Pages

Sunday, 28 August 2011

27 Ramadhan...-Bila Nikmat itu diambil..-

Assalamualikum..w.b.kth....

Kini penghujung Ramadhan sudah tiba di saat2 tearakhir...Adakah amalan kita dah cukup? diterimakah? bagaimana dengan puasa2 kita? Hanya Allah sahaja yang mampu menilai semua itu..kita sebagai hambaNYA hanya mampu berdoa agar amalan kita diterima seikhlasNYA..sangat sedih bila nikmat itu diambil olehnya...begitulah yang akan kita hadapi di akhir Ramadhan ini... Nikmat yang datang hanya sebulan dalam setahun..dan kita x pasti sama ada ianya akan muncul menjengah kembali atau tidak...

Sedikit cerita untuk dijadikan teladan...

Manusia xkan lari dari fitrahnya untuk memiliki sesuatu barang yang berharga dan ingin dhiasi dengan emas, intan dan kilauan permata yang bersinar2..Namun bila nikmat itu ditarik..barulah mereka menyedari yang semunya itu tidak akan kekal buat selama2nya..kerana ianya tidak akan dibawa pulang ke akhirat kelak...

" Qaleesya sangat menyayangi gelang emas pemberian Ibunya..yela..pemberian dari ibu tercinta,sape yang x nak/sayang? jarang2 Qal mendapatkan pemberian yang berharga dari ibunya...oleh itu,gelang itu merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya..walaupun nilainya x seberapa nak dibandingkan dengan sebuah kereta/rumah. Hilangnya gelang itu sangt menyedihkan hatinya..

*26 Ramadhan,bulan yang mulia...segala nikmat yang diperolehi Qal telah hilang sekelip mata..dalam kesibukan membeli-belah untuk menyiapkan persiapan aidilfitri,tanpa disedari gelangnya telah hilang..puas merata tempat Qal mencari,namun hasilnya tidak juga ditemukan....

....Hati Qal sangat sedih...satu-satunya barang berharga yang dimilikinya telah hilang dalam sekelip mata! mungkin sukar untuk diperolehi kembali..Saat itu,hanya Allah yang tahu betapa pilunya hati Qal...dengan perasaan hiba,Qal pulang ke rumah tanpa membeli apa2 pun barang persediaan untuk raya Aidilfitri...

Setibanya dirumah,hati Qal menjadi lebih sayu tatkala melihat wajah ibunya..apatah lagi untuk mengkhabarkan berita tentang kehilangan gelangnya...Dia memeberanikan juga dirinya untuk memeberitahu ibunya....Akhirnya,ibunya dapat memahami masalah itu dan tidak memarahi Qal...Qal b'syukur kerana ibunya tidak memarahinya..namun masih terselit rasa sedih...



Dan bila disedari bahawa nikmat yang Allah kurniakan didunia ini  adalah sementara...dan tidak menjadi hak milik kekal buat selamanya...Qal kembali b'istigfar...mengapa perlu ditangisi sesuatu benda yang x kekal buat selamanya?  Nilai gelang emas itu xkan sama nilainya dengan amal kebaikan kita semua di dunia...dia meredhakan semuanya..baginya ini merupakan dugaan yang harus dihadapi olehnya..setiap orang yang beriman pasti akan diuji olehnya....baginya biarlah nikmat itu diambil..tapi jangan sesekali nikmat bulan ramadhan ini disia2kan dengan tangisan..tanpa dipenuhi dengan amal kebaikan...menangisi sesuatu perkara yang tidak mendatangkan apa2 faedah sangat merugikan...

:: mungkin emas pada mata masyarakat dunia adalah sesuatu yang berharga,,,tapi kita x sedar yang emas itu tidak menjamin kehidupan diakhirat kelak! Emas itukah yang akan membantu kita pada akhirat kelak? Beratkah amalan kita jika emas itu dijadikan sebagai timbangan masa hari perhitungan?

Begitu jugalah Ramadhan ini..Nikmatnya akan ditarik tidak lama lagi..sekiranya peluang yang ada tidak diisi dengan sebaiknya dan dibiarkan berlalu tanpa penuh pengisian mungkin kita xkan dapat bertemunya lagi...


26 Ramadhan...

Bismillahirrahmanirrahim.....

Almost 1 week x update blog..Mungkin sebab terlalu sibuk mengerjakan urusan yang perlu dikerjakan... Alhamdulillah..hariney merupakan hari2 terakhir menghabiskan waktu bekerja sebagai 'Wayering Girl'..Lepas nie mesti rindu...BTW nickname tue akan iza ingat smpai bila2..yela..banyak betul pengalaman bekerja disitu...Dari 0 dan x tahu ape2,hasilnya...skung dah berani nak pasang wayar2 elektrik..tahu gak la serba sedikit..x advance mcm org lain..stakat boleh pasang lampu sampai ke pluq udah le..Betullah yang ilmu nie makin digali makin banyak kelebihannya...Apapun iza pasti merindukan mereka....


Uncle David , Steven/Han , Uncle Ah Heang , ViVian & Adek
<ramai lagi pekerja yg x sempat nak snap pic dioarg...kapten,azrul,rizal,apitz,p.awang,azri n k.tiqah>


Adik n Vivian...antara bunga2 yg ada :)



ni kembar saye! ntah la org yg kata...tapi x sama pun rasanya..:P




<<< JOM KENAL BARANG2 ELEKTRIK SIKIT >>>




Yang nie LAMP HOLDER..dia ada 3 jenis kaki..1-pusing 2-2 kaki,just cucuk skit jela..Benda2 nie penting gak untuk nak nyalakan mentol...Nak beli mentol kena la tengok jenis kaki dia dulu..MAKE SURE SESUAI  dan SAMA....


3-Kaki empat segi...


::: Mentol kat atas nie untuk kegunaan betri je..nak kenal dia ada tulis 12V.. hati2 masa beli..jangan tersilap sudah..6t x pasal2 meletup lampu!


Niela mentol kaki pusing...<grip> senang jew nak pasang.. :)



Kat bawah nie BOOSTER..kebanyakkan orang pasang dekat area TV < luar punya >



yang nie pula namanya BASE/Tapak Suis...


Benda nie la yang akan di cantum bersama base kat atas....maka terhasillah suis yang lengkap..



Yang nie namanya PLUQ TOP..a.k.a pluq la..semua orang dah famous kan..tapi kalu nak pasang kompem pening?? yela,,ada colour tertentu untuk setiap bahagian... perkara yang perlu iza study masa 1st masuk kedai benda nie la..silap pasang wayar boleh meletup! koko-L,Hijau-E & Biru-N...



yang nie pula BALLAST..benda yang dipasang dalam sarang lampu syiling tue..Kalu lampu umah x menyala tue maknanya rosak benda nie or kena tukat Starter baru..benda 1st yang iza kenal dkat situ!


Niela STARTER lampu...yang korang selalu pulas kalu lampu jadi kelip2/Rosak!



yang bawah  nie HDMI cable..Kebanyakkan org yg pakai Tv <LCD><LED><PLASMA> banyak guna benda nie untuk make sure pic yang keluar 6t real n resolution Tv pun ok..macam kat umah guna gak lak benda nie..kalu sbelum nie msti kita x tahu kan..dia nie merangkap pembantu area TV juga lak..kalu astro dah clear..guna benda nie lagi clear :)


yang nie MINIATURE CIRCUIT BREAKER..benda yang diguna dekat suis utama elektrik..dia da banyak jenis V,20,16,32..



yang kat bawah nie x tahu ape benda..tapi orang guna dekat Kipas angin berdiri tue..Kalu kipas korg rosak mungkin sebab benda nie...So pas nie kenala ambik taw juga sal benda nie semua,,,



Niela mentol kaki petak :)



NOTE : Harap dapat membantu serba sedikit...mungkin kita perempuan patut tahu juga benda2 nie..walaupun kerja lelaki.Terutamanya, incase kalu emergency rumah korg lampu rosak/ape2 yg rosak..atleast boleh gak baiki sementara nak tunggu orang laki buat...

6t iza UPDATE video cara nak pasang LAMPU syiling ok :)

Thursday, 18 August 2011

MENCARI LAILATUL QADAR DI MINGGU2 TERAKHIR RAMADHAN..



Lailatul Qadar adalah tiket untuk ke syurga,sekiranya anda berjaya mendpatkanya berbahagialah...rebutlah tiket itu untuk mendapat kelas yang pertama disisiNYA....


 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

إِنّا أَنزَلنٰهُ فى لَيلَةِ القَدرِ ﴿١﴾ وَما أَدرىٰكَ ما لَيلَةُ القَدرِ ﴿٢﴾لَيلَةُ القَدرِ خَيرٌ مِن أَلفِ شَهرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ المَلٰئِكَةُ وَالرّوحُ فيها بِإِذنِ رَبِّهِم مِن كُلِّ أَمرٍ ﴿٤﴾ سَلٰمٌ هِىَ حَتّىٰ مَطلَعِ الفَجرِ ﴿٥﴾
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
  2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
  3.  Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
  4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
  5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!



Assalamualaikum...sedar x sedar hariney dah masuk 19 ramadhan..begitu cepat masa berlalu..x dinafikan masa itu ibarat pedang..kalu kita x potongnya,mungkin dia akan potong kita..hehe!


Okla,memandangkan fasa2 ramadhan sudah nak smpai ke p'hujungnya..kini fasa3/TERAKHIR Ramadhan pula semakin hampir..

" Apa patut dibuat?? " ngee..

tgok citer puas2 ke? Mengadap Facebook hari2 ke? 24 jam?? ishhhkk...x la... Bukan tue..Rewards yang perlu kita kutip di bulan yang mulia nie ialah banyakkan "AMALAN"....Rebutlah setiap malam untuk mendpatkan seribu satu malam iaitu 'Lailatul Qadar'...Tinggalkanlah sekejap urusan duniawi tue..bulan ramadhan nie dtang bukan selalu..setahun sekali jer..masa nie la kita semua x dibelenggu oleh syaitan..kalu sebelum nie bermacam2 alasan yang kita dengar bila nak suruh 'Qiam' ..konon2 syaitan banyak sgat..tue yang x leh bangun..TAPI untuk bulan nie rasanya xde sebarang alasan..semuanya bergantung pada diri masing2..kalu Istiqamah I.allah boleh bangun.

Pasang nawaitu sebelum tidur! kata...

" Saya nak BANGUN pukul 3pgi untuk solat "..I.Allah..pasti terjaga..kerna Allah tue maha mendengar lagi maha memahami..
kalu kita x sempat nak kunci jam..yakinlah yang Allah ada untuk kejutkan kita..yang pastinya " NIAT " la dengan bersungguh2..Allah mendengar & mengetahui orang yang berniat dengan b'sungguh2..


>> so pe lagi??? JOM REBUT TAWARAN2 TERAKHIR NIE...:')