkan hati ini untuk meminati seorang artis dari zaman sekolah lagi...iaitu HH...untuk apa? sebenarnya Allah nak kita belajar cara perubahan/penghijrahan yang dilakukan oleh artis tersebut supaya kita pun boleh jadi macam dia....Ya Allah, baiknya engkau padaku.....dia lagila popular, tapi mampu meninggalkan semua itu dan berubah kearah yang lebih baik....Aku pula? manusia biasa jer...takkan tak boleh nak berubah??? so nak tunggu apa lagi......Move onnn!....Harapnya aku istiqamah hingga ke akhir ya Allah...amin....

Dan kali terakhir, Allah pilih aku lagi untuk mengikuti Kitab & Sunnahnya....dan untuk kali ini Dia titipkan peringatan yang sangat terkesan....Ya Allah, engkau ampunilah dosa-dosa kami ya Allah...Lalainya kami dalam memahami isi Al-Quranmu....Lalainya kami sebelum ini dalam melaksanakan syariatmu.....Lalai...lalai...dan lalai....Semoga dengan pilihan yang engkau berikan ini,hati aku sedikit-demi sedikit berusaha untuk belajar "MENCINTAIMU terlebih dahulu dengan sebenar-benarnya YA RABBI...." Doakan kita semua istiqamah untuk mencintainNYA dengan BENAR!! (amin.)



-end-

No comments:

Post a Comment