Pages

Sunday, 27 November 2011

FRIENDSHIP LIKE A STAR.



Assalamualaikum....semoga sahabat2 yang menjengah blog nie sihat wal-afiat dan didoakan agar sentiasa dalam keadaan bahagia..


Iza cuba juga nak menulis blog nie walaupun terlalu sibuk untuk siapkan blog utk usim..hm.dugaan jugalah nak komitmen pada suatu kerja...tapi cuba buat yang terbaik...orang kata ilmu kalu x diamalkan rugi..jika kita ada kelebihan dlam sesuatu hal,apa salahnya kita tolong seseorang...Opss!terlebih suda...dah la,,kali nie nak tulis sal friendship....nampak pic kat ats?? that r " friendship "..../persahabatan..



Persahabtan ini ibarat bintang..yang cuba memberi sinaran dalam hidup kita semua...tanpa kawan/shbat/teman...konfirm hidup kita semua akan sunyi..kan??? Macam tue la iza rasa if x de kawan dalam hidup ini...lagi2 kalu ditinggalkan keseorangan...sangat sunyi.." life is ______<empty> without friends...tapi persahabtan ini jugalah terlalu sulit untuk kita fahami...x semua pelangi itu indah andainya dikelilingi awan mendung yang cuba menghalang keindahan itu...beruntunglah & bersyukurlah bila kita mempunyai shbat yang sgat baik hati & setia...susah & senang dihadapi bersama..tidak meninggalkan shbatnya yg dalam kesusahan....Apapun.."saya syang semua shbat saya!!"


Pesanan buat semua shbatku.....
Seandainya dirimu sudah dimiliki kelak nanti,janganlah diri ini dilupakan....seandainya kita terpisah dek jarak,janganlah diri ini dilupakan walau seketika...pintaku cukuplah diri ini dikenangkan dalam setiap doamu...T_T

Wednesday, 23 November 2011

REZEKI ALLAH LUAS

Assalamualaikum...semoga semuanya sihat sejahtera..

Rezeki Allah itu sangat luas...

MAAF LA..mungkin lepas nie x dpat nk update selalu blog cuz ada komitmen untuk kerja lain..iza telas ditugskan untuk membuat blog untuk....bila ada masa free.InsyaALLAH akan cuba update entri :)

Akhir kalam..wassalam.

BILA HATI BERBICARA

Assalamualaikum semua....semoga kawan2 sihat sejahtera...malam nie hati tergerak untuk tulis sesuatu yang berkaitan dengan hati...renung-renung jela kat bawah nie...x da kaitan pun dengan sesiapa...mahupun diri iza sendiri..tapi cuma pandangan iza aje..:)

Dah banyak cerita yang didengar...
Dah banyak pengalaman yang dilihat dihdpan mata...
Saat mereka sedih menceritakan pengalaman masing2...
 
Ada SUKA...bersykurlah & didoakan agar..
" Kesukaan & kebahagian itu berkekalan hingga ke penghujungnya..melalui jalan syariat yg betul...."
Ada DUKA....
" bersabarlah & cuba bermuhasabah setiap apa yang telah berlaku..mungkin masih ada pelangi yang indah & lebih baik suatu hari nanti..."






DAN ada juga kerugian yang mereka ceritakan..dari segi masa, wang & kegembiraan....
 
SAHABAT yang dikasihi....
Cinta datang kepada mereka yang masih berharap....
meskipun pernah dikecewakan...
kepada mereka yang masih percaya....
meskipun pernah dikhianati..... 
kepada mereka yang masih mencintai....
meskipun pernah disakiti hatinya......
 
TETAPI  ketahuilah sahabat...
‎Jika ALLAH sudah mentakdirkan sesuatu itu utk kita.....
Namun jika seluruh isi alam ini cuba mghalang kita dari mndapatkannya...
Kita PASTI akan tetap memilikinya  jua kerana itu adlah TAKDIRNYA....
 
 
TETAPI jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN utk kita....
walau seluruh isi alam ini mmbantu kita utk mndapatkannya....

kita TETAP TIDAK akan memilikinya kerana itu juga adlah TAKDIRNYA....




cinta untuk lelaki bernama "Adam"..
ataupun cinta  untuk insan bernama " Hawa "
jika adapun, p'siapkanlah HANYA utk suami/isteri.....
BUKAN kekasih yg kita belum tahu apakah BENAR JODOH kita.....
 
Perempuan/lelaki yang  harus didambai ialah..
Yang mendekatkan HATI  kita yg jauh dari ALLAH..... 
Tika diri dilamar duniawi..
Hadirnya memperkasakan  waktu akhirat nanti....
Waktu diri lalai dan alpa...
Lembut manjanya mentazkirah diri yang sedang hanyut....
Tatkala diri disapa bahana....
Belai kasihnya menginsafkan naluri dijiwa......
 
Kadang2 kita merasa dirinya terlalu sempurna untuk dimiliki...
jika nak  d'bandingkn dengan diri kita ini....
sehingga SUKAR untuk memilih & membuat keputusan ....
" letaklah CINTA itu di tempat yg mahal "


 
‎" SEHEBAT MANAPUN KAMU MERANCANG HIDUP...HIDUP SEBENARNYA TELAH MERANCANG SESUATU YANG BAIK UNTUKMU "
 
 
Letakkanlah sepenuh keyakinan & cintamu hanya pada ALLAH yang ESA......Dengan mencintai Allah,kelak pasti ada insan yang mencintai kamu yang turut sama meletakkan cintanya kepada Allah....




:: kadang2 susah kan bila ada hal yang berkait dengan hati & perasaan ini...tambah pula bagi mereka yang masih belum bersedia untuk menghadapinya..^_^...tapi macam mana pun kita melarikan diri,masanya pasti akan tiba...



Sunday, 13 November 2011

AYAT PENDINDING DARI GANGUAN JIN

Assalamualikum semua...sekadar perkongsian...


Pernah dengar x pasal bacaan2 ayat al-rogyah?? Mungkin dikalangan kita ada yang familiar dengannya & mungkin ada yang tidak kenal/ketahui apa itu rukyah syariah....Rukyah dalam bahasa arab beerti pelindung...
 
Seperti ayam perlukan reban sebagai tempat perlindungan...seperti pahlawan perlukan perisai sebagai tempat perlindungan & pertahanan...camtu la andaian yang iza boleh berikan...kepentingan bacaan ini untuk kita semua dalah sebagai pelindung dari ganguan syaitan dan seumpamanya...mencegah lebih baik..semuanya berbalik kepada kehendakNYA..x salah jika kita mencuba/ikhtiarkan sesuatu....so kat bawah nie iza selitkan bacaannya...jika korang mampu menghafal semuanya Alhamdulillah la..jika x mampu..hafal,sekurang2nya download la n then pasang tiap2 hari dalam laptop korang pun x pe..k,selamat mencuba & sedikit-demi sedikit kita kearah kebaikan...^_^ W'salam..


yang nie ok panjang skit...

 

Friday, 11 November 2011

11.11.11

Assalamualaikum! semoga semua sihat...

Cantek kan tarikh tersebut?? Macam2 spekulasi & andaian pasal tarikh nie..yela,berlaku itulah..inilah...hm.."Janganlah membuat sesuatu andaian yg x pasti dimana ianya dapat memesongkan akidah umat Islam itu sendiri "Dan tarikh nie ramai juga yang pilih untuk majlis2 tertentu...tapi bagi iza...sgat istimewa & bahagia...Sepanjang belajar di U...inilah kali pertama ayah & ibu datang hantar ke nilai..bahagia sangat2..Hanya Allah sahaja yang tahu...X salahkan kongsi kebahagian dengan korang semua..^_^ ! Rasailah nikmat bahagia tue macam mana...
 
 TAPI saat ini hati selalu terdetik...terlalu banyak nikmat kebahagian yang Allah kurniakan..namun apakah sudah cukup nikmat kebahagian untukNYA?? Semoga Allah sentiasa membimbing kita semua & suka iza tegaskan...YAKINLAH dengan ALLAH...
 
"Perumpamaan orang2 yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah..Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah..sekiranya mereka mengetahui.." (al-'ankabut:41)
 
Tanamkan niat yang ikhlas untuk beribadah kepada Allah...InsyaAllah pasti akan didengari... X dapat nak diceritakan bagaimana rasanya nikmt itu,tapi apabila korang semua cuba praktis,pasti " perasaan sesuatu " itu akan muncul..kita pasti akan menyedarinya... Sedikit-demi -sedikit sama2 lah kita berubah kearah kebaikan....bersama ini iza titipkan sesuatu sebagai renungan...


Tuesday, 8 November 2011

" Pengorbanan"

Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum semua..
" SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...."
ikhlas dari kami sekeluarga =)

Ape khabar shbat2? semoga sihat..Jarang2 iza nak update blog skrang nie...bila kat umah,barulah b'kesempatan nak update blog! Entri kali nie ialah berkaitan pengorbanan...bertepatan dengan hari raya aidiladha 1432H....

Nak dijadikan cerita,kita kembali kepada sirah2 terdahulu dimana terlalu banyak pengorbanan yg telah dilakukan...kalu nak cerita memg banyak la....tapi utk ini,iza nak relate dengan pengorbanan zaman sekarang...ERTI pengorbanan itu adalah berani utk menyerahkan diri dalam apa jua keadaan/ujian demi kebaikan utk semua...<just my definasi >...

Citer STANZA kali ini ialah :..jeng2x...jeng2....

Humaira sangat sibuk dengan urusan projek tahun akhirnya...Minggu2 terakhir berada dikampus dihabiskan dengan menyiapkan segala tugasan yang telah diamanahkan sebelum waktu cuti hari raya bakal tiba...Menyiapkan projek tahun akhir bukanlah mudah seperti membuka kulit kacang....habis segala otak harus diperah untuk medapatkan hasil yg terbaik...boleh dikatakan bertungkus-lumus sehabis baik lew minggu tue...

Dalam kesibukan menyiapkan kerja,membeli tiket pulang ke kampung halaman diawal2 waktu sudah menjadi agenda utama Humaira sebagai persediaan rapi untuk pulang  beraya bersama family...yela,selalunya cuti raya nie mesti ramai je orang yang nak balik kampung..

Alhamdulillah,tiket yg dikehendaki sudah pun dibeli...just tinggal menghitung hari je lagi...< 2 minggu awal b4 cuti...kompem x ingat letak mana! >.....

Seminggu...2minggu....Masanya pun tiba...

" Mana hilangnya tiket bus Ira? esok dah nak balik umah..arrrggghh!... " ngomel humaira dengan teman serumahnya....

Asrar " Ko letak dekat mana? cuba refresh semula ingatan tue...istighfar banyak2..selawat keatas junjungan Nabi S.A.W...InsyAllah..6t ingat la tue..."

Humaira " Entah la asrar..Ira pun dah x Ingat letak mana...balik je dari seremban haritu,terus selit kat mana ntah...lagipun x fikir sal tiket tue cuz kita kan sibuk dengan assigment,tahriri 4 hadis,midterm,final year project....manalah sempat ira nak ingat benda yg remeh nie..."

Asrar " ..yela benda remeh,tapi penting cik adik oiii! muda2 lagi dah cepat lupa..6t suami nama apa pun x ingat! hhhahaha..." perli asrar dalam nada berjenaka....

Humaira " yelah tue..my mistake..cepatla tolong ira! Nak balik esok malam dah...risau nie.."

Asrar " ..ok,meh kita cari sama2..."

Setelah puas mencari,akhirnya tiket tidak diketemukan jua...Humaira pasrah...dalam hatinya bermonolog :

" Allah tidak akan menguji seseorang melampaui batas kemampuannya...Setiap perkara yang berlaku ini adalah ujian dariNYA sebagai penguat KEIMANAN..Manusia yang diuji itu tandanya Allah masih cuba memberi peluang padanya untuk kembali mengingati padaNYA...Mengeluh bukanlah ciri2 orang yang beriman..sebaiknya cubalah mencari jalan penyelesaian..muhasabah kembali setiap kesalahan yang kita lakukan sebelum ini kerana mungkin ada kesilap pada pandangan-NYA yang kadang-kadang kita terlepas pandang..."-NhZ-
 
Jalan terakhir yang harus Humaira pilih adalah membeli semula tiket itu. Biarlah wang itu dikorban demi untuk bersama keluarga tercinta!

Bertepatan dengan raya korban,mungkin Allah nak melihat sejauh mana kesanggupan Humaira untuk korbankan wangnya demi membeli sekeping tiket...< tiket naik harga dari RM49 kepada RM55..bayangkan utk pergi dan balik..dah hampir Rm150 > sedangkan RM50 tue dah boleh dijadikan duit belanja untuk setengah 2 minggu...sebab itulah Humaira teragak2 untuk membuat pilihan...




* Betullah kata orang...Ujian itu adalah tarbiah dari Illahi..Allah itu maha Adil & setiap perkara yang berlaku itu adalah ujian dari-NYA semata2 untuk melihat sejauh mana kesabaran & keyakinan seseorang pd IMANnya..Allah x kan cuba menguji kita melampaui batas kemampuan kita...



Pada malam itu juga,Allah telah mempermudahkan urusan Humaira..Dengan berkat kesabaran,pilihan yang diambil & pertolongan dari shbat2..Alhamdulillah,Humaira berjaya mendapatkan kembali tempat duduknya secara percuma...<semua itu berbalik kepada pengaturan Allah..Apabila ia berkata " KUN FA YA KUN " maka jadilah seperti apa yang diharapkan...


"Sebaik-baik pengaturan itu adalah dari Allah...sebaik-baik pilihan itu adalah ketetapan dari Allah...dan sebaik2 tindakan itu jua adalah dari Allah..Yakinlah padaNYA! " 


Akhirnya Ira selamat tiba dikampung halamannya.....hanya sujud syukur yang mampu Humaira panjatkan padaMU ya Rabbi...

-->> itulah sedikit kisah pengorbanan & ujian...walaupun pengorbanan itu tidaklah sehebat mana,namun jika dilihat...dengan sedikit pengorbanan..Allah masih mahu menolong hambanya..inikan pula pengorbanan yang kita lakukan secara besar-besaran...InsyaAllah pasti dipandang mulia disisiNYA...perkara yang harus diutamakan ialah niat seseorang itu..kalu ikhlas hendak melakukan pengorbanan,maka tidak mustahil setiap perkara itu dipermudahkan..yakinlah dengan ALLAH! I Love Allah ...


-NhZ-

Sunday, 6 November 2011


Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back


Cos I would see
The man I know I used to be


How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?
I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee
So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You
‘Cos I would see
The man I know I used to be


How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You

Lyrics Information:

Artist: Sami Yusuf
Album: Without You
Year: 2009
Lyrics: Conner Reeves
Melody: Sami Yusuf
Copyright: Awakening Worldwide Limited