Pages

Wednesday, 20 April 2016

Interview Intel Penang

Assalamualaikum buat semua pengunjung stanza..Lama rasanya Iza tak menjengah ke sini. Last post pun masa travel dulu. Alhamdullillah, Iza dah 3 bulan berada di Malaysia. Sekarang tengah sibuk menyiapkan buku travelog mengenai pengembaraan selama 24 solo vs duo. Bukan mudah nk jadi penulis yang komited! Ada saja ujian dan halangan yang terpaksa di tempuhi untuk mendapat mood bagi meneruskan penulisan buku tersebut. Dan sekarang salah satunya ialah kena buat persiapan interviews!!

Sejak pulang ke Malaysia, Iza belum sempat nak memohon mana-mana pekerjaan sebab niat di hati nak siapkan buku. Iza cuma isi job streets dan update resume. Nanti dah siap buat buku baru nak teruskan dengan misi mencari kerja. Tapi yang namanya rezeki itu susah nak diduga. Kalau Allah dah  tetapkan itu salah satu rezeki, maka dapatla. Satu hari, Iza ada dapat panggilan telefon dari Syarikat Intel. Nak kata apply, tak da pula Iza isi mana-mana borang permohonan online. Tapi Iza dipanggil untuk menghadiri temuduga bagi jawatan Interaction Designers!! Subhanallah..memang jawatan yang Iza idamkan sangat. Sebab sangat related dengan apa yang Iza pelajari semasa di UK dulu.

Masa dapat call dari Mr.Andrew, Iza jadi pelik pula sebab macam mana dia boleh tahu pasal Iza? Hm, abaikan jela..Pucuk di cita ulam mendatang..Cuba jelah mana tahu ada rezeki. Lagipun ekonomi Malaysia ni semakin teruk sekarang ni. Gawat kalau tak mula buat sesuatu untuk mendapatkan income! Hehe.. So, grab jela! Masa nak pergi interview Iza memang tak buat banyak preparations sebab tengah fokus writings buku! Apa nak buat ye? Yang Iza sempat google pun maklumat pasal company Intel dan persedian dri segi sijil dan dressing.

Maka sesi interview pun bermula!!! Sampai je di Intel Penang, Iza di escort oleh Mr. Adrew ke bilik temuduga. Dalam tu ada tiga orang penemuduga. Mereka bertiga adalah manager di bahagian development team! Firts sampai, Iza just say hi dan terus duduk di atas kerusi. Masa ni dah berdebar-debar sangat! " Aku ni dah ready ke? Dah la tak prepare apa-apa pun! Speaking nanti kelaut pula"... Kesilapan pertama yang Iza lakukan ialah terlupa nak salam dengan seorang penemuduga perempuan. Adess! Tapi awkward juga nak salam sebab dia cina. Lagipun masa sampai dia tengah duduk dan tak hulur pun tangan.. Takpela, abaikan part tu.

Seterusnya sesi interviews diteruskan lagi dengan sesi perkenalan. Mula-mula penemuduga memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian diteruskan dengan  soalan peribadi tentang Iza. Masa ni Iza main hentam je cakap sebab tak prepare. Just citer pasal nama, asal mana, pengalaman belajar di UK dan lain-lain. Ohya, sijil2 yang Iza bawak langsung tak dilihatvatau tengok! Tapi salah Iza juga sebab tak tunjuk fekat mereka. iza just letak depan meja jer..Adoiii!! failed lagi...

Lepas tu Iza di tanya pula mengenai zaman universiti dahulu. Kenapa pilih MSc Hcit sedangkan dulu awak belajar Sunnah dengan Pengurusan Maklumat?? Adesss, soalan ini juga yang ditanya. Iza pun explain dengan jujur yang Iza memang minat teknologi terutamanya subjek Human Computer Interaction! Iza selitkan juga pengalaman buat apps building directory masa zaman degree dulu. Nampak macam mereka impress, tpi ntahla kan.. Awal lagi ni...

Lepas tu sesi interview diteruskan lagi dengan soalan mengenai user centred design...Apa yang Iza faham tentang proses Ucde? Masa ni memang kaw-kaw Iza explain sebab masih ingat lagi proses tu semua.. Citer je la apa yang Iza faham tentang personas, scenario, claim analysis, usabilty testing, heuristic evaluation lah...prototype la..itu jela. Dan Iza kongsi juga pengalaman masa master dulu mengenai web design yang pernah Iza develop. Tapi sayang, Iza lupa nak printout dan bawa dekat penemuduga. Tapi Mr.Andrew backup nanti Iza boleh emailkan jika mahu.

Lepas habis di soal, sekarang tiba part critical thinking! Saya nak awak design satu apps untuk travel. Ya Allah, Iza memang tak prepare! Nak kena design interface on the spot???? Jenuh la makcik!!!! Tapi Iza bedal jela masa ni.. Bangun dari tempat duduk dan terus menuju ke whiteboard utk lukis interface travel apps! failed!!...Sebab iza buka boleh jadi kreatif dalam sekelip mata. Tapi mujur Iza ada experience masa travel dulu, so tahu jugala sedikit sebanyak maklumat yang user perlukan semasa nak guna apps utk cari info travel..Lukisan iterface Iza memang tak kemas sebab ntahla...Cuak!!cuak!! mak cik tak pandai nak buat keje on the sport! Idea ni perlukan masa!

Lepas je explain, dia bagi pula soalan macam mana awak nak buat kalau programme tak sempat nak siapakan interface yang awak design dan dia berhasrat nak buat interface yang baru dan menjimatkan masa???? Adess, iza tahu dah ni soalan berkaitan dengan date line!!! Yela, bila keja dengan orang mestilah nak lena lejar date line utk submit. Tapi masa ni Iza berkeras hati juga nak proceed design asal sebab kalau 2 user suka design tu baik teruskan. Kita nak create apps untuk user bukannya programmer...Kalau ikot dia, nanti siapa yang nak guna?? Berapa orang sahaja yang akan guna apps tersebut. Dan kalau dia tak dapat nak siapakan, mungkin kami boleh bekerjasama sebab Iza ada juga experience dlm programming tuh.. Cuma asas jela.. Apaguna team works kalau kita tak dapat nak saling membantu??? Kann... Confident lebih!!! Padahal nanti keja tak tahu la camne..

Selesai je part create apps, Iza diberi peluang untuk bertanya soalan mengenai syarikat atau jawatan. Masa ni Iza tak sempat nak prepare apa-apa soalan untuk ditanya. Yang terlintas ialah apakah advance training yang disediakan oleh syarikat intel untuk improve my knowledge??? Perrghhh! Tapi iza memang perlukan pun sebab kalau boleh proses pembelajaran tu sentiasa berjalan...Nak juga dapat experience baru, improve softskill dan etc.. Jadi diaorang pun citer la ada juga sesi latihan yang dijalankan..Boleh attends seminar or kursus. Something like that! Ok,la..Itu jela soalan yang Iza tanya. Nak tahu bab gaji macam demands lak. iza tak kisah gaki berapa janji dapat kerja dan Iza suka dengan kerja tersebut. Sesi interview iza berlangsung selama 1jam 14minit! Laporrr...

Tepat pukul 1.15ptg, interviews sessions pun tamat. Dan Iza perlu menunggu panggilan dari mereka dalam masa 2 minggu lagi sekiranya berjaya. Menurut Mr.Andrew, mereka masih ada beberapa calon lain untuk ditemuduga. Okla, Iza pun tak kisah sangat. Kalau rezeki Alhamdulillah! Kalau bukan rezeki, mungkin ada lagi dekat tempat lain...Yang penting sekarang ni Iza nak fokus tulis buku travelog!!! gambate!! k, smoga pengalaman Iza kongsi ni dapat membantu ada semua yang mungkin bakal menghadiri sesi temuduga di Intel juga suatu hari nanti :) W'salam.

Sunday, 3 January 2016

Day 1: Prague trip!

Assalamuaikum, selamat menyambut tahun 2016. Apakhabar pengunjung stanza kehidupan? Semoga iman kita masih kuat dan sentiasa mengingati Allah.. Lama rasanya iza tak menulis.. Terlalu sibuk dengan bnyk urusan.. Dan tahun 2015 merupakan pengalaman yg paling beerti dlm hidup.. Banyak suka dan dukanya..Now, i move from York and start my solotrip around the worlds..Iza harap tahun 2016 lebih bermakna dan penuh dgn kebhgian berbanding tahun lepas.. Ye, ckuplah dgn semua kesedihan dan kekecewaan yg dilalui.. Skrg bangkit dan fokus pd yg mendatang :) Okla, entri kali ni adalah pasal trip di Prague..Saat menulis ni, iza berada di Airport..

 Bajet nak dptkan wifi free..haha. actually, msih dlm mode sedih.. Tpi still nk move on and nikmati hidup di perantauan.. Ok, perjalan iza bermula dri London. Perjalan dri London ke Prague mengambil masa selama 2 jam..Iza pilih flight RyanAir sbb dia memg murah.. Kalau pandai cari tiket dan book 3 months early, konfem korg dpt harga dlm berapa £ je.. Iza beli last minute, so dpt 15£. Seyes, kalau dkt uk memang perlu travel europe sbb nanti blik malaysia belum tentu dpt dtg semula.. Saat ni sangat bersyukur pd Allah, cuz he give me this opportunity..untuk melihat kebesaranya..

Masa dlm flight, iza sangat kagum.. Yela, mcm mana Allah control dan dengar semua doa kita? Sedangkan bila tgok dri atas..terlalu kecil bumi ni..seyesly. Mcm semut pun ada..hanya mampu ucap subhanallah.. Allah sangat berkuasa.. Dan minda mula berfikir akan nikmat yg Allah kurniakan.. Sangat indah dan sukar untuk diungkapkan.. Tapi ini baru didunia.. Agak2 bgaimana pula di syurga? Sampai je di Prague, perkara yg paling iza kagum adalah toilet dia.. Ok, Prague lagi maju skit.. Toilet doors pakai yg automatik punya..x caya? Tgok la video dibawah.. misi travel iza ialah nk tgok kecanggihan teknologi dlm semua negara, tgok budaya, adat, bahasa percakapan dan lain2. Tapi misi utama ialah nk cari erti hidup.. Iza harap Allah pertemukan pengalaman yg lebih indah dan sesuatu yg membuatkan Iza semakin kagum dengan Allah..sesuatu yang membuatkan Iza semakin yakin dan kagum dgn Allah.. Ye, itu yg ingin iza cari.. Erti hidup pd yang memberi...okla, prague ni bahasa dia lain skit.. Jenuh juga iza nk faham.. Smpai sini dlu..nak tdur sebab letih sgat harini.. Okess, enjoy pic dan video.. Nanti iza update pic2 menarik di Prague.

Wednesday, 18 November 2015

Ujian,tanda Allah sayang!

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang sudi menapak di stanza kehidupan...Maaf kerana jarang skali update blog...terlalu banyak kisah duka yang dihadapi di UK saat ini....Ujian yang sentiasa membuatkan iza kembali mengingati dan mengasihi Allah...Terima Kasih Ya Allah...Engkau tahu aku semakin jauh darimu, lalu kau tiupkan ujian itu untuk mendekatkan aku padaMU....Apa khabar rasa iman dihati? Semoga masih ada rasa cinta pada Allah sepenuhnya....Biarlah duka dihati hanya Allah yang mengetahui..... dan betapa sayangnya kita pada Allah, cukuplah dia yang maha mengetahui...Abaikan pandangan manusia yang suka mengukur dan mencari kesilapan kita.....Hakikatnya tak semua manusia itu diciptakan dengan kesempurnaan......

Entah kenapa, setiap kali diuji...rasa hati dan jiwa selalu mendekati Illahi....Mungkin Allah rindu hambanya utk lebih berharap dan mengingatiNYA....Manusia,secara lahiriahnya takkan lari  dari ujian hidup. Dan Al-Quran sendiri telah menyatakan bahawa tidak di katakan seseorang itu beriman kepada Allah, sehinggalah mereka itu diuji....dan bagaimanakah mereka menghadapi Ujian itu??? Semuanya sudah tertulis didalam Al-Quran bahawa Sabar dan Solat itu kunci kejayaan  bagi setiap ujian....Hakikatnya,benar sekali....Dulu iza pernah diuji dengan berbagai ujian...Teringat saat diuji ketika hendak sambung pengajian di UK...tapi bila ibu selalu mengingatkan diri untuk sabar dan solat....siapa sangka..Iza dikurniakan rezeki untuk datang ke UK....Solat adalah salah satu cara untuk kita berdoa....melalui solat kita dekat dengan Allah...melalui solat,semakin bertambah iman kita pada Allah...

Ujian........sabar...........dan solat!

Sunday, 4 October 2015

Setia yang tak dihargai ???

Assalamualaikum buat pengunjung stanza kehidupan..Apakhabar rasa iman di hati? Semoga kita sama-sama kembali "FOKUS PADA ALLAH"... Astaghfirullah hal azim,..munafiq kah aku selama ini? Entah kenapa hati ini kembali rasa bersalah pada yang Maha Pencipta..Benarlah hidup ini adalah ujian...manusia itu diciptakan dengan berpasangan untuk saling menguji antara satu sama lain...Untuk pertama kalinya, aku hampir kecundang dengan ujian ini.. Ya Allah, jujur aku benar-benar rindu diriku yang dulu...diriku yang setia fokus padamu...diriku yang sentiasa mujahadah untuk menjaga perasaan aku hanya buat yang halal untuk dimiliki... ampunkan daku Ya Allah, mudahnya aku lemah dengan perasaan yang engkau ciptakan ini.,. Hattakan aku terlupa bahawa ianya adalah salah satu ujian darimu....Ya Allah, bantu aku untuk kuat...Untuk aku menjadi seperti dahulu....seorang muslimah yang kuat dalam menjaga maruah diri...Muslimah yang tak mudah kecundang dengan godaan syaitan...Muslimah yang sentiasa bangkit untuk mempertingkatkan diri utk lebih mencintaimu...

Setia...apa guna setia pada manusia,..pada hakikatnya kita hanya mensia-siakan perasaaan yang sudah terlarang disisi Allah...Saat ini, aku mula tersedar, bagaimanakah setianya hubungan aku padamu Ya Allah...aku lupa yang kesetiaan padamu takkan pernah mengecewakan...Mudahnya aku lemah..Aku lemah untuk setia pada makhluk ciptaan Mu yang takkan membawa aku kemana-mana...Terima kasih ya Allah, engkau sedarkan aku disaat aku mula semakin jauh darimu..Aku redha pada setiap ujianmu...Aku belajar untuk tidak akan lemah pada mana-mana  pasangan yang kontra padaku...Benarlah, lelaki itu diciptakan untuk menguji iman wanita...Aku yakin, engkau hadirkan perasaan itu untuk meguji imanku Ya Allah, dan akhirnya aku pelajari sesuatu yang bermanfaat..Aku mula belajar untuk lebih bersabar...Yup, untuk pertama kalinya aku belajar erti kesabaran selama dua tahun...Aku belajar untuk terus bersabar menghadapi ujianmu,walaupun hakikatnya hati aku tak pernah kuat...Mujahadah itu benar-benar pahit...sepahit hempedu...Namun aku cuba kuatkan diri untuk menggapai redhaMu...Tapi ternyata,aku juga manusia yang punya kelemahan...aku hampir kecundang pada mujahadahku.,..aku menjadi lemah ya Allah...Bukan mudah untuk menjadi hamba yang sangat penyabar....sedikit demi sedikit, tahap kesabaran kita akan diuji...sehinggala sampai satu masa syaitan itu berjaya merosakkan semuanya...

Kadang-kadang,aku mula menyesal dengan apa yang aku lakukan...selama dua tahun aku setia pada seseorang yang tak pernah meghargaiku..Hadirnya cuma seketika...bila jemu dicari...bila ada yang menghiburkan, aku dibiarkan dalam kesepian...sepi...dan sepi...dan sehingga suatu hari, aku mula sedar...aku silap pada kesetiaanku...aku tak seharusnya setia pada manusia,sehinggakan melebihi kesetiaanku padamu ya Allah..Aku setia pada orang yang silap...orang yang tak pernah memahami dan meghargaiku....walaupun ramai yang mendekat, tpi entah kenapa hati hanya setia padanya...hakikatnya setia aku itu tak pernah dihargai...hanya aku yang cuba mengusahakannya, tpi dia tak pernah untuk menghargai...aku seolah-olah dijadikan pilihan...bila perlu dicari..bila tidak perlu, dibiarkan saja...Ya Allah, hinakah aku untuk memiliki seseorang yang mampu membimbingku? Ya Allah, mudahnya lelaki bermain dengan kata-kata..datang dengan memberi harapan,yang pada akhirnya mereka tinggalkan semudah itu sahaja......Aku redha ya Allah, kerana engkau itu maha adil....dan engkau mengetahui apa yang terbaik buatku....Semoga aku semakin kuat untuk mendekatimu....Semoga aku dipertemukan dengan insan yang lebih baik..Semoga aku lebih kuat untuk bermujahadah padamu..Ameen...Aku akan belajar untuk kembali setia padaMu Ya Allah..Terima Kasih untuk kesedaran ini...Jodoh, itu benar-benar rahsiamu...dan aku akan jadi seperti dahulu, insan yang meletakkan 100% pada jodoh, bukan pada cinta....kerana perasaan sayang dan cinta itu hanyalah ujian...Ujian yang boleh jadi penawar dan racun yang berbisa.....

Wednesday, 26 August 2015

AL-QURAN ITU PENAWAR

Assalamualaikum buat semua..apa khabar rasa iman dihati? Sudah kembali mengingati illahi atau semakin jauh diulit kenikmatan dunia? Astgahfirullah-hal-azim kalimah istighfar ku panjatkan buat mu YA RABBI... ampunkan dosa-dosa kami sebagai hamba yang lalai dan sentiasa menzalimi diri sendiri... Ya Allah, jujur aku benar-benar rindu saat engkau menyentuh hatiku dengan memberi aku petunjuk dan hidayahmu supaya aku tetap berada dijalan yang benar....Ya Allah, engkau benar-benar tuhan yang maha mengetahui segala isi hati dan sangat dekat di sanubari... Disaat aku dalam kesedihan dan kegelisah..engkau hadirkan ketengangan dan petunjuk melalui surat cinta mu dari kitab yang mulia iaitu Al-Quran..Engkau titipkan semangat disaat aku mulai rasa berpututs asa untuk menyeru manusia kearah kebaikan...Engkau sudi mendengar rintihanku disaat satu pertiga malamku...diatas tikar sejadahku mengadu padamu...Duhai Allah Yang Maha Esa...Ampunkan daku ya Allah disaat aku hampir berputus asa pada misi dakwah ku ini.... Ya Allah...benarlah :

 Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sesungguhnya, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?
Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah(kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik,sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia.
Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan besar.
Dan jika syaitan menggangumu dengan suatu godaan,maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang  Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
Surah Fushilat : Ayat 33-36.
Barangsiapa mengerjakan kebajikan maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barang siapa berbuat jahat maka(dosanya) menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hambaNya. Surah Fushilat : Ayat 46
 Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapanya. Surah Fushilat : Ayat 49
Dan  apabila kami berikan nikmat kepada manusia,dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi apabiladitimpa malapetaka maka dia banyak berdo'a. Surah Fushilat : Ayat 51

Ya Allah, sangat tepat pada masanya engkau hadirkan penawar ini buatku.. Benarlah, engkau pasti menjagaku sekiranya aku menjaga hakmu...Ya Allah, tak terhitung segala kepedihan yang aku alami saat ini. Saat aku hilang keyakinan untuk terus melakukan kebaikan setelah manusia disekelilingku mengkhianatiku, engkau hadirkan penawar melalui kalam suci ayat Al-Quran untuk aku kembali mengigatimu dan memperbaiki hati yang semakin rosak ini... Engkau kembali mengingatiku untuk terus berbuat kebaikan walaupun aku sering dibalas dengan kejahatan dan ejekkan manusia....Ya Allah, kuatkan iman didada kami umat islam disini, serta pilih kami untuk menggapai tahapTAQWAMU...Yang ternyata, sangat jauh untuk aku mencapai sifat ketaqwaan itu dan ternyata hanya Hamba mu yang benar-benar terpilih.... Ya Allah, engkaulah kecintaanku sepenuhnya didunia dan akhirat... Aku lebih belajar untuk mencintaimu berbanding manusia.... Aku belajar untuk lebih menyayangimu berbanding manusia... Aku belajar untuk lebih meyakinimu dan mempercayaimu berbanding manusia.,..Benarlah, ujian itu indah serta penguat keimanan...Aku bersyukur Ya Allah..Semoga aku benar-benar dapat menyiapkan thesis tearkhirku dan lebih fokus pada pelajaran berbandingan keadaan masyarakat disekelilingku pada saat ini...Aku rindu padamu Ya Allah, padamu Muhammad kekasih Allah dan seluruh ahli keluarga yang aku kasihi dan sayangai... Buat keluarga yang sangat aku rindui, andai diizinkan Allah, semoga kita bertemu kembali diakhir pengajian ini. Namun sekiranya Allah lebih menyayangiku dan memperkenankan hajatku untuk syahid dalam menuntut ilmu, maka ampunkanlah segala dosaku dan semoga kalian sentiasa sedekahkan Al-Fatihah buat bekalan ku nanti........

nhz/yorkUK
catatan:Ujian Hidup
28/6/2015(2 pagi)

Monday, 17 August 2015

Postgraduate End

Assalamualaikum buat semua pengunjung stanza kehidupan...apa khabar rasa iman dihati? Semoga hati kita sentiasa dalam keadaan bersih dan dijauhkan dari sifat iri hati....Ya Allah, rindunya aku untuk meluahkan segala kesedihan yang menyelubungi hati...Beratnya ujianMu disaat aku harus berusaha untuk menghabiskan sisa terakhir pengajianku di bumi UK ini...Ya Allah, rindunya aku pada sentuhan kasih-sayangmu...rindunya aku padaMU Ya Allah...ternyata,dunia ini penuh dengan ujian...Ujian yang terlalu banyak untuk mengajar aku erti sebuah kehidupan...kehidupan yang engkau ciptakan dengan penuh hikmah...Ya Allah, hampir setahun aku mengalami perit-jerit hidup di perantauan ini... satu demi satu ujian engkau titipkan buatku....ujian yang membuatkan aku sentiasa mengingatimu...Maafkan aku skali lagi ya Allah, seandainya aku benar-benar tidak mampu untuk melakukan yang terbaik...Maafkan daku seandainya aku tak mampu melaksanakan tanggungjawabku padaMu dengan sebaiknya...Maafkan aku seandainya misiku disini gagal...Maafkan daku seandainya mereka tidak mampu untuk ku ajak ke jalanmu.... 

Kehidupan di sini banyak mengajar aku erti kesabaran....Aku belajar untuk tetap terus bersabar walaupun ada ketikanya hatiku tidak kuat ya Allah...Walau sekuat manapun aku berusaha untuk menjaga hati mereka, ternyata hati aku tetap terluka...tapi aku hanya mampu mengadu padaMu Ya Allah..kerana aku yakin engkau merinduiku...sebab itu aku sentiasa diuji olehMu..terima kasih kerana masih menyayangiku Ya Allah...Ungkapan persahabatan itu terlalu sukar untuk aku temui dibumi UK ini ya Allah...Terlalu banyak ragam manusia yang dapat aku pelajari...hattakan aku menjadi takut untuk mempercayai mereka yang berada disekelilingku...Takut untuk meletakkan sepenuh kepercayaan kerana kehidupanku disini sangat berbeza berbanding di Malaysia...Ya Allah, didalam pengembaraan ini aku bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia...Ada yang baik dihadapan,tapi masih berkata dibelakang...Ada yang baik semata-mata untuk mendapat kepentingan....Ada yang baik keranaMu...Namun sukar untuk aku ketemukan mereka yang ikhlas baik keranaMu..Ya Allah, aku benar-benar rindu sahabat yang sefikrah denganku...sahabat yang sentiasa bersamaku disaat susah dan senang...sahabat yang tidak pernah menyakiti yang lain..sahabat yang sentiasa mengingatkan aku padamu..Sahabat yang sentiasa bersamaku disaat susah dan senang...Ya Allah, kebanyakkan mereka datang mencariku disaat susah...dan akan meninggalkan daku apabila masing-masing berada dalam kesenangan....ternyata,kebanyakkan manusia di sini hanya mencari kita bila diperlukan...Namun, aku tidak kisah seandainya mereka mengambil kesempatan atas kebaikan ku kerana hanya engkau yang layak menilai semua itu....Ya Allah, kenapa kah aku sentiasa diejek bila cuba untuk mengajak mereka kearah kebenaran? kenapa aku selalu dijadikan bahan untuk hiburan mereka...salahkan apa yang cuba aku sampaikan??? salahkah aku dalam memberi nasihat?? salahku aku ya Allah...


Ya Allah.,...terlalu banyak kesedihan aku di bumi ini...izinkan aku untuk mengembara dibumi yang lebih baik Ya Allah....Izinkan aku untuk menemui kebahagian hidup....bukan di Malaysia,dan bukan di England...Izinkan aku untuk megembara dibumi yang penuh barakah...Izinkan aku untuk melenypkan segala kesedihan ini Ya Allah...Mungkin aku takkan mampu untuk mengembalikan mereka semua dan memulihkan keadan yang terjadi pada saat ini. Tapi aku takkan jemu untuk mendoakan supaya engkau bukakan pintu hati mereka kearah jalan yang engkau redhai...cukuplah dengan tomahan dan prasangka buruk yang mereka lontarkan buatku...salahkah untu aku berbaik dengan semua orang? kenapa perlu menganggap talam dua muka?? kenapa bila rapat dengan group yang lain, dah tak boleh rapat dengan group yg lama...kenapa bila berkawan dengan orang lain, mereka mengaggap aku seolah-olah berkawan kerana kepentingan...tapi aku tidak peduli Ya Allah. Hanya engkau yng maha mengetahui niat hatiku disini...Aku punya misi untuk memberi peringatan buat umat Islam disini...Aku diamanahkan olehmu untuk saling mengingati antara satu sama lain... Buat sahabat sekalian, semoga Allah lindungi kalian dan selamat meneruskan haluan hidup masing-masing... Seperti musim, manusia sentiasa berubah-ubah...Orang yang baik dengan kita belum tentu akan kekal selamanya....boleh jadi mereka akan bertukar menjadi lawan dan menyakiti hati kita...and now...it happend...mungkin sudah tiba masanya untuk aku fikirkan kebahagian hatiku sendiri....Ya Allah, permudahkan urusan thesis ku untuk kali ini...kembalikan fokus utamaku kesini iaitu untuk menuntut ilmu....Ameen ya Allah.

Friday, 15 May 2015

Yang Tertutup itu Indah

Assalamualaikum buat pengunjung Stanza Kehidupan...

Sekian lama menyepi,Alhamdulillah hari ini Iza diberi kesempatan untuk melakarkan sesuatu yang bermanfaat...Apa khabar rasa Iman dihati? semoga masih kuat utuh tak dilambung badai...Iza sekarang sudah berada difasa-fasa2 terakhir pengajian di UK... Baiklah, entri kali ini ialah yang tertutup itu lebih indah....Sengaja nak dijadikan uji kaji...tergerak hati untuk beli jaket kulit di UK...Bukan niat untuk menunjuk hebat dan sebagainya,tetapi sekadar nak melihat apakah kesan bila berpakaian seperti itu bila berjalan dikhalayak ramai...apakah yang dibanggakan oleh mereka? Ternyata yang tertutup itu lebih indah, Allah itu benar2 mahu menjaga hambanya...larangan Allah dalam surah An- Nur bukanlah untuk membebankan manusia sebaliknya adalah untuk melindungi serta membuktikan rahmat kasih-sayangnya.....Tak dapat nak digambarkan bagaimana rasanya bila berpakaian seperti apa yang mereka banggakan...Seperti yang iza nyatakan,biarlah kita berkongsi melalui pengalaman hidup sendiri supaya perkara itu benar-benar terkesan pada orang lain...

Ok, flash back....

Diberi kesempatan untuk menghadiri konsert Sami Yusuf adalah suatu rahmat dari Allah...sekian lama rasanya berkeinginan untuk bertemu dengan penyanyi yang banyak menyebarkan dakwah lagu-lagu islam...nyanyiannya sangat terkesan dihati untuk kembali mengingati Allah dan membantu diri ini untuk sentiasa mensyukuri segala nikmatnya....Siapa sangka,memakai jaket kulit itu benar-benar menguji....Manusia,hakikatnya sentiasa tertarik kepada jenama dan kecantikan...Untuk kali pertama cuba ku gayakan jaket kulit di sini...Tapi ternyata,hati ini tetap ada rasa anehnya...Aneh dengan apa yang aku gayakan...aneh dengan pandangan masyarakat disekeliling....dan ternyata,uji kaji ku berjaya dan benar...... Yang tertutup dan sederhana itu lebih indah....Allah lebih mengetahui segalanya....Sangat berbeza...Terima kasih ya Allah...Perjalanan hidupku di UK sangat mendekatkan aku padaMU serta menguatkan keimananku...Jauhi aku dari sifat fasik & munafiq. Ya Allah...Bimbinglah aku disaat aku jauh dan lalai darimu. Berikan juga petunjuk dan hidayahmu buat mereka yang aku kasihi disini...Ingatkan kami disaat kami jauh darimu...Kembalikanlah mereka kejalan yang benar.

Kekuatan Itu Wujud Bila Kerana Allah

Assalamualaikum buat pengunjung stanza kehidupan...Apa khabar rasa iman dihati? Hakikatnya Iman itu mudah goyah dan rapuh...namun disebalik kerapuhan itu Allah takkan abaikan bilamana kita semakin jauh tersasar darinya...Sudah lama rasanya jari ini tidak mencoretkan sesuatu yang bermanfaat...Ya Allah, engkau benar-benar dekat disanubari......Ampunkan kami disaat hati kami lalai dalam mengingatimu...disaat kami jauh darimu...disaat kami sering melupaimu.........Ya Allah, jadikan kami hamba yang sentiasa merendah diri, jauhi kami dari sifat-sifat munafiq dan fasiq....jauhi kami dari sifat sombong,ujub,riyak dan takbur.....Ya Allah,sekali lagi engkau memberi aku ilham untuk menuliskan kalimah yang indah buatmu....penulisan yang hadir dari tulus hati sanubari ku...Ya Allah,jujur aku benar-benar merasa agung denganmu...Engkau sangat baik......engkau sangat penyayang dan maha pengampun.....

Benarlah,kekuatan itu wujud bila sesuatu yang dilakukan itu atas niat kerana Allah...Terima kasih ku ungkapkan buatmu Ya Allah...saat aku benar-benar tidak merasa yakin dengan kemampuanku...engkau hadirkan semangat itu untuk aku meneruskan dakwah dan misiku di UK...Terima kasih kerana berikan aku kesempatan untuk menyampaikan agamamu....walaupun sedikit, mudah2an daku dapat melaksanakan taggungjawabku sebagai hambamu....Ya Allah,tiada kata yang dapat aku gambarkan saat engkau hadirkan kekuatan untuk aku menyampaikan dakwah di sini...sekali lagi engkau makbulkan juga niatku untuk menyampaikan ilmu mu disini..Mudah2an mendapat keberkatan darimu...Ya Allah, engkau tiupkan semangat itu...disaat aku merasa gugup untuk menyampaikan ilmu kebenaranmu....disaat aku merasa tidak yakin dengan diriku....disaat aku merasakan manusia akan memandang serong padaku....tapi, kekuatan mu itu membuatkan lidah ku lancar untuk menyebar agamamu..........dan kekuatan mu itu membuatkan aku masih mampu bersabar dan meneruskan misiku untuk mengingatkan mereka kejalan yang benar...Walaupun ada setengah manusia cuba mencari kesilapan dan kekuranganku....namun engkau tidak pernah menilaiku....apatah lagi aku hanya insan biasa....insan yang masih belum cukup sempurna sebagai muslimah............Insan yang sentiasa diuji dengan nikmat dunia....Ya Allah,engkau benar-benar hadir disaat aku dalam kesedihan....engkau hadir dalam memberi aku ketenangan......Ya Allah.......tak mampu untuk aku lakarkan apa yang aku rasa padamu...Jadikan kepercayaan aku padaMu semakin bertambah......Mudah2an aku mampu menjadi hamba yang bertaqwa...sebelum aku syahid dijalanmu....Mungkin syahid disaat aku menuntut ilmu.......Alangkah indah jika kematianku ini dalam husnul khatimah...........

15/5/2015
York/UK
-nhz-

Tuesday, 24 March 2015

LAKARAN HIDUP DI PERANTAUAN 2

Assalamualaikum buat semua pengunjung stanzakehidupan? Apa khabar rasa Iman dihati? Semoga Iman kita semakin bertambah dan bertambah..Ibarat gunung yang terpasak megah diatas bumi...takkan goyah/hancur walau dilanda ribut yang kencang...melainkan ianya bertukar menjadi debu yang halus bila mana berlakunya hari Kiamat itu...Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim...Izinkan aku meluahkan kata rinduku padaMU...Tuhan yang benar-benar Maha Adil lagi Mengasihani...Sungguh, jika Allah dah mula sayang kita....dia akan uji dengan sesuatu agar HATI kembali berpaut padaNYA saat kita mula menjauh darinya...Hakikatnya, kasih sayang Allah itu CONDITIONAL....As human,we shall follow all the Islamic Rule....Bersyarat Allah itu bukanlah untuk membebankan tapi sebaliknya adalah untuk kebaikan kita sendiri... Allah sayang hambanya, sebab itu kita perlu ikot semua syarat-syarat tersebut...supaya kita dibimbing kearah "JALAN YANG BENAR".......
 
Hampir separuh sudah, perjalanan hidup iza di UK...Berbagai ujian dan cabaran yang Allah berikan..dan ternyata ujian itu benar-benar mengajar iza erti kehidupan sebenar...Dunia,engkau benar-benar diciptakan untuk menguji dan melalaikan manusia....Diberi kesempatan untuk belajar disini, membuatkan iza lebih mengenali isi dunia dan perkaitannya dengan apa yang tercatat dalam Al-Quran...Kitab yang dipenuhi dengan pelbagai hikmah & peringatan...Surat Cinta dari Sang Murabbi...Sukar untuk diungkap...tapi setiap kali hati tertanya-tanya sesuatu...melalui Al-Quran jualah Allah hadirkan segala kemusykilan itu...dan Allah berikan ketenangan dihati melalui kalamullah itu....
 
Hidup di Negara Eropah ini terlalu banyak cerita untuk disingkapkan....Hakikatnya pelbagai ragam manusia dapat ku kenali dengan lebih mendalam lagi...Islam...engkau terlalu mulia...Agama yang benar...namun, kebenaranmu sering diperkotak-katikkan oleh non-muslim...Apatah lagi umatmu sendiri yang menjadikannya kelihatan buruk dimata non-muslim...Ada orang, Islamnya pada nama...solatnya terpulang sama ada hendak solat atau tidak...solat itu dijadikan sebagai sampingan dalam kehidupan...bila rasa nak solat,aku solat...bila rasa malas....tak perlu solat....Aku hidup di Negara Eropah....No one can see me...Muslim?? jaga la hal korang...jangan nak jadi baik or ustazah...Kita kubur lain-lain....Ya Allah, hebatnya manusia dengan keangkuhannya...Namun kehebatan mereka sedikit sebanyak membuatkan aku sebagai hambaMU terasa amat berdosa kerana tak mampu untuk melakukan dakwah yang terbaik buat mereka yang aku kasihi.....Apakah yang akan engkau persoalkan padaku kelak Ya Allah? Maafkan aku sebagai hamba yang lemah.....Hakikatnya,aku sering dipersoalkan oleh non-muslim....kenapa Islam itu berbeza?? Hanya ilhamMU jualah untuk membantu aku menjawab segala persoalan..dan kaum adam, kalian adalah pemimpin dimasa hadapan...dan dalam kehidupan berumahtangga...tunjukkanlah sikap kepimpinan yang sebenar....berusahalah untuk menjaga solatmu....untuk mencari tempat solatmu....bukan mengahbiskan masa dengan keseronokan...menghabiskan masa dengan kelab malam...you are not deserve to become muslim if behave like this.................malunya.......perbuatan kalian itu sebenarnya telah menimbulkan banyak persoalan dikalangan non-muslim..........
 
Dan ada manusia,Islam nya indah...namun dalam kealpaan mereka lupa dengan percakapan yang diungkapkan...hujahnya bernas dalam menyampaikan nasihat dan ilmu agama...namun mereka tidak sedar yang mereka telah mempersendakan agama Islam....Tak salah nak melawak dalam sesuatu hal,tapi janganlah hukum Allah itu dipermain dan dipersendakan...Kenapa harus mengejek pada manusia yang mengajak kearah kebaikan??? Tahukah kalian sebenarnya orang yang kalian ejek itu suatu hari nanti tinggi darjatnya disisi Allah?? Salahkah manusia yang berubah untuk berhijab itu?? Yup, UK is modern.....well known country...tak payah la nak pakai tudung tu....nanti orang tengok semacam jer...rambut ko tu cantek...apa salahnya free hair..SALAH! memang salah...sebab nanti diakhirat rambut yang cantek itu akan dibakar api yang panas....Dan pakai tudung bukanlah untuk sesuka hati....pakai bila keluar rumah or pegi kelas...tapi bila dalam flat...let others see you hair...What should I explained to others non-muslim? Dunia, hebatnya engkau dengan ujian hidup...semoga aku masih kuat untuk meneruskan misi dakwahku ya Allah...
 
Tudung tu untuk menutup dada...tudung itu untuk melindungi diri...tapi mereka menjadikan tudung hanya untuk menutup rambut....Ya Allah, salahkah aku jika sampai sekarang aku masih belum berjaya mengajak mereka kearah kebaikan? Tapi aku takkan jemu memohon padamu untuk membuka pintu hati mereka Ya Allah...Walaupun hakikatnya aku bukanlah muslimah yang sempurna dimatamu, tapi aku berharap sama-sama menerajui perjalanan hidup ini bersama mereka kearah yang lebih baik...Hidayah itu datangnya dari Allah,tapi tanpa usaha Allah takkan gerakkan hati untuk mendapatkannya....Semoga suatu hari nanti Allah bukakan hati kalian untuk memahami erti islam sebenar...Jangan kerana bertudung,kalian biarkan pula lelaki menyentuh kalian sesuka hati...jadilah mawar yang berduri...cantik tapi tak mudah di sentuh...jadilah merpati...Nampak jinak tapi tak mudah disentuh.....mudahnya kalian biarkan lelaki menyetuh dan menepuk bahumu....mudahnya kalian membiarkan lelaki melihat rambutmu sebelum bakal suamimu melihat terlebih dahulu...mudahnya kalian biarkan suamimu menanggung segala dosamu...
 
Ya Allah,ternyata perjalanan hidup aku disini benar-benar mengajar aku apa itu kehidupan didunia...Ada yang diciptakan untuk menjadi golongan munafiq....ada yang diciptakan untuk menjadi golongan fasik....ada yang diciptakan untuk menjadi golongan beriman....dan ada yang diciptakan untuk menjadi golongan yang bertaqwa...Taqwa....bukan mudah untuk mencapai tahap ketaqwaan itu...hanya mereka yang terpilih sahaja....dan mereka inilah hamba yang paling rapat disisi Allah...Aku??? ternyata masih jauh dalam perjalananku untuk mencapai taqwa..............Ya Allah, sampai seketika aku semakin penat...penat dengan isi dunia...penat dengan kehidupan yang aku sendiri tidak pasti...kehidupan yang penuh dengan kesibukan...kehidupan yang penuh dengan kelalaian....kehidupan yang penuh dengan kepura-puraan....Hattakan,aku ingin sangat bertemu denganmu...namun aku takot Ya Allah,takut pada setiap amalanku didunia ini....takot kerana aku hanya manusia biasa....yang ternyata imanku mudah diuji....yang tenyata masih jauh untuk mencapai ketaqwaan itu.......Ya Allah...aku rindu...aku rindu untuk bertemu denganMU....aku rindu Ya Allah...Sunnguh pun engkau benar-benar dekat,namum aku berharap agar suatu hari nanti aku dapat melihat wajahmu.........Amin Ya Allah...Maafkan segala apa yang terlintas dihati...Maakan segala dosa-dosaku sebagai hamba yang alpa...
 
nhz/yorkUK
25/3/15

Friday, 6 March 2015

Hakikatnya Jodoh itu Rahsia Allah

Assalamualaikum semua pengunjung stanza kehidupan.. Apa khabar rasa iman di hati? Semoga masih subur dibajai dengan iman dijiwa...tak kering kontang dengan kenikmatan dunia... Alhamdulillah, iza di UK sihat Alhamdulillah dalam rahmat dan kasih-sayang Allah..Allah,dialah tuhan yang sentiasa subur mekar dijiwa... Walaupun adakalanya hati ini tidak mampu untuk memberikan 100% kesetiaan padaNya, namun Allah tak pernah mengabaikan hambanya ini...Masih tetap mahu memberi perhatian saat diri dalam kegelisahan, kesusahan dan kesepian...Sepi...sepi...dan kesepian itu menghantar aku kembali untuk mengingatimu Ya Rabbi..Hidup diperantauan tanpa bertemankan mahram dan ahli keluarga bukanla mudah..hakikatnya ia sentiasa membawa hidup dalam kesepian dan diuji dengan penuh kerinduan....Jarak ini kadang-kadang pengikat kasing sayang diantara keluarga...
 
Okla,entry kali ini adalah hakikat jodoh...dari zaman sekolah hinggalah sekarang iza percaya jodoh ciptaan dari Allah itu wujud dan ada..Dan jodoh itu sangat rahsia untuk disingkapkan kerana hanya Allah yang mengetahui segala percaturannya..Sebagai hamba,kita tak mampu nak menyatakan siapa jodoh dan siapa bukan jodoh...Hattakan sampai sekarang iza masih belum pasti siapakah jodoh yang Allah benar-benar ciptakan untuk iza...Ianya penuh dengan kerahsian dari Allah...Sampai satu ketika kita dah penat untuk mengejarnya....berhenti berharap dan tetap meneruskan saki baki hidup didunia dengan sebaiknya...Manusia...mereka datang dan pergi tanpa dipinta...Allah jualah yang mengaturkan semuanya...biarpun berbeza dari sikap, fizikal,mental dan lahiriah..namun masing-masing punyai keistimewaan dan asbab dalam kehidupan kita... Hadirnya mereka untuk memberi pengajaran dan didikan buat diri yang sentiasa dahaga ilmu dan rahmat kasih sayang Allah...Mereka hadir untuk memberi seribu satu erti kehidupan....
 
Ada yang hadir dalam hidup untuk mengajar erti kebahagian...
Ada yang hadir untuk mengajar erti kesengsaraan...
Ada yang hadir untuk mengajar erti kerinduaan....
Ada yang hadir untuk mengajar erti kesungguhan....
Ada yang hadir untuk mengajar erti kekecewaan....
Ada yang hadir untuk mengajar erti kesabaran....
Ada yang hadir untuk mengajar erti kegelisahan....
Ada yang hadir untuk mengajar erti kesempurnaan....
Ada yang hadir untuk mengajar erti kesederhanaan....
Ada yang hadir untuk mengajar erti kenikmatan....
Ada yang hadir untuk mengajar erti kasih-sayang....
Ada yang hadir untuk mengajar erti sebenar kehidupan!........
 
 
Semuanya Allah hadirkan dalam perjalanan hidup kita. Perjalan yang ditipkan menerusi jarak umur bagi setiap hamba. Makin lama jarak umur yang dimilikinya...makin bertambahla erti kehidupan pada manusia...setiap perjalanan itu mereka diberi persinggahan yang dipenuhi dengan berbagai ujian...dan ujian itulah yang benar-benar mengajar erti hidup pada kehidupan yang sebenar....Satu demi satu Allah hadirkan manusia dalam hidup ini....mereka hadir dengan berbeza fikrah dan lahiriah...mereka hadir untuk mengajar aku apa itu erti hidup...dan dalam setiap persinggahan itu akan ada ujian dari Allah terutama apabila dalam misi pencarian jodoh....Ya Allah, "Jodoh" ungkapan yang tak mampu aku huraikan dengan sebaiknya keranya hanya engkau yang benar-benar mengetahu siapakah yang telah engkau ciptakan buatkan...disetiap perjalanan hidupku ini, engkau hadirkan berbagai jenis manusia untuk aku menilai dan mencari siapakah yang telah engkau ciptakan terbaik buatkan...Hattakan aku semakin penat untuk merongkai semua pesoalan ini kerana....ianya benar-benar dibawah kekuasaan mu...Aku sebagai hamba,tak mampu nak merungkai segala rahsia yang masih engkau sembunyikan...Sampai seketika aku semakin penat Ya Allah...penat untuk aku mengejar dan menanti pada sesuatu yang aku sendiri tidak pasti dan ketahui...benarlah, aku harus meletakkan pergantungan padaMu untuk segala hal..kadang-kadang kita rasa sesuatu itu adalah yang terbaik buat kita, namun hakikatnya kita belum pasti sama ada ianya baik pada Allah ataupun masih ada yang terbaik yang Allah ciptakan buat kita...Kekecewaan itu mengajar aku erti hidup untuk lebih dekat padamu Ya Allah...
 
Allah hadirkan orang baik-baik dalam hidup kita...mereka pergi...disebalik kekosongan itu...Allah hadirkan pula orang yang lagi baik buat kita.....dan mereka pergi...dan Allah hadirkan lagi yang lebih baik buat kita...namun mereka tetap pegi meninggalkan kita..Hatta kan sampai seketika Allah pasti akan hadirkan sesuatu yang tidak kita sangkakan....sesuatu yang mungkin telah lama Allah ciptakan buat kita...disaat itu, Istikharah jualah penujuk jalan yang terbaik untuk memilih dan dipilih antara semua yang hadir dalam hidup kita itu....Kadang-kadang manusia itu terpaksa menghabiskan seumur hidupnya untuk setia pada pasangannya kerana merasakan itu adalah jodohnya..namu hakikatnya manusia lupa...kesetiaan itu bukan penentu jodoh....ini kerana jodoh itu rahsia Allah...setia hingga hujung nyawa sekalipun kalau Allah dah tetapkan bukan jodoh masih juga perlu untuk move on! Yakinlah,pada saat akhir perjalanan hidup..Allah pasti akan hadirkan insan yang sebenarnya.
 
"Orang yang kita suka belum tentu jodoh jika tiada tindakan segera yang diambil oleh mereka. Hanya mereka yang mengambil tindakan pantas dan bergerak kearah perkahwinan sahaja yang baru dinamakan Jodoh"

Dan reality untuk menemukan insan seperti ini bukan mudah.. Hanya Allah sahaja dapat menggerakkan hadirnya  insan seperti ini. Andai satu saat ada insan yang lebih cepat bergerak kearah itu, mungkin dialah jodoh yang telah Allah ciptakan... Meskipun saat itu kita terpaksa melepaskan segala suka-duka perjalanan hidup kita bersama dengan insan-insan yang kita temui  sebelum ini..............Ya Allah, kuatkan aku dalam mencari redhaMU, hapuskan segala kerinduan dan kesedihanku dan temukan aku dengan Jodoh yang masih dalam kerahsiaanMU. Bukan dengan seseorang yang aku sendiri tidak pasti apa pengakhirannya...Selamatkan hati ini Ya Allah...Hati yang semakin rapuh dan tenat pada misi pencarian yang aku sendiri tidak pasti...!_!

nz/York UK
5/3/2015



Monday, 8 December 2014

Lakaran Hidup di Perantauan

Assalamualaikum buat semua pengunjung stanza kehidupan...Apa khabar  Iman di hati?? Semoga semakin bertambah dan bukannya berkurang, luntur dan sepi untuk dibawa mati...Maaf sebab sekali lagi kesibukan dunia mengatasi segalanya..astaghfirullahalazim...Sekarang Iza dah merantau jauh dari Malaysia....memandangkan sekarang tengah cuti,boleh la update sesuatu disini...Syukur ya Allah, engkau titipkan disebalik kesedihan itu dengan kebahagian yang amat sukar untuk dijangka...Maafkan kesilapan hambamu Ya Rabbi, andainya diri tak pernah sedar untuk mensyukuri akan segala nikmatmu...nikmat yang engkau berikan didunia yang sementara ini....ya...sementara dan hattakan diriku sendiri tidak pasti kemanakah penghujungnya nanti? Syurga....atau......Neraka...???...

Menjadi musafirah di perantauan seorang diri tanpa bertemankan mahram amat sulit sekali, namun Allah jualah pelindung sebenar baik didunia mahupun diakhirat...Dengan keyakinan itulah yang membuatkan diri ini bersemangat untuk merantau jauh,untuk mencari ketenangan dan bergantung pengharapan pada Allah yang satu! bukan pada manusia....Ya Allah, tak terhitung akan segalanya...Engkau benar-benar maha mengetahui segala sesuatu...engkau benar-benar maha adil lagi mengasihani....Bantulah untuk hambamu ini menjadi hamba yang taat, walaupun ada seketikanya iman ini mudah goyah apabila diusik oleh bisikan syaitan...Ku yakin, engkau adalah sebaik-baik titipan untuk melindungiku Ya Allah....selamanya.....

Kali pertama sampai di UK, membuatkan hati ini terasa kerdil dan semakin teruja akan kebesaranmu Ya Allah..Benarlah apa yg engkau ceritakan didalam Al-Quran...Kekuasaanmu takkan habis untuk diceritakan dengan pena...kerana terlalu banyak untuk dicoretkan...Namun, hati ini menjadi semakin takut Ya Allah...Takot pada tanggungjawab yang tak mampu untuk aku pikulkan..seandainnya hambamu ini tak mampu nak menyampaikan agamamu pada mereka disini...mohon agar engkau ampunkan daku sebelum nafas terakhir....Sebelum engkau makbulkan hajatku yang terakhir untuk menghembuskan nafas terakhirku disini....dengan jihadku untuk menyebarkan islam dan menuntut ilmu...serta membantu umat Islam disini...

Ya, datangnya aku kesini punyai misi...Misi untuk menerokai keindahan & kekuasaan mu Ya Allah...dan misi untuk menuntut ilmu dan berdakwah...walaupun diri ini tak mampu nak bersuara lantang seperti mereka yang lain, namun akan ku usahakan dengan caraku sendiri...Dengan diberinya peluang untuk mengutip pengalaman hidup disini, telah membantuku untuk mengamalkan apa yang telah aku pelajari selama 4 tahun di Universiti...Baru ku sedar akan segala pengaturanMu Ya Allah..engkau telah menyediakan perancangan hidup yang sangat indah buatku.....Sangat indah dan semoga aku sentiasa bersyukur padaMu disetiap saat dan ketika tanpa berkeluh kesah...
 
Dunia.....
Andai dapat aku kahabrkan pada semua bahawa ianya hanya lah sementara.....
Kiamat......
Andai dapat aku khabarkan pada manusia bahawa engkau bakal menjelma......
Kematian....
Andai dapat aku khabarkan pada setiap jasad manusia bahawa engkau akan menghampiri....
Syurga....
Andai dapat aku khabarkan bahawa beruntungnya sesiapa yg berjaya memasukinya..........
Hari perhitungan....
Andai dapat aku kahabrkan betapa ngerinya saat itu.................
 
Ya Allah,
Hambamu ini sangat ingin bertemu denganMu..
Tuhan yang Maha Kuasa & Maha Adil...
 
Ya Allah,
Aku benar-benar takut pada penghidupan ku didunia..
Sesuatu yang aku belum pasti sama ada aku bakal berjaya atau tersungkur diakhirat nanti......
 
Ya Allah,
lakarkan hidup kami didunia dengan cara Al-Quran..bukan ikutan hawa nafsu..
Lindungi dan Rahmati seluruh umat Islam di sini...
Berikan petunjuk hati buat mereka...
Kuatkanlah benteng keimanan kami disini Ya Allah...
 
-nhz(York,UK)-
 
 

Wednesday, 11 June 2014

" KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA"

Assalamualaikum semua...semoga dalam keadaan sihat hendaknya.. Bersyukur ke hadhirat Illahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya kita masih dapat bernafas dan meneruskan lagi  hidup dibumi yang penuh dengan ujian dan pancaroba...Apa khabar Iman dihati anda?? Mudah-mudahan Allah sentiasa mempertingkatkan Iman kita serta menjadikan kita hamba yang terpilih (hope so..) dan disayangiNYA setiap saat dan ketika...Percayalah,bila Allah dah mula beri perhatian kepada kita...jangan cuba untuk sia-siakanya sebab dialah sebaik-baik pelindung yang Maha Melindungi kita baik dibumi mahupun diakhirat kelak... Kerana Dialah tuhan yang satu "Allah" untuk selama-lamanya..
 
Okla,untuk entri kali ni iza nak kongsi sedikit tentang kelebihan solat sunat dhuha..Seperti biasa, iza akan kongsikan dari apa yang iza lihat dalam kehidupan ini  atau merasainya sendiri...Mesti kawan-kawan tertanya kenapa nak tulis benda yang sama sedangkan dalam blog lain dah ada pasal solat tersebut?? Jawapanya: This is my real story..to make you more believe and practice it as well as you can! Let the love of Allah in your heart be the light that guides you through you darkness moments ....
 
Solat Sunat Dhuha??
 
Solat sunat dhuha ialah solat yang dilakukan pada awal pagi dari terbitnya matahari sehingga sebelum masuknya waktu Zohor. Solat ini boleh dilakukan sama ada dua rakaat/empat/ etc..Ikot pada kemampuan masing-masing..Kalau iza masih dapat amalkan untuk dua rakaat. Tak kisah banyak manapun rakaat yang dapat kita lakukan asalkan kita "Istiqamah" untuk melakukan solat tersebut setiap hari. In shaa Allah...Dibawah ni iza sertakan doa untuk Solat Sunat Dhuha..mungkin boleh mula menghafal dan amalkan..
 
 
 
BUT**  Jangan solat sunat je rajin, solat yang wajib melayang entah kemana...Make sure kedua-duanya dilaksanakan dengan sempurna..Okla, kalau iza suka laksanakan solat ni diawal pagi lebih kurang macam pukul 8.00pagi atau diantara 8.00a.m-10.00a.m. Kenapa buat awal pagi?? Sebab masa itulah waktu yang terbaik untuk kita memulakan aktiviti harian kita dengan bersedekah.. Sekurang-kurangnya kita dah mulakan hari kita dengan mensyukuri dahulu nikmat yang telah Allah kurniakan dan berzikir sebagai tanda mengingati Allah Maha Pencipta & Berkuasa...ya! Allah sangat Berkuasa!!
 
Manusia sifatnya lalai,dan mudah digoda oleh kenikmatan dunia..tahu kenapa? Kerana syaitan itu sangat kreatif untuk menysesatkan kita. Walaupun dah berbagai cerita dan video yang cuba dikongsikan oleh orang ramai mengenai cerita kelebihan solat Dhuha itu, kita masih tidak menyedarinya serta mengamalkannya....sehinggalah Allah sendiri yang bukakan hati ini untuk kita mengamalkannya.."Saya berharap agar sesiapa yang membaca entri ini, akan diperkenankan Allah untuk dia pula berusaha agar istiqamah untuk melakukannya..Ameen." Solat Dhuha sangat banyak kelebihannya...sukar untuk Iza kongsikan bagaimana rasanya "Ketenangan & Kenikmatan" itu bila kita mengamalkan Solat Dhuha. Rezeki Allah itu luas dan sangat banyak untuk dikurniakan kepada makhluk ciptaan-NYA. Sejak iza tengok video yang menceritakan kejayaan seorang usahawan Indonesia yang menceritakan pengalaman hidupnya dari sebatang kara kepada seorang usahawan yang berjaya, hati iza mula tertarik untuk istiqamah melakukannya. Ternyata, Allah tak pernah memungkiri janji..."Dan menjaga hubungan dengan Allah itu sangat penting kerana jika kita menjaga hubungan baik dengan Allah, Allah akan memudahkan segala urusan dunia untuk kita..percayalah.."
 
Dan bersyukur kehadhirat Illahi kerana sejak dari bulan Ramadhan lalu,selepas sedikit demi sedikit Allah hadirkan hidayah buat insan yang lemah ini...iza mula mengamalkan Solat Sunat Dhuha setiap hari...Untuk permulaan agak berat dan susah untuk istiqamah...tapi lama kelamaan iza dah dapat setkan setiap pagi wajib Solat Dhuha sebelum buat sesuatu kerja...dan Alhamdulillah, Allah itu sangat Adil lagi Maha Mengetahui segala isi hati...Selepas sahaja melaksanakan solat tersebut, rezeki dan rahmat yang Allah bagi tidak pernah terputus..Selepas tamat belajar, Iza mohon kerja sambilan untuk jadi RA di UUM..Habis tempoh RA, iza mohon untuk jaga Exam di UUM, selepas itu Allah kurniakan pula rezeki jadi RA di UUM semula, selepas itu Allah kurniakan pula rezeki untuk kerja sambilan di salah satu jabatan di UUM...selepas itu Allah kurniakan pula rezeki untuk sambung belajar...Ya Allah, siapalah aku untuk menyangkal segala nikmat yang telah engkau berikan padaku...Sesungguhnya engkau benar tuhan yang Maha Kaya...Al-Quran jualah sebaik-baik pesanan dan peringatan disaat hamba ini alpa.. Maafkan dosa-dosaku untuk tempoh seketika dahulu...Janganlah engkau palingkan hatiku untuk sentiasa mensykuri nikmat yang telah engkau berikan...Percayalah kawan-kawan, Allah yang memberi rezeki,bukan manusia..Kita selalu fikir yang manusialah yang memberi rezeki kepada kita..tapi sebenarnya kita tak sedar Allah jualah yang kirimkan rezeki tersebut kepada kita melalui berbagai cara.. Bersykur kerana iza tidak pernah merasa jadi pengaggur seperti yang dialami oleh kawan-kawan lain..Benarlah,manusia itu sendiri yang mampu mengubah nasib mereka..Insha Allah, semoga Allah mengubah nasib ini mengikut caranya dan sentiasa dalam keredhaan Allah. Untuk mengubah nasib anda,mulakanlah dengan mengubah cara penjagaan hubungan anda dengan Allah...iaitu amalkan solat Sunat Dhuha.
 
Dan tak dinafikan, Allah kurniakan dalam hati ini nikmat ketenangan hati yang luar biasa....Ya, sangat luar biasa....walaupun diri diuji dengan berbagai ujian,namun bila mengingati dan beristighfar menyebut namaNya..terasa tenang dan bahagia..hilang sudah segala kekusutan yang melanda di minda dan jiwa...Sungguh, kuasa zikir/tahmid dan tasbih itu tinggi nilainya...Amalkan secara istiqamah dan anda pasti akan merasainya...Please believe me... Allah itu Maha Kaya! kerana rezekinya meliputi dilangit dan bumi..Allah itu Maha Berkuasa kerana Rezeki yang jauh mampu didekatkannya,yang sukar mampu dipermudahkannya...Bertepatan dengan doa diatas. 
 
 [HAVE FAITH TO ALLAH]

Tuesday, 20 May 2014

MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA REDHA ALLAH ITU MANIS

Assalamualaikum semua...terima kasih sebab masih sudi mengikuti cerita disini...kisah kehidupan yang penuh dengan ujian...dan ujian itu kadang-kadang mematangkan diri serta mendekatkan diri pada rabbul izzati ( Allahhurobbi)...Ya Allah....Ya Rahman...Ya Rahim..Dialah tuhan yang menciptakan sekeping "HATI" dan menguruskannya mengikut kehendakNYA...bukan pada kehendak manusia atau sesiapa...dan hati itu juga mewujudkan fitrah...fitrah yang diuji buat segenap manusia...dan fitrah itu tak mampu di bendung,tak mampu di buang melainkan dengan bermunajat,beristighfar dan memohon doa padanya.. teruskan berdoa pada Allah yang Maha Esa kerana dengan berdoa itu sesuatu yang tak mustahil pasti boleh berlaku menurut kehendaknya..Mohonlah agar diberi ketenangan, ketabahan dan kesabaran....Benar..mujahadah itu sangat pahit..apatah lagi kita cuba untuk bermujahdah pada sesuatu perkara yang tak mampu dikawal oleh diri kita kerana hati ini hanya Allah yang mampu membolak-balikkan..tapi yakinlah pada setiap mujahadah itu ada kemanisannya...saya yakin...Keredhaan Allah itu yang penting kerana kelak bila kita berterusan melakukan sesuatu yang Allah tak redha...mungkin akibatnya akan ditanggung pada masa hadapan dan pada zuriat keturunan kita....dan benarlah kata seorang tok guru:

 " Jangan letakkan seseorang itu dihati kerana hati manusia itu sentiasa berbolak-balik....tetapi letaklah ia dibibir kita pada setiap kali berdoa...kerana kekuatan doa itu adalah pada Allah..Dia yang menciptakan hati dan Dia juga yang mampu menjadikan seseorang itu terletak dihati pasangan masing-masing...Cintalah padanya kerana  agama,kerana itu lebih baik..."

"HATI" bila dah bermasalah...semuanya jadi huru-hara..tapi ketahuilah ada sebab mengapa Allah menguji...mungkin Dia cuba memberi sesuatu yang terbaik atau memberi ujian untuk meningkatkan tahap keimanan kita padaNya...Dan untuk kesekian kalinya hati ini benar2 diuji...dan untuk kesekian kalinya hati ini pasti yang Allah sendiri yang hadirkan rasa kasihkan seseorang yang tak mampu untuk dibendung...dan untuk pertama kalinya kesan itu sangat mendalam dan ku yakin Allah lebih megetahui apa yang tersembunyi...Walaupun hampir genap setahun berlalu,tapi perasaan itu tetap ada...dan perasaan itu wujud bila mana agama itu yang menjadi ikatan...Terlalu banyak persoalan yang ingin disingkapkan dan semakin jauh diri cuba melarikan..semakin kuat pula petanda yang datang menghampiri...Tiada daya kekuasaan melainkan petunjuk dari Allah yang Maha Esa...Benarlah,cinta kerana agama...itu yang terbaik..dan kesannya sangat mendalam..walau bagaimanapun percayalah pada jodoh. Kerana itu ketentuan serta ketetapan Allah dan masih lagi dalam rahsianya...sampai satu saat Allah pasti akan singkapkan juga..cuma hati perlu kuat bersabar menghadapinya...seandainya apa yang disangkakan tidak menjadi kenyataan,yakinlah Allah sedang mengatur yang terbaik,pada waktu yang terbaik,dan bersama dengan sesuatu/seseorang yang tebaik....

Warkah buatmu kaum Adam,
Penulisan ini bukan kerana nama,
Malah bukan kerana harta,
Tetapi hanyalah semata-mata kerana Rabbuna,
Bukan sekadar coretan bahasa tetapi untuk meluahkan rasa,
Setiap mahkota hati wanita pasti akan disinggahi perasaan ini,
Namun, cuma ia berbeza..
Dari kaca mata seorang wanita dengan seorang muslimah,
Tindakan, perilaku dan bicaranya berbeza,
Jika mata hati yang diguna,
Temuilah kau akan perbezaanya bila mana wanita jatuh cinta,
Berbanding muslimah yang sedang jatuh hati.

Warkah buatmu kaum Adam,
Aku tidak tahu apa yang terbentang di fikiranmu,
Aku tidak tahu apa yang berkisar di dadamu,
Namun janganlah kau memandang serong,
Dengan penulisan ini,
Kerana aku tetap dengan pendirianku,
Bertemankan ALLAH SWT menjadi saksi,
Pohonku kepada Illahi semoga kau akan membacanya,
Untuk mengetahui isi hati yang terlipat halus di benak naluri,
Di hati kecil seorang insan bernama muslimah.
Semoga diri ini menjadi mukminah suatu hati nanti.

Wahai Adam,ketahuilah..........
Di saat kau membaca warkah ini,
Air mata ku jatuh perlahan-lahan,
Dalam menahan sebak yang menikam-nikam perasaan,
Membasahi kelopak mata yang kering dengan air salju,
Begenang dan terus bergenang sambil jari-jemari ku melayarkan penulisan ini,
Bergelinangan, berguguran dan kini air peraduan ini yang menjadi peneman.....
Namun ketahuilah..... 
Setitis demi setitis air mata ini,
Menjahit lubang-lubang kecil yang terluka di sudut perasaan,
Biar meninggalkan bekas pada hati ku yang terkesan,
Kerana ALLAH SWT masih di sisiku,
Dengan air mata ini DIA mengubat pedih-pedih di jiwa,
Tatkala ku lantunkan zikir-zikir memuja namaNya,
Kerana itu aku kuatkan azam dan semangatku,
Melukiskan cinta dalam diamku,
Berakhirnya warkah ini aku tuliskan untukmu.
Warkah khas buatmu....

Wahai Adam,
Ketahuilah bezanya perempuan dengan muslimah,
Ketahuilah bezanya permata yang disimpan di balang kaca itu,
Berbanding dengan kaca yang bersepah di lantai,
Walaupun hakikatnya nampak sama,
Tetapi jauh sekali istilah dan fikrahnya berbeza,
Namun ketahuilah wahai makhluk pembimbing ciptaan ALLAH,
Tetap ada bezanya antara CINTA seorang wanita,
Yang sekadar bergelar perempuan,
Berbanding salju sakinah bernama muslimah.

Wahai Adam,
Ketahuilah bezanya cinta mengikut fitrah dengan cinta yang berhulu,

Cinta yang berpandukan nafsu yang serakah,
Ketahuilah telah ku cuba sebagai muslimah memendam rasa,
Mengalirkan cinta dan hati ini mengikut aliran yang sepatutnya,
Namun hati kecil ini amat mudah tersentuh dan amat rapuh saat disentuh,
Sedangkan Saidatina Khadijah sendiri melamar Rasulullah saw,
Maka, menurut ku wahai Adam, salahkan aku berbuat begini?
Untuk menyampaikan hasrat yang terpendam di sudut hati?

Namun jangan kau khuatir..
Penulisan ini hanya sekadar coretan,
Penulisan ini hanya sekadar lembaran,
Aku sekadar wakil, perantara,
Bagi hati-hati muslimah yang berada di luar sana,
Menyampaikan larut-larut bacaan makhkota hati seorang insan,
Yang tatkala ini sedang mendambakan kasih yang tak kunjung datang,
Yang tatkala ini sedang cuba menanam cinta Illahi dalam hati,
Menyemai mawaddah usrati jannati,
Kerana dia tahu ALLAH SWT berada disisi,
Berbicara dengannya tatkala solat, doa, zikir sebagai penawar hati.
Dan dia yakin pada jodoh pemberian Illahi nanti.

Namun, harus kau tahu bila mana muslimah jatuh cinta,
Dia tidak akan pernah sesekali membutirkan bicara,
Mengenai rasa yang dipendamkannya,
Malah, mahu kau tahu kenapa wahai Adam?
Kerana jauh di dasar qalbu,
Dia amat takut sekali engkau tersungkur dicedera rindu,
Dia amat bimbang sekali iman mu goyah kerana hadirnya

Bisikan nafsu dan iblis yang menghasutmu,
Dia amat khuatir kau hanyut dibawa bait-bait cinta palsu,
Dia amat gusar ibadah mu terganggu,
Jika langkah mu terjerumus, diseliputi kabus wahan yang menebal di qalbu,
Maka kerana itu dia mengambil keputusan,
Untuk membicarakan cinta hanya sekadar di jiwa,
Namun sesekali tidak dia akan melafazkan,
Kerana dia tahu hadirnya nanti,
Tidak akan mampu menghalang iblis dan nafsu untuk merajai hati,
Bimbang mungkin meruntuhkan tembok keimanan yang telah kau bina,
Bertahun lamanya sebagai jambatan menuju ke syurga.


Mahu kau tahu kaum Adam?
Bila mana muslimah jatuh cinta?
Tatkala dia tahu hatinya sudah berpaut pada mu,
Maka dia akan pelihara tawadduk sebagai perisai mutiara jiwa,
Tatkala dia tahu hatinya sedang diikat dengan simpulan cinta,
Tidak sesekali matanya berani menatap pandangan matamu,
Biarpun pada semua muslimin dia melakukan hal ini,
Tapi tidak akan sama pada dirimu,
Kerana telah tersusun letaknya muslimah,

Harus menjaga pekerti sebagai perhiasan dunia,
Namun padamu, dia lebih malu,
Namun pada mu, dia lebih kaku,
Dia bimbang jika panahan syaitan menusuk dari mata ke mata,
Maka dia menundukkan pandangan matanya,
Pada mu sangat sukar untuk dia mulakan bicara,
Diam lebih bernilai daripada berkata perkara yang lagha,
Jika kau melangkah setapak mendekatinya,
Maka akan digerakkan seribu langkah berusaha gigih mahu menjauhi mu,
Dan jika engkau di selatan,
Dia akan tetap diutara untuk mewujudkan jarak itu.

Mahu tahu kenapa dia melakukan hal ini wahai Adam?
Kerana dia mahu memelihara iman mu,
Kerana dia mahu menjaga pandangan mata mu,
Kerana dia mahu engkau mencapai cita-citamu,
Mana mungkin dibiarkan engkau diselebungi

Dengan debu dosa akibat zina mata,
Kerana dia mahu kau menjaga bicara mu,
Mana mungkin dia membiarkan engkau memulakan bicara dusta,

Tatkala hati diseliputi cinta,
Dia mahu kau hanya melontarkan ilmu berfaedah,
Menggunakan akal, bukan bicara berpandukan nafsu yang serakah,
Dia mahu kau menjaga lidah,

Yang hanya basah melantunkan zikir tatkala atas sejadah...
Dia mahu kau menghindari diri daripada zina hati,
Kerana dia tahu wahai adam,
Adam yang sempurna akalnya, pasti banyak berdiam diri daripada berkata-kata..
Adam yang soleh hanya akan menetapkan cinta hanya pada Illahi cuma..
Adam yang baik akan setia pada insan yg diidamkan disyurganya..

Dia mahu kau memelihara akhlak mu,
Mana mungkin dia membiarkan engkau mendekatinya terlebih dahulu,
Tanpa hubungan yang HALAL dan SAH,
Mana mungkin dia meletakkan dikau di tempat yang alpa,
Menodamu dengan cinta palsu dunia,
Dia tidak mahu kau menggodanya melalui jalan yang tidak diredhai pencipta,
Jika kau benar mahu menghampiri,
Menjadikan dia suri di hati,
Bukan dirinya yang harus kau dekati,
Tetapi WALINYA sebagai pengganti.

Wahai Adam,
Saat muslimah ini cuba meyakinkan kau hanya sebagai sahabat baginya,
Saat kau sudah mula menyoal dan mencuriga,
Sebenarnya dia hanya cuba membohongi perasaan diri,

Dan cuba mengelakkan zina hati,
Kerana dia tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan,

Yang selama ini terjalin keranaNya,
Hakikatnya dia cuba tidak mahu merosakkan mu,

Dengan menjalin hubungan percintaan tanpa redhaNya,
Dia amat bimbang kau terjebak dalam perasaan suka,

Jika benar kau juga  pernah memendam rasa,
Dia mahu melindungimu, aqidahmu dan imanmu,

Yang telah lama dibina atas dasar taqwa.
Maka kerana itu sehingga kini dia pendam,
Cintai dikau hanya dalam diam.
Dan sampai ketika hatinya sudah berputus asa,
Letih pada hati yang kian merapuh..

Wahai Adam,
Ketahuilah muslimah ini amat sukar jatuh cinta,
Diserahkan CINTA nya hanya kepada yang Maha Memiliki CINTA cuma,
Namun, di saat kau menyentuh hatinya perlahan-lahan,
Dia sedar betapa sakitnya hati ini,

Seperti dicucuk-cucuk duri yang tersembunyi,
Dan dia sedar betapa setiap langkah perbuatannya,
Seringkali munculnya nama mu sebagai pendorong kebajikan di hati,
Dan dirimu sudah mengubah cara hidupnya,
Namun muslimah ini tidak mampu untuk membencimu,
Kerana kebaikanmu mengatasi segalanya..

Sudah berkali-kali dia memohon pada Illahi,
Agar dibuang jauh-jauh rasa fitrah ini,
Supaya menunjukkan jalan yang diredhai dengan Istikarah yang dijalaninya sehari-hari,
Kau juga tahu dia melakukan istikarah ini sebagai tasbih rutin harian,
Namun baginya, kau masih tetap dalam bayangan,
Bukan wajahmu yang muncul di fikiran ini tetapi hanya sekadar nama dan perasaan,
Bahkan ibrah dan segala amalan murni yang kau amalkan dalam hidup,
Menjadi bekalan untuk dia mempertingkat amalan kerana ALLAH,
Kerana kau diibaratkan bagai enjin yang menggerakkan hati kecil ini,
Untuk mencintai dirimu hanya keranaNya.

Wahai Adam, tahukah kau?
Tatkala kau juga memaparkan sedikit demi sedikit,
Mengenai corak tingkah laku mu yang seakan menyimpan perasaan yang sama terhadapnya,
Yang memberi harapan tanpa engkau sedari,
Muslimah itu sudah mulai bimbang,
Tatkala kau sudah membutirkan bicara seolah kau juga mahukan dia berada di takhta jiwa,
Muslimah itu sudah menjadi risau,
Tatkala kau sudah seakan terpaut akan bait-bait butir kata hikmahnya,
Muslimah itu sudah bertambah rungsing,
Dia berasa sangat malu, menyesal dan berdosa,
Jika benar kau turut tertawan padanya,
Dia merasakan dirinya jijik dan hina,

Di hadapan tuhannya yang Agung lagi Maha Bijaksana,
Dia bimbang iman mu goyah,
Dia risau akhlak mulia mu beransur-ansur tidak lagi bakal kau hirau,
Dia rungsing kau tersungkur dipukul badai cinta,

Yang nyata belum HALAL buat mu dan dia.
Dia bimbang pada kemurkaan Allah yang Maha Esa.

Jika benar kau turut menyimpan rasa yang sama,
Dia mohon pengharapan dalam setiap larut doa tahajudnya,
Semoga engkau akan terus bersabar,menjaga pandangan,
Dan menunggu waktu yang tepat untuk mencurahkan rasa,
Bilamana  waktu itu engkau adalah yang HALAL buatnya,
Semoga dirinya bukan penyebab iman mu goyah,
Semoga dirinya bukan penyebab akal mu lemah,
Tetapi sebaliknya menambah kasih mawaddah,
Dalam menuju gerbang mardathillah,
Dan menjadi pendamping setiamu hingga ke syurga suatu hari nanti,
Dan engkau akan tetap setia padanya buat selamanya,

Jika benar kau sudah tertawan padanya,
Dia sudah membulatkan nekad dirinya bakal mengundur diri,
Dia rela mengorbankan cinta kerana mahu engkau menjaga hati,
Dia rela mengorbankan perasaan,

Demi meraih CINTA hakiki, cinta Illahi,
Selangkah demi selangkah tanpa kau sedari,
Dia semakin hilang daripada pandangan,
Bukan kerana mahu menjauhkan mu,
Bukan kerana mahu mengelakkan daripada berteman dengan mu,
Namun ketahuilah..niat muslimah itu adalah...
Hanya kerana....Mahu memelihara iman mu.
Hanya kerana.. Mahu meraih redha Illahi.
DAN jika engkau tidak pernah tertawan padanya,
ketahuilah niatnya adalah untuk memulihkan kembali hatinya,
Berusaha menjaga hati pada insan yg bernama suami.

Wahai Adam,
Mahukah engkau tahu mengapa dia tidak akan ada disisi mu,
Sebagai sahabat setelah dia mencoretkan padamu warkah ini?
Kerana dia merasakan diri ini tidak pernah layak untuk kau,
Yang sememangnya berakhlak mulia dan sentiasa menetapkan cinta kepadaNya,
Kerana dia sudah menggambarkan perasaan malu,
Sekiranya kau menolak perasaan ini secara sukarela,
Kerana dia sebenarnya mahu kau muhasabah diri kembali,
Mendekatkan jiwa kepada Illahi,
Dan berharap kasih pada Allah yang satu,
Sama-samau saha memperbaiki kelemahan diri masing2,

Wahai Adam,
Ketahuilah,
Perbezaan-perbezaan ini.....

Tahukah kau wahai Adam?
Dia membilang doa-doa nya setiap hari,

Dalam solat tahajud,hajat, istikarah mahupun taubat,
Semoga iman mu akan bertambah kukuh,

Disemai kasih CINTA DZATT ABADI yang utuh,
Dan dipertemukan dengan insan yang sekufu dengan imanmu,
Namun tak akan pernah dilupakan kau dalam setiap butir doa nya,
Semoga dirimu sentiasa berada dalam rahmatNya.
Ketahuilah wahai tulang rusuk kiri,
Muslimah ini amat sukar jatuh cinta
Bila mana hatinya sudah mulai terpaut pada mu ketika itu,
Dia tidak pernah menyatakan hasrat ini kepada sesiapa,
Dia hanya diamkan sahaja,
Melainkan hanya bergantung harap kepada Sang Pencipta,
Dia hanya menceritakan hasrat murni ini kepadaNya cuma,
Sehingglah kau membaca isi surat ini dan mengetahui petanda,
Di hati ini dia telah lama memendam rasa.....

 
Dia amat mendambakan dikau juga turut mempunyai perasaan yang sama,
Dia teringin sekali kau turut tergoda dan tertawan hati padanya jua,
Namun, jika muslimah jatuh hati,
Tidak pernah sesekali dia mengharap kau bakal mencintainya kembali,
Malah dia berusaha menjauhkan diri,
Kerana mahu memelihara persahabatan kerana ALLAH,

Yang telah terkukuh sehingga kini,
Kerana dia mahu mengelakkan daripada tercetusnya zina hati,
Kerana mahu memelihara iman mu sebagai muslim sejati.
Kerana dia mahu kau mengukuhkan CINTA mu pada ALLAH terlebih dahulu,
Sebelum menyerahkan CINTA mu pada lawan HALAL bagimu.
Kerana dia sendiri tidak pasti pada perancangan Illahi,
Dia sendiri tidak pasti jodoh yg menjadi rahsia Illahi,
Dan engkau sendiri tidak pernah berusaha membuktikan,
Dan engkau sendiri masih belum pasti pada isi hatimu,

Wahai adam,
Ketahuilah bila muslimah jatuh hati,
Cintanya akan terisi dengan cahaya Illahi,
Disamping dia mencintaimu,
Dia turut mempertingkat cintanya pada ALLAH yang Esa.
Dia tidak akan pernah berhenti,
Memohon hajat dan mengadu kasih pada Illahi,
Semoga JIKA kau juga menyimpan perasaan suka,
Temukanlah kau dan dia dalam sebuah ikatan yang HALAL dan diredhaiNya,
Pada saat yang telah ditetapkannya,

Tetapi jika sebaliknya,
Kau kontra dalam rasa CINTA yang dicita-citakannya,
Dia juga tidak akan pernah berputus asa dalam berdoa,
Semoga ALLAH akan menemukan dia,
Dengan seorang LELAKI yang sekufu dengannya..
Yang seindah akhlak dan secantik budi pekertimu,
Atau mungkin seseorang yang lebih baik daripadamu..
Seseorang yang telah ditetapkan jodoh buatnya,
Seseorang yang mampu menerima kekurangannya,
Seseorang yang setiap di setiap pengakhiran hidupnya,
Seseorang yang berusaha membimbingnya,
Seseorang yang membuatkannya sentiasa tertawa,
Baik disaat suka mahupun duka,
Seseorang yang sentiasa berkongsi cerita bersama,
Sebagai serikandi hidup buatnya kelak di duniawi dan syurgawi.
Dan engkau akan masih kekal sebagai saudara seislam,
Dan diharap engkau pasti bertemu dengan pendampingmu yg sebenar,
Seseorang yang telah ditetapkan sebagai jodohmu olehNya,
Wahai Adam,ketahuilah........
Di saat kau membaca warkah ini,
Aku telah pun membawa diri dengan langkah yang sejauh-jauhnya darimu,
Di saat kau membaca warkah ini,
Adalah amat mustahil untuk engkau menemukan ku semula,
Bahkan mungkin aku bakal lenyap dan lesap daripada pandangan matamu buat selamanya,
Kecuali setelah dengan izinNya,
Dengan takdirNya yg m'pertemukan kita kembali,
Pertemuan yang sama sekali tidak pernah kita rancang,
Bila mana disaat itu,
Hati ku terawat dengan balutan luka yang diikat dengan seerat-eratnya,
Mungkin tidak akan pernah terbuka lagi ikatan ini,
Untuk menghadirkan engkau di sudut hati,
Maka dengan perlahan-lahan aku bakal muncul,
Menjadikan kau sebagai teman seperjuangan seperti lazimnya,
Atas ikatan yang diredhai Illahi,
Atau atas dasar saudara sesama Islam.

Pesan terakhirku:
Kuatkanlah semangatmu untuk menggapai impian & cita-citamu.Janganlah mainkan lebih banyak perasaan wanita kerana mereka mempunyai hati yang rapuh dan cara pemikiran yang berbeza serta sukar untuk difahami oleh kaum adam...Padamu itu cuma sekadar biasa,tapi pada wanita tindakan mu itu adalah luar biasa...yg mendatangkan seribu satu persoalan buat wanita...Dan daku berharap agar janganlah engkau biarkan muslimah ini menjadi punca kegagalan mu sebaliknya, jadikan aku sebagai insan yang sentiasa mendorongmu dari dulu, kini & selamanya. Semoga penghujungnya kelak berakhir dengan kejayaan & kebahagian yg pernah kita harapkan dahulu. Terima kasih kerana mengubah hidup ini pada arah kebaikan dan membuatkan diri ini kuat untuk bermujahadah serta mendekati Allah yang Maha Esa. Semoga diampunkan dosa-dosa kita sebagai hamba yang lalai...Ku yakin,keredhaan Allah itu pasti mendatangkan kemanisan jika kita bersabar dan perjalanan kehidupan kita sentiasa masih pada kerahsian Allah...Jika engkau sudah menemukan yang terbaik dariku,jagalah & hargailah dia untuk kali ini agar tidak terlepas berulang kali...keep smile =] (nhz)